Copyright © 2012 my name is rashid. All Rights Reserved by Snowblind
Salam semua, ni ekstra post untuk korang, sebab aku pun jarang dapat update.Untuk entri kali ni menyentuh pasal perlawanan Barcelona menentang Inter Milan, pendek kata, perlawanan Barcelona sepanjang yang aku perasan lah.
1.) Barcelona kuat dengan kehadiran Lionel Messi
Messi atau dengan nama jolokan the magic, memang seorang pemain yang dapat merubah keputusan perlawanan, tak kira di tempat lawan atau ditempat sendiri. Messi juga mampu membuat serangan balas atau counter attack sendirian tanpa bantuan dari rakan yang lain dan menghasilkan gol mudah, Messi juga selalu di samakan dengan Diego Maradona sebab dapat buat jaringan dengan menggelecek pemain lawan. Messi masih muda, dan banyak lagi pencapaian yang boleh dia kecapi jika dia tak mengambil langkah seperti Cristiano Ronaldo dengan berpindah ke kelab lain. Tapi dengan taktik Inter Milan yang menyekat kemaraan Messi, Barca akhirnya berputih mata sebab Messi tak dapat menjaringkan gol.
2.) Kekuatan pasukan Barcelona disebabkan Jurulatihnya
Apa yang membezakan sesebuah pasukan bola itu adalah, jurulatih yang berkaliber dan bermotivasi tinggi. Jurulatih sebelumnya, iaitu Frank Rijkaard menunjukan prestasi tak konsisten, dikatakan terlalu manjakan pemain. Josep Guardiola amat beruntung sebab dapat membimbing pasukan yang sedia ada pemain hebat, dengan sedikit sentuhan taktikal berkesan, pasukan Barcelona mampu menang. Sejarahnya, Josep Guardiola adalah bekas pemain Barcelona suatu ketika itu. Selepas menjual Ronaldinho dan Deco, Barcelona mula mendapat sentuhan kerana kedua pemain ini adalah playmaker dan bergaji mahal, tidak sesuai jika lebih dari satu playmaker di atas padang, tapi terpaksa diturunkan sebab telah dibayar gaji yang mahal. Lawan Barcelona pada awal pagi semalam juga mempunyai jurulatih yang mantap, bukan itu saja, Jose Morinho juga telah membawa Porto FC ke Final UCL dan menjuarainya untuk kali pertama.
3.) Corak permainan Barcelona yang mementingkan possesion.
Barcelona memang terkenal dengan short pass yang mengjengkelkan pasukan lawan, dari golkeeper sampailah striker. Mengapa? Sebab, lawanlah apa-apa pasukan pun, Barcelona akan tetap menguasai permainan dengan menguasai bola. Bagi aku, pasukan yang menguasai bola, akan menguasai pasukan lawan. Tapi itu tak di amalkan oleh pasukan favorite aku, Manchester United dan Real Madrid, dorang lebih suka main mixed pass dan terus masuk ke kawasan lawan. Corak permainan Barcelona ini hanya berjaya sekiranya pasukan lawan leka dan tidak menjaga pemain seperti Lionel Messi atau Xavi. Taktik Barcelona ini dapat disekat dengan taktik defensif yang ditunjukan oleh Inter Milan.
4.) Bila Buku bertemu Ruas
Untuk perlawanan awal pagi semalam, bolehlah di umpamakan buku bertemu ruas, sebabnya, Barcelona yang telah dibelasah dengan defisit 3-1 ditangan Inter Milan pada perlawanan pertama terpaksa bertungkus lumus untuk mendapatkan jaringan, tetapi dengan defensif taktik oleh Jose Morinho, Barcelona terpaksa aku dengan kekalahan Agregat 3-2. Sebelum ini Manchester United pun dapat mengalahkan Barcelona, tapi bukan dibawah kendalian Josep lah
5.) Penyokong Barcelona perlu redha dan terima kekalahan
Maaf kata, kalau korang tengok pemain Barcelona tu, siapa yang Islam? Wallahu’alam..hehe..tapi penyokong Barcelona kena terima kekalahan dengan hati terbuka, tak mau gaduh-gaduh ye..hehe.. Aku memang seronok bila Barcelona tak dapat ke Final UEFA Champion League, sebab mana boleh asyik dia je yang menang, musim lepas dapat Treble pula tu.
Perlawanan semalam memang mendebarkan, tapi pasukan Jose Morinho memang bagus dari segi pertahanan, tapi bila lawan Manchester United musim lepas, terpaksa tunduk..haha..Pada pendapat korang, Barcelona secara jujurnya Pasukan yang patut di geruni atau sekadar pasukan yang taku untuk melakukan long pass? Tapi taktik masing-masing kan?
p/s: sapa-sapa yang dah pasang Astro Beyond, nanti kalau nak tengok final UCL, ajak la aku…hehe
Baca juga ini:


Awesome bro…nice post u have XD
kehkeh…anti Barca sejak Josep amik alih…main nak possesion jek…kehkeh
terpaksa temankan si dia tgok bola..rela dlm tpksa..huhu den follow jer
haha…kena la teman…tapi time tu pagi2 buta…wah!! sanggup teman ek…
mourinho memang bijak bab taktik ni.. ye la the special one la katakan hehe
tulah…tapi las season lawan manutd, terpaksa akur gak…hehe
bab bola ni tak tau nak komen mende..
kalau citer pasal LV ke atau GUCCI ke bole gak join
haha..ok ok…next time kite cite sal Soda ke, Giordano ker…yela, kalau Gucci ladies je yang pakai…haha
aku pulak tgh sedih liverpool terlepas sume trofi musim ni..hukhuk
relax la bro…liverpool terlalu selesa season ni dan tak try cari pemain dari awal..bile tengah season baru nak dapatkan player…maybe next season liverpool akan berentap balik…
slu tdokan si kecil awal2..si dia pulak ajak temankan tgok bola sama2..last2 suri yang tdo..hehehe..
pge2 suri dah dapt siaran berita dari si jejaka ttg perlawanan bola yg di tontonya semalam..heheh klu cam tu tak payahla suri blikan surat khbar utk dia hari2..heheh jimat duit poketku..huhuhu..