Copyright © 2012 my name is rashid. All Rights Reserved by Snowblind

Istilah BerCOUPLE sangat popular pada dewasa ini. Bila melihat sepasang “couple” yang sedang berjalan, berpimpin tangan, berpelukan dan bercium-ciuman, perkara itu dah menjadi kebiasaan, sebab dari kecil dah diracuni dengan rancangan televisyen yang mempunyai unsur-unsur “pergaulan bebas”. BerCOUPLE zaman sekarang dikaitkan dengan cinta, saling mencintai, cinta sama cinta atau cinta berlandaskan Islam dan akhirnya membawa kepada maksiat dan pembuangan bayi, kenapa perkara ini berlaku? Di mana silapnya?.. sebelum diperjelaskan tentang COUPLE dengan lebih jauh, kita kena tahu apakah etika pergaulan dan batas pergaulan di antara lelaki dan wanita MENURUT ISLAM!
ETIKA PERGAULAN DAN BATAS PERGAULAN DI ANTARA LELAKI DAN WANITA MENURUT ISLAM.
1.Menundukkan pandangan: ALLAH memerintahkan kaum lelaki untuk menundukkan pandangannya, sebagaimana firman- NYA;
Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an- Nuur: 30)
Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada kaum wanita beriman, ALLAH berfirman;
Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an- Nuur: 31)
2.Menutup Aurat: ALLAH berfirman;
dan jangan lah mereka mennampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya. (an-Nuur: 31)
Juga Firman-NYA; Hai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri- isteri orang mukmin: Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (an-Nuur: 59).
Perintah menutup aurat juga berlaku bagi semua jenis. Dari Abu Daud Said al-Khudri r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seseorang lelaki memandang aurat lelaki, begitu juga dengan wanita jangan melihat aurat wanita.
3.Adanya pembatas antara lelaki dengan wanita; Kalau ada sebuah keperluan terhadap kaum yang berbeza jenis, harus disampaikan dari balik tabir pembatas. Sebagaimana firman-NYA;
Dan apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari balik hijab. (al-Ahzaab: 53)
4.Tidak berdua-duaan Di Antara Lelaki Dan Perempuan; Dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim) Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya. (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih)
5.Tidak Melunakkan Ucapan (Percakapan): Seorang wanita dilarang melunakkan ucapannya ketika berbicara selain kepada suaminya. Firman ALLAH SWT;
Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. (al-Ahzaab: 32)
Berkata Imam Ibnu Kathir; Ini adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh ALLAH kepada para isteri Rasulullah SAW serta kepada para wanita mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalau berbicara dengan orang lain tanpa suara merdu, dalam pengertian janganlah seorang wanita berbicara dengan orang lain sebagaimana dia berbicara dengan suaminya. (Tafsir Ibnu Kathir 3/350)
6.Tidak Menyentuh Kaum Berlawanan Jenis; Dari Maqil bin Yasar r.a. berkata; Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginnya. (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir) Berkata Syaikh al-Abani Rahimahullah; Dalam hadis ini terdapat ancaman keras terhadap orang- orang yang menyentuh wanita yang tidak halal baginya. (Ash-Shohihah 1/448) Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh wanita meskipun dalam saat-saat penting seperti membaiat dan lain- lainnya. Dari Aishah berkata; Demi ALLAH, tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun saat membaiat. (Hadis Riwayat Bukhari)
Inilah sebahagian etika pergaulan lelaki dan wanita selain mahram, yang mana apabila seseorang melanggar semuanya atau sebahagiannya saja akan menjadi dosa zina baginya, sebagaimana sabda Rasulullah SAW; Dari Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya ALLAH menetapkan untuk anak adam bahagiannya dari zina, yang pasti akan mengenainya. Zina mata dengan memandang, zina lisan dengan berbicara, sedangkan jiwa berkeinginan serta berangan- angan, lalu farji yang akan membenarkan atau mendustakan semuanya. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim & Abu Daud) Padahal ALLAH SWT telah melarang perbuatan zina dan segala sesuatu yang boleh mendekati kepada perbuatan zina. Sebagaimana Firman- NYA;
Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk. (al-Isra: 32)
Hukum Bercouple SETELAH memerhatikan ayat dan hadis tadi, maka tidak diragukan lagi bahawa bercouple itu haram, kerana beberapa sebab berikut:
1.Orang yang bercouple tidak mungkin menundukkan pandangannya terhadap kekasihnya.
