Subscribe to RSS Feed

Syed-Mokhtar-Al-BukharySeorang bilionaire, seorang yang pemurah, seorang yang banyak berbudi untuk kesenangan orang lain, apa lagi yang boleh aku katakan, aku ada impian untuk menjadi seperti Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.

Walaupun Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary melalui kisah silam yang sukar untuk menjadi apa yang telah beliau jadi pada hari ini tetapi beliau tak lupa untuk menabur budi dan membantu mereka yang memerlukan. Teringat lagi semasa sekolah asrama, aku ada hadiri kelas tambahan Yayasan al-Bukhary, aku tanya kepada kawan-kawan, siapa al-Bukhary ni? Mereka cakap, al-Bukhary ini adalah seorang hartawan yang buka Yayasan al-Bukhary untuk bumiputera. Aku cukup bersyukur sebab terpilih untuk turut serta dengan kelas tambahan tu.

Like mnirashid.com fanpage

Cara pemikiran Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary memang lebih bersifat positif, optimis dan mulia, dia tak buat semua ini untuk diri sendiri atau kekayaan, tetapi untuk mempertahankan hak orang melayu. Di bawah adalah 49 kata-kata hikmah dari beliau yang mungkin boleh memotivasikan dan merubah cara anda semua berfikir:

1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerjakerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan.

2. (Berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa diatas, ada masa dibawah.

12. Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok manamana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah.

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !

16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang Tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

Teruskan membaca selebihnya di blog Master Arsyad

Aku dah habis baca, semua 49 kata-kata hikmah dari beliau, dan apa yang aku tertarik, poin yang ke 46 beliau ada katakan, “lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.”

Aku Ada Impian Untuk Jadi Seperti Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.

Aku dibesarkan didalam keluarga yang sederhana, tetapi mak dan ayah berjaya membesarkan kami lima adik beradik menjadi manusia yang mengenal erti berdikari dan mengenang budi. Walaupun di masa aku masih menuntut di universiti, mak dan ayah selalu menghulurkan bantuan dari segi sokongan moral dan kewangan. Kadang-kadang rasa bersalah pun ada, tapi mereka kata, habiskan belajar dan dapatkan kerja, lepas tu baru boleh tolong mak dan ayah. Walaupun aku ada buat kerja sambilan semasa di universiti, aku tak lupa untuk masukan duit kedalam akaun bank mereka, walaupun tak banyak, tapi mesti dapat membantu mereka waktu sesak-sesak.

Walaupun kisah aku dan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary tidak sama, tapi aku ada impian untuk membantu orang yang berada dalam kesusahan dan kesempitan, kerana aku juga percaya, rezeki yang diberikan Allah kepada aku bukan selamanya milik aku, lambat laun akan habis. Sekarang aku dalam proses mendalami ilmu perniagaan, dan rakan-rakan seuniversiti pun sudah mula bercakap-cakap untuk menubuhkan syarikat sendiri, moga itu adalah langkah permulaan yang besar maknanya.

p/s: ambil masa untuk baca artikel penuh di blog Master Arsyad

Baca juga ini:

  1. Blog itu boleh diibaratkan seperti baby. Mengapa?
  2. Fenomena Aku Ada Impian oleh Master Arsyad.

Tags: , , , , , ,

9 Responses to Aku Ada Impian Untuk Jadi Seperti Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.

  1. naimulfirdaus on 26 January 2011 at 3:37 am

    sebuah penulisan yang ikhlas..
    saya doakan impian ini berjaya..
    semoga Allah menambah kebaikan kepada umat ini dengan bertambahnya orang-orang yang jujur seperti ini
    naimulfirdaus´s last [type]..belajar menulis blog dengan mereka ini

    • rashid on 26 January 2011 at 12:00 pm

      Insha’Allah..selalulah lawan blog Master Arsyad..

  2. suri on 26 January 2011 at 3:10 pm

    impian menjadi teladan pada anak2 ..cuba mjdi yang terbaik utk dia..

  3. nisa on 5 February 2011 at 1:17 am

    aku suker every word dari 1-49.sebutir2 ader maksud mendalam. n aku suker jadikan ayt2 dier as status fb ku. =)
    nisa´s last [type]..FUHH LAGIK

    • rashid on 7 February 2011 at 10:38 pm

      Tu la.. aku pun suka gak..=))

  4. ummuuswah on 10 March 2011 at 9:16 pm

    semoga impian menjadi kenyataan.
    ummuuswah´s last [type]..Kematian – kebahagiaan @ ketakutan

    • rashid on 11 March 2011 at 7:58 pm

      terima kasih daun keladi,kalau ada rezeki mesti menjadi..hehe..

  5. bibi on 22 March 2011 at 4:40 pm

    best..tahniah
    bibi´s last [type]..CONTEST ME AND HIJAB – KHUMAERA ISMAIL

  6. muslim on 17 June 2011 at 8:19 pm

    insyaallah….
    sma2 la kiter doakan. ni pn impian sya juga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*


CommentLuv badge