Subscribe to RSS Feed

gambar bersujudAssalam semua. Lama sangat tinggal blog ni, kesian dia, “perut” kosong tak berisi..hehe..Bila dah duduk rumah ni, kehidupan bertukar menjadi amat-amat selesa, makna kata aku sekarang dalam zon selesa, tak fikir masalah-masalah aku yang kat JB aritu, masalah parking dengan masalah budak rumah yang budak-budak tu.

Sekarang ni duduk rumah pun tak buat kerja-kerja fizikal sangat pun, cuma banyakan membaca buku-buku ilmiah, suratkhabar dan main game..hehe..Memang bosan giler la kalau tak buat something untuk diri sendiri. Tidur? oho, dah besar-besar ni tak mau la tidur lebih-lebih, karang orang kata bengap nya lebih dari pandai..haha

Sebenarnya nak kongsi sesuatu untuk santapan rohani korang pagi-pagi ni, “makanan” rohani ni dah lama nak kongsi, tapi simpan untuk time-time kecemasan cam gini la tip-tip ni berguna..hehe..Tip-tipnya macam kat bawah ni:

1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu’. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, solat, berdzikir, dan berdo’a banyak-banyak.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri(mempopularkan diri), sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…

Amalan-amalan ni mudah je nak diamalkan, rasanya macam tak berat pun kan?..harap kita dapat manfaat dari amalan ini..aminnn

No related posts.

Tags: , , ,

5 Responses to Amalan-Amalan Ringan Harian.

  1. MR.Z on 10 December 2010 at 7:21 pm

    thanks bro share info ni.. marilah kita sama2 praktikkan dalam kehidupan seharian kita :)
    MR.Z´s last [type]..Kahwin Awal- Pilihan Yang Bijak

    • rashid on 12 December 2010 at 2:32 am

      sama-sama zik..

  2. [...] ini jugak, rashid adalah perkara yang nak dikongsi macam entri yang lepas, iaitu amalan-amalan ringan yang cukup ringan, kali ni pasal solat pulak, insya’Allah, ini sekadar perkongsiaan, harap [...]

  3. nisa on 24 December 2010 at 9:13 pm

    assalamualaikum =)
    nisa´s last [type]..TODAY

    • rashid on 25 December 2010 at 10:57 am

      Wa’alaikumussalam…hehe..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*


CommentLuv badge