Copyright © 2012 my name is rashid. All Rights Reserved by Snowblind
Ini adalah post aku yang ke-30 sejak ber’blog’ bulan Mac lepas. Bulan lepas ada masa aku tak berkesempatan untuk menghantar pos atas sebab-sebab tertentu, kalau tak, mungkin awal bulan April mungkin dah mencecah 30 pos. Baru 30 pos apa lah sangatkan, tapi ni adalah permulaan untuk perjalanan yang panjang, langkah pertama menentukan langkah-langkah seterusnya. Tapi awal bulan ni kita dikejutkan dengan pemergian Allahyarham Din Beramboi, masuk hari ni dah seminggu lebih allahyarham kembali ke rahmahtullah, sedekahkan Al-Fatihah, atau bila-bila korang teringat dekat allahyarham. Minggu lepas aku menulis post berkaitan allahyarham, Hilangnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri a.k.a Din Beramboi. Al-Fatihah, Kebenaran Tentang Pemergian Din Beramboi dan Adakah Arwah tu baik orangnya?. Disebabkan keprihatinan rakyat Malaysia, blog aku pun tersenarai dalam Search Engine dengan perkataan Kebenaran Din Beramboi, sampai harini.
Perkara ni bukanlah bermaksud aku hanya nak kan trafik dari pembaca, aku amat meminati allahyarham Din Beramboi, tiap pagi masa tengah memandu nak pergi kerja (LI), memang tak pernah miss untuk dengar Riuh Pagi Era. Memang kelakar, dengan cara ni aku dapat berkongsi kesedihan allahyarham bersama korang.
Tak sampai satu minggu allahyarham pergi, kita dikejutkan lagi pasal pengguna facebook yang menghina pemergian allahyarham Din Beramboi, bukan orang dewasa pun, budak kecik je kalau berdasarkan gambar yang tersebar dekat Facebook. Tapi bab tu aku serah pada pihak berkenaan nak ambil tindakan atau tidak.
Tapi perkara yang paling penting untuk menjadi blogger tegar, bukan setakat post kat blog sendiri je, tapi kenalah ber’sosial’ dengan rakan-rakan blogger lain. Cara-cara aku mempromote blog sendiri adalah seperti di bawah:
1. Melawat blog-blog popular.
Tak dinafikan memang banyak sangat blog-blog popular, tapi korang pilihlah lima yang korang kira terbaik dan menyumbang sesuatu kepada korang untuk menjadi blogger yang komited dan tak syok sendiri. Tapi bukan setakat lawat, korang amat digalakan untuk meninggal komen-komen yang menunjukan korang sokong post dorang, dekat situ korang akan tinggalkan address blog korang, insya’Allah dari pengamatan aku, tuan blog atau pembaca blog tu mesti lawat blog korang balik. Kat sini korang dapatlah trafik percuma.
2. Mendaftarkan blog dekat Social Bookmarking
Buat masa ni aku baru daftar Gengblogger, Jombuzz dengan MyEbuzz, memang tak dinafikan banyak trafik datang dari laman-laman ni. Dan paling baru aku menang peraduan anjuran Jombuzz..haha
3. Guna plug-in yang sesuai.
Untuk pengguna wordpress self hosted, aku sarankan korang guna All In One SEO, SEO friendly images,Wordbook, Share/Save Buttons, Commentluv dan banyak lagi. Ada plug-in yang promote blog korang terus ke facebook, ada yang untuk pengomen dan untuk blog korang. Cara paling baik, carik kat google, tapilah recommended plugin for wordpress.
4. Menggunakan bahasa yang sesuai
Selain dari pemahaman pembaca, penggunaan bahasa yang sesuai dapat menyenaraikan setiap perkataan yang korang tulis dekat Search Engine. Kalau korang guna short form macam SMS, mesti orang malas nak baca dan perkataan tu susah nak keluar dekat Search Engine sebab tak popurlar langsung. Contohnya panduan menulis blog, tapi korang tulis pnduan mnlis blog, cara penulisan macam taip SMS ni orang tak baca sangat, kawan-kawan korang pun taknak baca. Melalui penulisan yang berbudi bahasa ni, insya’Allah orang akan ingat kat korang.
5. Rajin update blog sekurang-kurangnya 1 post sehari
Perkara paling aku jadikan panduan adalah menulis blog bukan catatan diari online kita, tapi biarlah memberi manfaat kepada orang lain, contohnya buat tutorial, panduan, nasihat atau berita sekeliling korang. Tapi kalau korang dah jadi blogger popular, sekali-sekala korang buat post syok sendiri pun orang tak kisah, tapi jangan selalu keh. Tapi buat aku yang baru ni, aku tetapkan untuk post sebanyak 30 post dahulu, nak tengok ada ke orang nak baca, hasilnya memang tak mengecewakan, tapi untuk 30 seterusnya taknaklah simple-simple je, mesti korang nak kualiti dalam penulisan blog kan.
Itulah serba sedikit yang boleh aku keluarkan dan yang aku lakukan sepanjang tempoh satu bulan berblog. Dan sekarang objektif aku bertukar dah:-
Haha, memang ramai nama Rashid kat dunia nih, bukan sebarangan nama ok. Pas ni aku nak make sure bila aku tulis ‘my name is rashid’, blog aku akan berada paling atas..haha..Harapan tu..Sekarang ni kena cari kualiti disamping kuantiti post yang seterusnya. Apa-apa pun semakin hari semakin banyak blogger, tapi macam tak ramai je. Lastly, aku harap korang komenlah mana-mana blog yang korang lawat dan baca, tapi kalau korang tak baca post dorang nak komen macam mana kan.
p/s:Kalau aku rajin komen kat blog orang, insya’Allah orang lain pun akan buat yang sama, ‘what you give you get back’…
Baca juga ini:


dah 30 post ye..
aku pulak hampir 30 sejak mula mac yang lau :lol:
semoga terus sukses dalam dunia blogging..
tq..tq…sekarang ni ngah cari idea nak berblog…tak dpat ari ni, esok ade agi…goodluck pada kita la macam tu..hehe
Steady.. ar bro… support us :-)
yeah…senang-senang datang lagi…goodluck pada kita..
yep bro… rebranding your name bro like Adobe…. Aku pun tengah dalam proses create a brand for my other blog…
Tu lah, nak rebranding pun kenalah seiring dengan promote dan promote dan promote..hehe
salam singgah.
semoga segala hajat yang diinginkan tercapai kelak :mrgreen:
Makasih…banyak impian yang nak dicapai masa muda-muda ni…
aku selalu singgah kat blog-blog popular. memang akan dapat tarik trafik dari situ selain kita dapat jalinkan hubungan yang baik sesama blogger. skg dah ramai kawan2 blogger yg aku kenal. :D
.-= Amir´s last blog ..Tarik Trafik Blog Melalui Google =-.
Yup, betul..kena singgah selalu and subscribelah..hehe, pastu komen sepuas-puasnya..hehe
:mrgreen: thniah2! :D
Owh…terima kasih…Saya akan tingkatkan usaha saya untuk mencapai 30 yang seterusnya…hehe
salam.. ;-)
wah satu semangat yang bagus ni..tips2 pun menarik juga..
terima kasih atas ilmu tersebut ya :grin:
Sama-sama…suri pun banyak tips jugak pe…hehe..