Subscribe to RSS Feed

Best Main Internet Free?

1 December 2010 by

free wifi spotWell, siapa yang kat sini yang tak suka internet free, free maksudnya percuma, tak payah bayar dan tak ada cas-cas tersembunyi. Kat sini aku nak kongsi hal yang agak peribadi bagi aku berhadapan budak-budak rumah sewa aku yang tak cukup umur, tak reti hormat orang dan yang ingat rumah sewa ni diorang bayar sewa bulan-bulan, TAPI bukan semua la budak rumah aku yang gitu.

Best Main Internet Free?

Aku akan cerita sedikit latar belakang masalah yang aku hadapi sejak dapat penyewa yang agak baru ni. Di dalam rumah sewa ni terdiri daripada 6 orang penghuni. Rumah ni ada empat biji bilik di tingkat paling atas, dan satu tingkat paling bawah. Bilik atas diisi oleh penyewa-penyewa otai atau yang dah lama jugaklah menyewa, dan salah seorangnya adalah aku (my name is rashid)..hehe..Masalah kami ditingkat atas adalah dengan penyewa bilik di bawah. ni. Macam yang dah aku cerita sikit tadi, “..budak-budak rumah aku yang tak cukup umur, tak reti hormat orang dan yang ingat rumah sewa ni diorang bayar sewa bulan-bulan..”. Kenapa aku panggil budak-budak, salah satunya sebabnya, bilik bawah tu diduduki oleh dua orang (budak-budak bilangan lebih dari satu), jadi satu bilik duduk dua orang, sebab lain adalah kerana budak-budak ni baru umur 19tahun dan memang macam budak-budak pun.

Apa sebenar masalah kitorang ni? Polisi rumah sewa kitorang tak lah ketat sangat, selagi tak bawak perempuan, tak main dadah, tak minum itu kitorang(pengerusi dan timb. pengerusi) boleh abaikan apa yang penyewa lain nak buat. Masa mula-mula menyewa, budak-budak bilik bawah ni nampak sopan dan mendengar cakaplah, sebab mak kepada salah sorang budak ni pun adalah kawan sekerja, kawan serumah(duduk bilik atas) aku, jadi terpaksalah tolong dan terima budak-budak ni untuk menyewa rumah ni sebab dorang ni tengah latihan praktikal. Sekian lama kitorang perhatikan perangai budak-budak ni, makin hari makin tak boleh tahan, sebabnya:

1.) Gunakan dapur dan tak reti-reti nak kemas balik. Seperti kebiasaannya, kalau sekali tak basuh kitorang boleh tahan la, tolong basuhkan ke, tapi kalau sampai bawak kawan-kawan dan jadikan rumah ni macam rumah tumpangan haram, memang dah melampau.

2.) Kawan-kawan yang budak-budak ni ajak makin hari makin bertambah, dah ini meningkatkan lagi bil elektrik rumah sewa ni. Kalau datang nak buat kerja ke ok lah bagi kitorang, tapi datan main game online(facebook terutamanya) lepas tu jerit-jerit, ingat sini cyber cafe ker?

3.) Sanggup ponteng kerja (latihan praktikal) sebab pada waktu malamnya sibuk main game casino dekat facebook berjam-jam, lepas tu pukul berapa nak tidur pun tak tahulah. Memang perangai macam budak-budak kan? Macam tak tau tanggungajawab pulak.

Selepas kitorang berbincang, masalah ni timbul akibat kemudahan wireless free dekat rumah kitorang yang guna Streamyx, dan penyelesaian untuk semua masalah yang aku hadapi adalah, block ip address kawan-kawan si budak-budak bilik bawah ni, kalau korang nak tau, dulu malu-malu kawan dia nak datang rumah, sekarang tak kira hari minggu ke, hari kerja pun sanggup datang, sebabnya internet free.

Kalau korang ada cadangan atau idea-idea yang boleh aku gunakan untuk memerangi budak-budak ni secara psikologi tolong kongsi ok..

Baca juga ini:

  1. Seminggu tanpa Internet buatkan hidupku berantakkan
  2. Rumah Sewa atau Rumah Famili? Part 1
  3. Jangan Main Parking.

Tags: , ,

18 Responses to Best Main Internet Free?

  1. Omar on 3 December 2010 at 3:15 pm

    em..problem kau ni aku pernah rasa gak, senang jer.. ko block jer la internet free tu, letak password.. dah selesai masalah, tak pun, block MAC address diorang
    Omar´s last [type]..The Social Network – Kisah Tentang Facebook

    • rashid on 5 December 2010 at 12:59 pm

      yup…aku dah pun block MAC address dorang..haha..dorang yang aku maksudkan, kawan2 budak2 tu r..

