Subscribe to RSS Feed

100 comment 100 blogMaaf minggu ni sibuk berblogwalking dengan software blogwalking yang sempoi tu. Entri sebelum ni pun entri revision entri lama, cuma tambah VT episod 2 Nota Cinta. Dalam minggu ni gak sibuk mengomen blog orang, so far, makin banyak blog yang aku kenal pasti dan berpontensi untuk aku follow atau subscribe feed dorang. Tapi aku bukan jenis yang tinggalkan komen atas dasar “eh tuan blog, mai la datang blog aku plak”, aku kalau boleh nak berkongsi pandangan ikut entri tu la tak mau la komen spam macam yang mat saleh tu buat dulu.

Ok, cukuplah bebelan tu.. Bebalik pada entri cabaran 100 komen, 100 blog ni, aku dapat inspirasi dari sebuah blog ni, sebenarnya masa tu tengah sibuk cari pasal “how to increase page rank“, aku singgah la macam-macam blog, dan aku tinggal tambah bagi thanks komen lagi, jadi cara paling berkesan untuk menaikan page rank adalah dengan meninggalkan komen. Tapi kenapa tinggalkan komen? Jawapanya senang, bila kita tinggalkan komen, kita akan tinggalkan link blog kita dekat blog orang. TAPI, ada sebab-sebab tertentu para pengomen tegar tak dapat tinggalkan komen, itu aku akan bagitau kejap lagi. TAPI kalau nak tinggalkan komen yang berkualiti bergantung pada kualiti konten dalam entri tuan empunya blog. Jadi Cabaran 100 Komen, 100 Blog ni adalah tanda penghargaan kepada blogger yang aku rasa telah berusaha untuk jadikan blog dorang salah satu perpustakaan online selain berkongsi hal-hal peribadi. Dan cabaran ini bukanlah bermakna aku akan komen 100 blog favorite aku,  tapi aku akan terjah mana-mana blog-blog baru dan yang lama.

Jadi kenapa pengomen tegar tak lalu atau malas nak tinggalkan komen dekat blog korang, kat sini aku berkongsi pendapat peribadi aku tambah pendapat hasil berblogwalking aku.

Kenapa blog kamu tak ku komen?

1.) First Impression – Walaupun ada pepatah, “Don’t judge book by it cover”, tapi dalam dunia online ni, kita pentingkan masa, kalau masa untuk loading page lambat, banyak widget, penggunaan bahasa yang pasar, itu membuatkan orang akan fikir dulu nak pangkah atau baca. Tu baru fikir nak baca, tak fikir nak komen lagi. Memanglah itu blog kamu, hak kamu nak modified macam-macam, tapi mesti nak bagi orang baca kan? kalau tak nape ade kat shout box…hehe

2.) Pengguna Blogspot – Maaf, bukan semua pengguna blogspot yang aku tak komen, cuma yang kotak komen dia tak ada Name/URL. Kita berbalik kepada kenapa kita komen blog orang, sebab nak tinggalkan pendapat dan link blog kan, mungkin pengomen ada inisiatif sendiri untuk tinggalkan link blog sendiri dengan sedikit ilmu HTML (<a href=”http://www.linktajukblogkorang.com”>TAJUK</a>), boleh dah tinggalkan link serta tajuk blog. Tapi tak semua pengomen nak bersusah payah macam tu, jadi tukarlah setting comment blogspot korang tu kepada anyone, dan hasilnya, blogger lain dapat masukan NAME dan URL.

3.) Konten Entri – Kebanyakan blog yang aku baru menyinggah, aku akan komen entri pasal isu semasa atau maklumat yang aku cari-cari, tapi kalau blogger yang Top Komentor blog aku, aku akan cuba komen mana yang terdaya atau kadang-kadang aku buat blog dorang macam blog aku sendiri plak..hehe..So, selitkan pasal isu semasa supaya orang tau korang ni ambik tau hal dunia luar bukan dunia korang sendiri je.

4.) Entri panjang – Selalu entri panjang akan diselang seli dengan entri ringkas (400 patah perkataan). Kalau baca entri panjang ni selalunya aku akan scan sekali lalu, sebab nak cepat, kadang-kadang  entri yang panjang ni disebab blogger tu melencong sana sini dan aku mudah rasa meluat sebab tak kena dengan tajuk, kalau entri panjang tapi lebih fokus pada tajuk, mungkin aku akan baca bebetul, sebab no point baca blog tu kalau macam rasa dipermainkan..

5.) Kemudahan Feed – Bagi pengguna Google Reader plus pengguna Firefox aku sarankan install extension Firefox ” Better GReader”, sebab dari google reader korang dah boleh komen, jadi jimat masa dan tenaga. So, mana yang guna blogspot, make sure kotak komen korang tu bukan jenis pop up, sebab nanti leceh pengomen blog korang.

UPDATE

6.) Dofollow - Ok, untuk pengetahuan semua, blog kita secara default adalah nofollow, termasuk blog aku. Untuk yang menggunakan wordpress, korang just cari plugin dofollow, mudah bukan. Untuk pengguna blogspot, cara paling mudah, korang pergi ke edit HTML (klik expand widget) dan cari <rel=’nofollow’> guna cara mudah, hold ‘CTRL+F’ dan search, dah jumpa just delete. Tujuan dofollow ni adalah untuk menghadiahkan pelawat blog korang backlink, backlink ni selalunya bersangkut paut dengan PR, so lets comments..hmhm..

Tu je la yang dapat aku kongsikan, kongsi je, kalau ada yang aku kongsi kurang, tolong tambahkan, kalau aku lebih-lebih boleh tegur aku…hehe..So, apa kata korang pun ambik Cabaran 100 Komen, 100 Blog sebagai motivasi, tapi kalau yang sibuk bekerja, tetapkan objektif yang tak membebankan korang, so see you all then…

p/s: Eh, korang tau kan yang denaihati buat kontes komen paling banyak, dan aku jugak pernah buat entri pasal kepentingan komen ni.

