Subscribe to RSS Feed

Ramai yang tahu yang bowling adalah salah satu sukan indoor yang popular di dunia, bukan hanya dalam pertandingan, tapi juga untuk aktiviti riadah bersama keluarga dan kawan-kawan, tapi sukan bowling juga menyatukan kawan-kawan dan ahli keluarga…Sebenarnya aku nak pergi main bowling jap lagi, so tiba-tiba ambik masa sekejap nak post pasal bowling ni. Pernah tak korang rasa nak jadi pemain bowling terhandal dikalangan keluarga atau kawan, atau untuk mewakili tempat korang bekerja. Mungkin korang tengok kawan-kawan main, lepas tu strike, mungkin korang tertanya-tanya, apasal hebat sangat dia tu ha? Mesti darah daging bowler ni..haha..Sebenarnya korang tahu nak main bowling ni, masuk longkang pun kira korang pandai main bowling gak la kan??hehehe..

Entri ni mungkin pendek sikit, sebab aku nak kongsi cara untuk buat yang terbaik semasa main bowling dengan keluarga atau kawan-kawan.

1.) Postur badan – Even saiz korang agak istimewa, yang perlu korang buat, pandang hadapan terus kearah pin, dan pastikan badan tetap pegun cuma tangan saja korang hayun. Mungkin korang boleh try and error masa buat balingan.

2.) Pegang Bola betul-betul – Nak pegang bola dengan betul, bola tu sendiri mestilah sesuai, pastikan  lubang bola bowling tu sedikit longgar dan tidak terlalu ketat, kalau korang ada bola sendiri lain cerita lah..Satu lagi, elakan dari tangan yang berpeluh, sebabnya nanti korang terlepas masa pegang bola tu, jadi bawaklah towel yang bersih dan kering semasa bermain bowling.

3.) Pastikan kedudukan korang – Jika korang pengguna tangan kanan, pastikan korang berkedudukan tengah kanan berpandukan poin-poin yang ada dekat lane bowling tu. Untuk yang kidal, ambik kedudukan tengah kiri.

4.) Fokus!!! – Korang akan melakukan balingan yang menentukan hidup mati korang, hehe…So better aim pin kedua dan ketiga, sama ada sebelah kanan pin tu atau sebelah kiri pin tu, ikut fokus korang.

5.) Kawalan pernafasan – Mungkin step ni ramai yang terlepas, sebab terlalu suka, so pernafasan penting untuk mengawal rasa gemuruh, so tarik nafas beberapa kali, saat korang nak baling bola tu, korang tahan nafas dan terus baling, ini nak mengurangkan pergerakan badan sekiranya korang hembus nafas.

6.) Gerakan lembut – Bukan korang bergerak macam auwww, nanti bola tu pun pergi macam auwww..Gerakan lembut bermaksud, korang ambik sekurang-kurangya empat langkah dan teruskan balingan, tapi bukan dengan gelojoh, orang kata take time ketika baling.

7.) Kawal kelajuan – Kebanyakan yang main bowling adalah berdarah muda, tak sabar dan gopoh. Dalam bowling, korang tak boleh laju sangat dan terlalu perlahan sangat, so kena man man(perlahan-lahan)..hehe, sebab kalau terlalu laju, bola bowling akan tersasar dari lane atau  pin tu tak jatuh ke belakang, tapi berpisah(split), so pin yang kat belakang tak kena balingan atau jatuhan pin..Faham!!!

8.) Maintain postur – Macam aku terangkan kat atas tadi, postur badan semasa balingan menentukan arah balingan korang, so pastikan badan tegak, muka pandang kehadapan menghala ke arah target.

9.) Lepaskan bola itu!!! – Sebelum melepaskan balingan, bengkokkan sedikit tangan, tangan yang memegang bola rapat dengan badan dan tangan lagi satu pegang bola untuk sokongan. Hati-hati semasa lepaskan balingan, sebab kita akan tidak sengaja membongkokkan badan selepas melepaskan badan. Pada kerendahan yang sesuai, lepaskan bola dalam keadaan relaks.

10.) Style – Pandang ke arah bola itu pergi, jangan berganjak ke mana-mana, ni untuk melihat samaada korang strike ke tak..hehe

Itu je la teknik yang dapat aku kongsikan…Tiba-tiba ujan plak…haha..pape pun, esok ahad, ajaklah kawan-kawan atau keluaga pergi main bowling, katJohor ada tempat murah, RM2 je satu game…haha, pape pun, have a nice weekend..