2.Orang yang bercouple tidak akan boleh menjaga hijab.
3.Orang yang bercouple biasanya sering berdua-duaan dengan pasangan kekasihnya, baik di dalam rumah atau di luar rumah.
4.Wanita akan bersikap manja dan mendayukan suaranya saat bersama kekasihnya.
5.Bercouple identik dengan saling menyentuh antara lelaki dan wanita, meskipun itu hanya berjabat tangan.
6.Orang yang bercouple, boleh dipastikan selalu membayangkan orang yang dicintainya.
Dalam kamus bercouple, hal-hal tersebut adalah lumrah dilakukan, padahal satu hal saja cukup untuk mengharamkannya, lalu apatah lagi kesemuanya atau yang lain-lainnya lagi?
Fatwa Ulama Syaikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin ditanya tentang hubungan cinta sebelum nikah. Jawab beliau;
“Jika hubungan itu sebelum nikah, baik sudah lamaran atau belum, maka hukumnya adalah haram, kerana tidak boleh seseorang untuk bersenang-senang dengan wanita asing (bukan mahramnya) baik melalui ucapan, memandang, atau berdua-duaan. Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki bedua-duaan dengan seorang wanita kecuali ada bersama- sama mahramnya, dan janganlah seseorang wanita berpergian kecuali bersama mahramnya.”
Syaikh Abdullah bin abdur Rahman al-Jibrin ditanya; Jika ada seseorang lelaki yang berkoresponden dengan seorang wanita yang bukan mahramnya, yang pada akhirnya mereka saling mencintai, apakah perbuatan itu haram? Jawab beliau;
“Perbuatan itu tidak diperbolehkan, kerana boleh menimbulkan syahwat di antara keduanya, serta mendorongnya untuk bertemu dan berhubungan, yang mana koresponden semacam itu banyak menimbulkan fitnah dan menanamkan dalam hati seseorang untuk mencintai penzinaan yang akan menjerumuskan seseorang pada perbuatan yang keji, maka dinasihati kepada setiap orang yang menginginkan kebaikan bagi dirinya untuk menghindari surat-suratan, pembicaraan melalui telefon, serta perbuatan semacamnya demi menjaga agama dan kehormatan dirinya.”
Syaikh Jibrin juga ditanya; Apa hukumnya kalau ada seorang pemuda yang belum menikah menelefon gadis yang juga belum menikah? Jawab beliau;
“Tidak boleh berbicara dengan wanita asing (bukan mahram) dengan pembicaraan yang boleh menimbulkan syahwat, seperti rayuan, atau mendayukan suara (baik melalui telefon atau lainnya). Sebagaimana firman ALLAH SWT; Dan janganlah kalian melembutkan suara, sehingga berkeinginan orang-orang yang berpenyakit di dalam hatinya. (al-Ahzaab: 32). Adapun kalau pembicaraan itu untuk sebuah keperluan, maka hal itu tidak mengapa apabila selamat daripada fitnah, akan tetapi hanya sekadar keperluan.”
Syubhat Dan Jawapan Yang Sebenarnya Keharaman bercouple lebih jelas dari matahari di siang hari. Namun begitu masih ada yang berusaha menolaknya walaupun dengan dalil yang sangat rapuh, antaranya: Tidak Boleh dikatakan semua cara bercouple itu haram, kerana mungkin ada orang yang bercouple mengikut landasan Islam, tanpa melanggar syariat Jawabnya: Istilah bercouple berlandaskan Islam itu Cuma ada dalam khayalan, dan tidak pernah ada wujudnya. Anggap sajalah mereka boleh menghindari khalwat, menyentuh serta menutup aurat. Tetapi tetap tidak akan boleh menghindari dari saling memandang, atau saling membayangkan kekasihnya dari masa ke semasa. Yang mana hal itu jelas haram berdasarkan dalil yang kukuh.