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

45 Responses to Cabaran 100 Komen, 100 Blog.

  1. nina on 7 June 2010 at 4:52 pm

    this is a good entry ;)

    • rashidraito on 7 June 2010 at 4:57 pm

      Tq nina…jom la 100 komen 100 blog…hehe

  2. paan on 7 June 2010 at 5:06 pm

    macam mana erk konsep 100 komen 100 blog tue ?? adakah ko mengajak semua blogger untuk tinggalkan komen dekat 100 blog ??

    thanks utk info pasal better greader tue.

    • rashidraito on 7 June 2010 at 5:13 pm

      Cabaran ni untuk diri sendiri…kalau ada yang terbaca nak buat macam ni kira ok la, baik untuk korang baik untk blogger masing-masing…hehe…kalau nak 200 komen 100 blog ikut suka la…tu kira motivasi kan…hehe

  3. aleh on 7 June 2010 at 7:26 pm

    100 komen 100 blog?uihhhhh…banyak tu..
    tapi tentang untuk menaikkan pagerank tu..
    ak pon tengah belajar-belajar..nak naikkan page rank blog ak..
    dan sedang berexperiment..memang salah satu cara nak naikkan PR blog adalah dengan komen blog orang lain..

    tapi semua blog ke yang kita komen akan memberi backlink dan menaikkan pr?aku pon tak pasti sangat dalam hal ini..tp dari pemahaman aku sendiri untuk mendapat pagerank dengan cara blog commenting ada beberapa faktor iaitu blog itu dofollow atau nofollow pada nama pengomen itu nanti.

    Tapi aku ada dengar juga cakap-cakap orang yang jika tersenarai dalam top commentor pada bahagian sidebar kita juga akan dapat backlink. yang penting untuk mendapat pagerank adalah dengan mendapatkan backlink.

    • rashidraito on 7 June 2010 at 9:55 pm

      Yup, tu salah satu sebab aku memilih nak komen,ehehe…salah satu sebab lain pasal dofollow tu la..kalau guna firefox, install extension search status, nanti boleh tau sama ada blog tu do atau nofollow…hmm

  4. Syafrizal on 7 June 2010 at 9:25 pm

    boleh buat tapi blog guna blogspot selalunya lembap :cry:
    tu pasal nak blogwalking pun amik masa

    • rashidraito on 7 June 2010 at 9:52 pm

      fikir 2 kali gak kalau nak komen…tambah widget lip lap lagi…hehe…

  5. Sya Isya on 7 June 2010 at 9:36 pm

    wow! wow!memang blogger yang bermomentum tinggi ni, bagus betul…keep it up!…tapi Sya tak leh kot buat camni, my habit is like this: jalan2, sampai 1 rumah dok lepak lama sikit, belek2 apa yg patut..agak2 dah dapat makan, dah kenyang, baru pi rumah sebelah. ngeh2..

  6. yanmie on 7 June 2010 at 9:42 pm

    wah tabik spring!! :mrgreen:
    akak kalau komen blogspot guna je akaun gmail lepastu kt komen letak link blog sekali :lol:

    • rashidraito on 7 June 2010 at 9:48 pm

      tu yang leceh…uhuk2..lagi2 kalau komen box tu kena klik..orang nak move on next blog cepat…haha

  7. zam on 8 June 2010 at 12:21 am

    thanks for the tips… banyak tuh..nak implement tu masalah sket..hehe.. kekangan masa tp..bisa diatur…

    • rashidraito on 8 June 2010 at 12:47 am

      Takpe…start dari sikit2, tetapkan masa, sehari, seminggu atau sebulan 100 komen…jangan sampai kerja lain terabai…aku ni tengah cuti…hehe

  8. Blabberina on 8 June 2010 at 1:35 am

    sy pun tgh nak tukar guna commentluv ni..sbb tak best xleh nk reply n xleh klik direct ke blog depa

    • rashidraito on 8 June 2010 at 3:28 am

      ermmm, cumluv pun membantu dalam cabaran saya ni…mudah dan berkesan…dan satu lagi, cuba cek pasal nofollow tu…sebab kalau still no follow, visitor tak dapat free backlink…contohnye saya yang komen la…hehe

    • suri on 8 June 2010 at 3:34 pm

      suri dah ada koem luv tu.tapi smjak dua ni sllu hadapi masalah..huhu…etrpaksalah guna manual..huhuhh :cry:

      • rashidraito on 8 June 2010 at 5:22 pm

        Apa masalahnya…bitau sikit…kalau suri tak register comluv tu, try register, nanti boleh pilih entri apa yang suri nak di tayangkan…hehe

  9. zik on 8 June 2010 at 3:08 am

    wah bagus2x.. tips yang berguna.. semoga berjaya.. :idea: :idea:

    • rashidraito on 8 June 2010 at 3:29 am

      Misi hampir selesai…banyak gak blog yang dah di komen…hehe

  10. suri on 8 June 2010 at 3:29 pm

    salam bro.. :razz:
    huhuhu letih gak mau jalan2 ek…suri klu masa free baru jalan2.

    petama msti akan singgah yang tinggalkan jejak kat blog CC :lol:

    pastu baru gi terjah senarai blog..kalu dah clear baru le jalan2 ke blog baru… :cry:

    sllu sempat jer melainkan kje bayk mmg tak dpt berblih di maya..
    :mrgreen:

    • rashidraito on 8 June 2010 at 5:21 pm

      blog walking ni macam lawat rumah jiran-jiran r…kalau nak bes bawak buah tangan…hehe..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*


[close]