Copyright © 2012 my name is rashid. All Rights Reserved by Snowblind
Apa nak buat bila terasa sunyi? Pernah tak korang alami kesunyian, lebih-lebih lagi waktu-waktu malam macam ni? Jam sekarang dah pun pukul 12, mata aku pun tak mau tidur lagi, bila dah tak tidur ni, tiba-tiba terasa sunyi pula. Dah lama jugak tak rasa sunyi nih. Bila berada dalam keadaan kesunyian, kita lebih cenderung untuk fikir sesuatu yang sudah lepas, contohnya kisah-kisah manis dengan kawan-kawan, pergi melancong ke, kisah-kisah masa kecik bersama-sama keluarga dan macam-macam lagi la yang akan cuba kita ingat. Tetapi, tak semua yang kita ingat tu manis, mungkin ada juga pahit.
Sebenarnya aku tengah mencari-cari, aktiviti apakah yang sesuai untuk dilakukan ketika sunyi mula datang. Kebiasaanya, aku akan surf internet, baca blog atau membaca buku, tak lama tu aku mesti mengantuk dan masuk tidur. Persoalanya, boleh ke aktiviti ni menghilangkan kesunyian? Bila datangnya kesunyian ni, kita mungkin tak akan dapat menumpukan perhatian dengan apa yang kita buat, contohnya membaca buku dalam keadaan sunyi, mesti susah nak fokus, sebab fikiran kita bukan lagi pada buku, tetapi pada sesuatu yang lain.
Kebiasaanya kesunyian ni datang masa kita sorang-sorang bukan? Pernah ke kita keluar dengan kawan-kawan kita rasa sunyi? Tipu la kalau ada, hehe. Cuba kita renung-renungkan sekejap, kenapa masa kita keseorangan sahaja kita akan kesunyian? Mungkin masing-masing ada jawapanya tersendiri.
Tapi bagi aku, kesunyian ni akan datang semasa kita kesorangan tanpa berteman sebabnya, masa itu saja lah kita akan berfikir akan kisah silam, mungkin mengenangkan kesalahan-kesalahan lepas. Kita tak rasa sunyi bila bersama kawan-kawan, sebab kawan-kawan kita tu menutup kesunyian kita.
Apa Nak Buat Bila Terasa Sunyi?
Jadi kalau kita dah tahu bila dan kenapa kita sunyi, kita boleh la buat seperti perkara dibawah ni bila kesunyian:
1.) Ambil masa untuk maafkan semua orang yang pernah sakitkan hati kita. Kita tak tahu bila kita akan meninggal dunia, kalau kita tak maafkan semua orang, mungkin ada yang terpaksa menanggung dosa sampai dia meninggal, jadi dalam masa kesunyian tu tadi, kita sebenarnya akan lebih terbuka dan berfikiran positif.
2.) Kenang semula kejayaan yang kita kecapi. Mungkin dahulu kita pernah menang acara lumba lari masa sekolah rendah atau mendapat tempat pertama di dalam sekolah, dengan mengenang semula kenangan-kenangan manis ni, sedikit sebanyak dapat memberi kita motivasi untuk berjaya, atau bangun dari kekecewaan.
3.) Membuat sebarang keputusan semasa kesunyian ni sangat bagus, sebabnya kita tidak diganggu atau dipengaruhi oleh orang lain. Contohnya kita nak buat keputusan untuk kerja dengan kerajaan atau dengan swasta, masa-masa kesunyian inilah masa sesuai untu kita membuat keputusan.
4.) Siapa yang ada blog macam aku ni, mungkin boleh buat entri luahan hati, atau cara lain adalah membalas komen-komen dari pembaca. Kebiasaanya, cara ni berkesan, sebab berblog ni dah menjadi sebahagian dari diri aku.