Biasanya sebelum memasuki alam perkahwinan, perlu untuk mengenal terlebih dahulu calon pasangan hidupnya, fizikal, karaktor, yang mana hal itu tidak akan boleh dilakukan tanpa bercouple, kerana bagaimanapun juga kegagalan sebelum menikah akan jauh lebih ringan daripada kalau terjadi setelah menikah. Jawabnya: Memang, mengenal fizikal dan karaktor calon isteri mahupun suami merupakan satu hal yang diperlukan sebelum memasuki alam pernikahan, agar tidak ada penyesalan di kemudian hari. Namun, tujuan ini tidak boleh digunakan untuk menghalalkan sesuatu yang telah sedia haramnya. Ditambah lagi, bahawa orang yang sedang jatuh cinta akan berusaha bertanyakan segala yang baik dengan menutupi kekurangannya di hadapan kekasihnya. Juga orang yang sedang jatuh cinta akan menjadi buta dan tuli terhadap perbuatan kekasihnya, sehingga akan melihat semua yang dilakukannya adalah kebaikan tanpa cacat. Sebagaimana diriwayatkan dari Abu Darda; Cintamu pada sesuatu membuatmu buta dan tuli.
Fenomena Couple Dalam situasi terkini, fenomena pergaulan bebas dan pengabaian terhadap nilai-nilai murni Islam berlaku pada tahap yang amat membimbangkan. Kebanyakan umat Islam kini tidak lagi menitik beratkan nilai-nilai dan adab-adab sopan yang dianjurkan oleh Islam melalui al-Quran dan sunnah rasul-NYA. Mereka bukan setakat mengabaikannya dan menganggap perkara itu tidak penting, bahkan mereka menganggapkannya sebagai satu perkara yang menyusahkan aktiviti mereka yang menurutkan nafsu dan perasaan semata-mata itu. Nauzubillah Marilah kita sama-sama menjauhi perkara yang seumpama itu dan mejauhi hal-hal yang telah dilarang (haram). Tegakkanlah yang benar dan katakanlah salah kepada yang batil. Janganlah berhujah untuk membenarkan perkara yang telah terang haramnya di sisi ALLAH.
Artikel ni diambil dekat www.iluvislam.com.
Sesungguhnya pintu taubat Allah terbuka luas untuk hambanya yang melakukan dosa. Bertaubatlah selagi masih sempat, dan 10 Ramadhan terakhir ini, Allah menjanjikan hambaNya yang menmanafaat 10 malam akhir ini dengan bebas dari api neraka, sesungguhnya Allah tidak pernah memungkiri janji..Selamat Berbuka Semua..
Baca juga ini:


perkongsian yang bagus nie bro… zaman sekarang nie dugaannya …memang susah nak kita hadapinya… tapi insyallah kala kita beriman…gejala ini dapat dihindarkan..
zik´s last [type]..HIDUP SEORANG BLOGGER edisi penutup
Pengaruh dari luar dah lama menyerang golonga belia kita…yang prihatin dan kuat kesedaran sahaja dapat menangkis…insya’Allah..
haa..ctr bollywood tu bro lagi bhya tang pakai bju seksi aduh skit mata hooo.. :evil:
Haha…malaywood pun dah teruk sama…tak boleh bla, media kita hidangkan hiburan semata-mata, sedikit nilai-nilai murni…tapi tabik bila Erma fatimah buat cerita…
bila aura cinta dah terbals tu yg bhya takut terlanjur sentuh..terlanjur perbuatan sushkan bro rashid..
tetiba pula rindu zman couple dolo-dolu heee :mrgreen:
Huhu…tup tup dah kawen dah pun suri kan…hehe
saya kalau boleh tidak ingin bercouple, saya nakkan sesiapa calon saya terus berkahwin dgn saya. tapi saya musykil kalau saya tk jumpa dgn dia mcm mana saya nk kenal dia serasi ke tak, ikhlas ke tak, rupa ok ke tk?..takut2 bila kta dh terima dia bulat2 nanti dh kawin lain pulak perangai nya bukan seperti yg disangka, lagi2 kaki pukul..