  2. Ali ridha on 3 December 2010 at 11:36 pm

    rumah yang pernah aku tinggal.
    tiada budak-budak ni.sebab
    aku tinggal sorang saja.

    maaf tak dapat membantu.
    Ali ridha´s last [type]..Hidup Untuk Memberi – Sebulan menangi Acer Aspire One

    • rashid on 5 December 2010 at 1:00 pm

      Nasib baik budak2 tu dah nak keluar dah…lepas ni ni tak mau amik budak2 lagik..haha

  3. nisa on 4 December 2010 at 10:25 am

    at first, ko tak letak pwd yer? patotla senang dier nk bawak member. pasal dapor tu, ko ckp jer ngan diorang, aper susah????
    nisa´s last [type]..TUNANG

    • rashid on 5 December 2010 at 1:01 pm

      hai nisa…yup, at first kitorang tak letak pass, cuma block MAC address dorang.. ingatkan boleh control lagik, cuma bile akhir2 ni jek makin menjadik2..hoho!!!

      • nisa on 5 December 2010 at 1:41 pm

        xper2, sudah selesai dh kan. hihihi
        nisa´s last [type]..TUNANG

  4. MR.Z on 4 December 2010 at 5:51 pm

    benda ni pernah juga berlaku pada aku.. hmm tu la, nak tegur rasa serba salah lak.. tapi kalau tak tegur, makin menjadi-jadi.. elok kasi tarbiah je dengan mereka tu.. cakap elok2.. insyaallah mereka boleh terima..
    MR.Z´s last [type]..Canon DSLR Pilihan Saya!

    • rashid on 5 December 2010 at 1:02 pm

      Bukan tak mau tarbiah selalu, cuma dorang ni kejap je kesanye, lepas tu orang senyap dorang mula la balik..hoho..lepas ni tak mau amik budak2 r..hoho

  5. naimulfirdaus on 6 December 2010 at 12:45 pm

    hah, kesiannya budak-budak tu..
    malu depa kalau baca artikel ni.
    kenapa tak tegur direct je?
    tak salah kalau nasihat baik-baik
    naimulfirdaus´s last [type]..Menjadikannya Bermakna

    • rashid on 7 December 2010 at 12:14 am

      Bila dah duduk serumah ni, memang akan ada miss comunicate, bukan tak pernah tegor bro, tapi mungkin ibarat curah air atas daut keladi..tak pe la, dah block ip address tu, harap semua jadi ok..insya’allah..

  6. sazuwi on 7 December 2010 at 1:33 am

    kondisi ko pun ader gak sket2 jadik kat aku..
    tapi set yang berlainan hehe..
    dan ini adalah kes rakan sebaya..

    utk kes ko, klu budak2 lagi senang kot nak settle..
    agak2 ader satu hari tue ko berlakon kasik amok stu rumah..
    nak wat betul2 pun tak per..tapi risiko sendirik..heh
    mau diorang kecut gak..
    sazuwi´s last [type]..Baru- Saluran TV Al-Hijrah

    • rashid on 8 December 2010 at 2:59 pm

      good idea bro…mungkin aku boleh amok dekat dapur ke…pernah sekali aku tutup pintu kuat2, pastu maki2..haha..

  7. mankuchai on 11 December 2010 at 9:01 pm

    Masalah ni memang biasa terjadi dirumah sewa,kasi nasihat sikit,penyewa tu…buat mesyuarat antara penghuni sah rumah sewa.masa bagilah apa2 yg patut dan yang tak berpuashati boleh luahkan..

    • rashid on 12 December 2010 at 2:29 am

      Tak pe la, lepas ni kena interview la budak2 yang nak masuk rumah ni…kalau ada kawan2 sebelajar nak tumpang lagi baik, boleh gak bawak berbincang..insya’Allah..

  8. Fareast on 22 December 2010 at 4:01 pm

    Same kes dlm rumah sewa aq jgk..
    mase P1 x pasang lagi, x pernah tgk pun kwn diorg datang..
    walupun ltk password, ade je yg sudi kasi tau passwordnye…
    duduk rumah sewa org dh mcm CC Awam.. last2 potong P1.. sbb ade prob ngan p1… terus dirong tak dtg.. hahaaa
    Fareast´s last [type]..Banner Blog dengan Paparan Feed Terbaru

    • rashid on 23 December 2010 at 7:28 pm

      actually, kalau gune streamyx, kite ley blog physical address dorang…tapi kalau p1 tak tau la aku..

  9. Amalan-Amalan Ringan Harian. | M! Ni Rashid on 25 January 2011 at 10:01 am

    [...] sekarang dalam zon selesa, tak fikir masalah-masalah aku yang kat JB aritu, masalah parking dengan masalah budak rumah yang budak-budak [...]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*


CommentLuv badge