5.) Paling berkesan untuk menangani kesunyian adalah tidur. Memang mujarab ubat ni, sebabnya, bila kita dah fikir terlalu lama, otak kita akan letih, jadi tak guna juga kalau nak fikir terlalu banyak. Kalau fikir perkara-perkara yang bermanfaat tu baguslah, tapi elakan untuk fikir yang buruk-buruk.
Apa perkara yang jangan dibuat ketika sunyi?
a.) Tidak membuat bising sehingga menggangu orang lain. Buat bising ni samalah dengan bukak lagu kuat-kuat, jerit macam orang hilang akal atau banyak lagi.
b.) Fikir akan kesalahan orang kepada kita. Mungkin ada yang pernah putus cinta atau disakitkan hati. Elakan untuk memikirkan kesalahan orang terhadap kita, sebaliknya, fikirkan kesalahan kita terhadap orang lain mungkin itu lebih menginsafkan diri.
Cukuplah poin-poin yang tu.
Sebenarnya aku menulis entri ni sementara menunggu perlawanan Manchester United melawan Spurs.
Kesimpulanya, kesunyian tu tidak membawa keburukan, bahkan, kalau kita tahu apa nak buat bila sunyi, kita tak rasa kesunyian itu buruk. Akhir kata dari rashid, selamat malam.
Baca juga ini:


sangat menarik point yg pertama. tp agak sukar nak dilakukan kan
hai nisa…tang mana yang susah??
tang maafkan salah org lain tu
nisa´s last [type]..MAHA MELIHAT
Owh, it is normal la..bila kita dah meningkat dewasa, kita akan sedar, tak de makna marah orang selamanya..u r welcam anyway..
i’allah 1 day akan dimaafkan =)
nisa´s last [type]..MAHA MELIHAT
Tak pe, take time gak nak maafkan orang nih…tapi jangan tangguh2..
kalau rasa sunyi, alamatnya bukak blog lah, kalau tak pon, tido!
hehe~
btw, nice lah poin2 tu..
;)
hanys´s last [type]..Antara Situasi-Situasi Yang MengEMOkan seorang pemandu
thanks, nice idea…nak update poin awak tadi..
kalau sunyi tuh, kira muhasabah diri lah… hurm Man U seri ek ngan spur.. huhu
zik´s last [type]..Open Malaysia badminton 2011- Lee Chong Wei mesti juara!!
aku anggap sunyi tu munasabah gak, tak ley wat ape melainkan melayan perasaan jek..haha
dah nak dua tahun sunyi heee..kat sni pekeja sorg jer bos slu masuk lewat..
mula2 tak biasa sb tak der teman nak berborak tapi lama2 ok pula..tapi tak best gak sb makan sorang2 nynyi sorg2 kt opis heeee…
Sian suri..keje dari rumah jela..wat business..hehe..suri boleh punyer..
suri suka baca buku.. hee.. bls komen tak blh..melainkan anak dah tdo..klu tak dia kacau huu
tido…memang terbaik.. bangun2 lapar.. cari makanan.. hahaha.. slalu bosan aku start motor,jalan2 je mane2.. kalau dekat ngan tasik ke laut ke lepak situ je r.. indahnya alam..
Izwan´s last [type]..7 Petanda Musim Exam Pelajar IPT
bler ase sunyi sgt ko g pntai ko jerit kuat mcm hrimau ke,serigala ker mengaum,menjerit,,hu..lau sunyi ase cm blur jer kn..g wt air asam jawa minm dlm sglas insyllh ley kurg sket sunyi korg 2..hehe
bila bosan boleh dgr lagu. or main game. bila dh ralit main games, time takde ms lapang dok ralit lg main game huhu
Ku merasa sunyi tanpa adik beradik disamping ku…time kat umah…tak pernah ku habis berborak dan ketawa…namun setelah balik ke hostel ni…rasa sunyi plak…em…
Haish…tu biasa la, saye dulu pun ras gitu, nanti lame-lame kita tak rasa sangat, sebab ade komitmen lain yang penting…hope tak rasa terlalu sunyi keh..hehe