Hoho…walaupun tidak boleh bercouple, kamu boleh berjumpa si dia dengan menyuruh dia datang kerumah bersama keluarga dia, dari situ kamu berkenalan…jika malu suruh ibu bapa kamu yang mengenalinya…sesungguhnya ibubapa membuat pilihan yang terbaik untuk anak-anak…=)
Yelah , saye pun fikir mcm tu jugak..huhu.. :)
[...] mengarut la aku ni.. Kenapa aku tiba-tiba sentuh cerita pasal kahwin? Kalau dulu aku sentuh pasal bercouple dan etika pergaulan lelaki dan wanita dalam Islam dan kali ni aku kehadapan sedikit cerita pasal kahwin, yang paling utama apa pandangan aku [...]
tp zaman sekarang..susah nk cri couple yg ikot care islam..pegi jer mne2 tmpat..baik yg bertudng mahu pon tidak bertudong…same jer…jln pimpin tangan..peluk2…
mybe smue tu x kn jd kalo x pkai istilah ” awk bg…sy trime” :twisted:
hmm,tu la hakikatnye zaman sekarang, tapi percayalah, zaman kebangkitan Islam akan tiba, bila umat Islam berlumba-lumba buat kebaikan, dan masa tu adalah peluang terakhir untuk berbuat kebaikan..
salam bro..zaman skrnag susah nak cakap..kadang 2 benda tu salah tapi sbeba ramai yg buat.maka diornag anggap betul..nice info bro
tu la, aku hanya sekadar berkongsi, kalau ada yang terbaca dan terbuka hati untuk berubah, alhamdulillah
dah nak habis blajar ni terfikir nak cari calon isteri plak la kan.. :D
Izwan´s last [type]..7 Petanda Musim Exam Pelajar IPT
Cari pasangan hidup la, cari isteri senang, nak cari pasangan hidup merangkap isteri ni dificult sikit..
difficult.. yup2.. nak hidup dengan dia selama2nya.. macam2 leh terjadi kalau tak memahami.. langit tak selalu cerah kan..
Izwan´s last [type]..7 Petanda Musim Exam Pelajar IPT
Kita yang laki ni no hal kot, yang perempuan tu kena kasi faham bbtol, kalau kita busy ke, kita kena kerja luar supaya dia tak fikir bukan2..
hmmm…nk cari laki yang baek skrg ni susah…
[...] tak anda terfikir, sekiranya bercouple itu haram menurut Islam, bagaimana hendak mengenal seseorang itu tanpa bercouple? Berfikir sebentar ya… [...]
nk tny..sy xpenah bercouple even klo orng mntk..tp skrg sy da 23, ade kwn mntk ntk jd psgn..tp cne sy nk kenal die dlu tp nk ikot syariat..sy akn contct tru msg je sbb sy pemalu..jd bole ke sy msg2 dgn die untk knl sikit2 juz ntk tau sesuai or x die ntk jd psgn hidup sy..tmksh krn membantu ..:))
Kalau setakat mesej saya rasa boleh lagi..kalau dah bersedia, suruhla dia berjumpa family bersama-sama famili dia, saya rasa itu lebih baik..
camne ek, klau sy couple kan..(tnye je sy tak couple pn lalala~) then tak buat pon benda2 yang mjadikan couple tu haram..like bsentuhan, bdua-duaan, tak lunak2kan suara, dan saya jaga hijab saya. Yang penting saya masih jaga maruah diri saya dan ya, klaupun ada terbayangkan dia, saya akan cepat2 istghfar..couple islamik la kononya ni. Apa pendapat?
Point dia couple la kan? Hubungan rapat = couple sebelum kahwin? Memang la mula2 x buat. Niat semua baik. Tapi, kita kena ingat, dalam apa2 hal, Syaitan ada sebagai org ketiga. Dia akan bisik dekat kita. Mula2 buat perkara biasa, lepas tu dah biasa dgn perkara biasa kita terbuat perkara luar biasa. Semua ni Syaitan boleh bisik.
mana ada couple islamik. klu dh suka mnta family urus. klu parent jauh mnta tlg org tgh. kt u kn ada pnsyarh. jgn urus sndiri dik. lain jdnya nnti.
assalammualaikum sy nk tny bleh ke klo sy nk bcnte tp ikt cre Islam ,lg pon sy xprnh jumpa dia …mcm mne tu ??