UPDATED: 31 Mei 2010

Haha…ni la hasilnya tiga hari berlatih dengan member…huh, tak pernah dapat turkey (Strike tiga kali berturut)

**UPDATED lagi**

keh keh keh…ni kebetulan atau realiti…

Baca juga ini:

  1. Hari Jumaat yang penuh dengan keberkatan. Tapi..
  2. 11 lawan 10, tapi Barca tetap kalah. Lagipun..
  3. (Bola) Kenapa Kaum Hawa Ada Yang Tak Minat Bola Sepak?

Tags: , , , , ,

45 Responses to (Bowling) Ramai Yang Tahu Tapi Tak Praktikan.

  1. AyieBlog on 16 August 2010 at 5:41 pm

    Salam,sukan blowling boleh dijadikan aktiviti riadah bagi yang berkeluarga,hehehe best + syok,dari lepak tak tentu hala :).
    AyieBlog´s last [type]..Percuma Tak Perlu Bayaran Pun

    • rashidraito on 16 August 2010 at 6:56 pm

      Aah, lebih2 lagi dapat tempat bowling yang murah giler…haha

  2. sfatimahzj on 7 November 2010 at 9:41 pm

    baru pas main bowling buat pertama kalinya..hahaha..tapi paling highest antara kawan2 lain dah biasa main…kikiki…seronokla plak

    • rashid on 8 November 2010 at 10:32 am

      well, itu perkara baik, pasni mesti semangat sikit nak ber’bowling’..hehe

  3. Princess MOMOY on 14 January 2011 at 1:11 pm

    kat mana johor tu satu game RM 2 jer
    momoy keje kat ganu
    baru dapat men bowling ngan member keje bila ganu baru ada tempat bowling
    haha….thx info
    Beza Antara HARIMAU MALAYA Dan HARIMAU MALAYSIA
    Boleh ker cara ni naikkan TRAFIK ?
    Princess MOMOY´s last [type]..Tolong ! Dapat SMS Cuba Menggoda Momoy !!

    • rashid on 14 January 2011 at 2:50 pm

      Bowling rm2 ringgit ni dekat danga city mall dan angsana, terhad pada pukul 10 pagi hingga 2 petang weekday..hehe..sonok kan membowling..hehe

  4. bibi on 22 March 2011 at 4:16 pm

    minta izin kongsi tips ni bole ya :) TQ

    • rashid on 22 March 2011 at 10:16 pm

      Sila lah, saya pun suka main boling nih..

  5. titan on 14 April 2011 at 10:05 pm

    dah lama gila tak main bowling nih..
    titan´s last [type]..Komisen kedua dari PanduanDplicom

  6. dinsblog.com on 15 April 2011 at 5:59 am

    tips yg membantu jugak nie.

  7. zulhilmi on 29 May 2011 at 4:34 pm

    salam,
    TQ bro pasal teknik pernafasan tu, aku de main game modern wallfare, ada satu babak tu nak bunuh ketua dia kena guna teknik pernafasan semasa menembak sebabnya tak mau peluru tersasar, xsangke plak dalam sukan ni ada teknik tu.. huhu aku bulan depan dah nak gi tournament dah… pucat gak ni…doa kan ye dapat strike selaluuuu
    haha

    • rashid on 7 June 2011 at 7:25 pm

      pernafasan yang baik banyak manfaat, kalau susah nak tidur, try tarik nafas dalam2, buat ikut suka, sampai tahap nak pitam cube la tidur, insya’Allah senang tidur…hehe

  8. adam amirul on 14 September 2011 at 10:19 am

    spe2 kt sni leh tloh ajarkan skil2 kt sy, sy ni nk sngat thu psal skil2 ni..

  9. ph on 20 January 2012 at 4:50 pm

    terinma kasih ler dgn tunjuk ajar ni sifu, gua sudah jd champion awal tahun ni ma… tapi ranking tahunan gua ranking ketiga, ada 11 bulan lg nak bersaing. ter…baik punya skill… cuma bola je tak ada lagi. klau ada free pos la kat gua. TQ TQ TQ

  10. amir on 25 January 2012 at 12:51 am

    salam…sy nk tnye ni..,cm ne nk wt balingan hook & posisi bdn…?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*


CommentLuv badge