Subscribe to RSS Feed

mnirashid-blog-full-pictureWah, cepat nya masa berlalu, esok hari Isnin..

Cara-cara berblogging part 2 ni adalah kesinambungan dari cara-cara berblogging part 1.

Untuk pengetahuan semua, cara-cara berblogging ni sesuai bagi mereka yang masih baru atau ingin serius dalam berblog.

Penampilan sesebuah blog itu boleh di ibaratkan baju yang kita pakai. Jika warnanya menarik pasti orang suka melihatnya, lebih-lebih lagi wanita cantik dan cantik pakaiannya.

Tapi ramai blogger baru tak sedar, yang perhiasan atau widget yang  terlalu banyak adalah tidak elok. Kenapa?

1.) Sesetengah widget perlukan masa untuk loading, dengan ini meningkatkan masa loading page kita, akibatnya pelawat/pembaca blog kita perlu menunggu lama untuk blog habis loading, paling malang sekali bila page blog kita tak keluar sekian lama, akhirnya pelawat tadi say good bye. Better prepare than repair kan?

2.) Widget percuma mengandungi pop-up website, ini juga mencemarkan imej blog kita.  Mungkin korang boleh cuba lawat blog sendiri lepas pasang widget atau pesan kat member untuk report sebarang perkara pelik atau malfunction dekat blog, supaya dapat di baiki cepat. Pop-up website ni selalunya keluar iklan yang tak elok dan ada virus.

3.) Widget free kadang-kadang ada code yang membuatkan blog korang tak sesuai dengan theme blog a.k.a errors. Baik wordpress atau blogspot, sekarang ni ramai programmer nak tarik trafik cara haram dengan buat widget percuma, contohnya jam, kalendar, itu semua tak perlu kot, sebab setiap orang mengadap PC/laptop, dah tentu ada jam dan kalendar, kan?

Seharusnya korang dah baca cara-cara berblogging part 1 sebab perkara yang diterangkan pada part 1 ada kena mengena dengan part 2. Ok, sebelum korang banyakan widget atau gadget pada sidebar, aku sarankan korang banyakan post link dekat sitebar terlebih dahulu, contohnya entri terkini, entri paling popular, entri paling banyak komen dan lain-lain tujuanya adalah memberi pendedahan kepada entri-entri lama korang untuk muncul semula, aku yang menggunakan WP-selfthosted, aku guna plugin random post, supaya entri akan tersenarai secara rawak, bermakna entri zaman tok kadok aku dulu mungkin akan dibaca. Ini juga dinamakan meningkatkan inbound link.

Dari segi pemilihan warna blog. Hmm, ramai blogger senang dengan warna cerah(contoh:putih), tak terang sangat(oren, jingga) atau warna tenggelam timbul. Aspek pemilihan warna ni penting bagi penampilan sesebuah blog, sebab kita baca dekat depan monitor, jadi cahaya yang keluar dari monitor ni dah cukup terang, jadi aku sarankan supaya elakan guna warna yang agak striking/cerah menyala, supaya mata pembaca boleh membaca lagi..he2..

Seeloknya jangan banyak sangat warna, eloklah kurang dari lima warna dekat blog, contoh: hitam, putih, biru-cair, merah dan oren, hmm macam warna blog aku je.

***

Apa yang aku cadangkan di atas adalah dari pemerhatian aku terhadap blog-blog yang aku rasa clean dan sedap mata memandang, masing-masing ada citarasa sendiri, ada yang suka letak macam-macam dekat blog, ada yang buat page khas untuk link, gambar, cara paling mudah nak kurangkan masa loading page adalah, kurangkan outbound link, atau link keluar. Contohnya adalah gambar, gambar yang kita letak dekat header atau di dalam entri, ada saiz dan data transfer, itu semua memerlukan masa untuk loading, jadi utamakan inboundlink atau link antara blog kira atau link antara entri.

Cara-cara blogging seterusnya mungkin lebih kepada coding, jangan takut, yang mudah-mudah sahaja. Jumpa lagi ye kawan-kawan..

Baca juga ini:

  1. (Tutorial)Cara paling mudah ‘mendiamkan’ shoutbox korang
  2. Mudah!!!Mari Aku Ajarkan Cara Nak Menang Kontes.
  3. Cabaran 100 Komen, 100 Blog.
  4. Cara-Cara Berblogging Part 1.

Tags: , , , , , ,

18 Responses to Cara-Cara Berblogging Part 2.

  1. naimulfirdaus on 24 January 2011 at 12:53 am

    terima kasih. ini agak membantu..
    naimulfirdaus´s last [type]..belajar menulis blog dengan mereka ini

    • rashid on 24 January 2011 at 11:52 am

      Saya buat apa yang termampu..thanks

  2. ieqa swetluv on 24 January 2011 at 1:02 am

    take note lagi kat sini ngeee

    • rashid on 24 January 2011 at 11:52 am

      Wah, macam datang kuliah pulak..

  3. zool on 24 January 2011 at 2:44 pm

    Best gak baca entri ni. Betul tu.. kadang2 ada widget yang letak link untuk dapat backlink.. rasa camnak buat je widget free tapi tak pandai..

    • rashid on 24 January 2011 at 2:51 pm

      ha2..widget jam jek, tapi dia punya loading punyalah lama..ha2..

  4. suri on 24 January 2011 at 5:12 pm

    widget yg comel tapi berat hurm..satu masalah juga…

  5. luthfi on 24 January 2011 at 8:32 pm

    bagus la ko nye entry..
    ambil semua ni sbg nasihat. bukan nak tunjuk hebat ke apa ke.. okey?
    luthfi´s last [type]..PRK N05 Tenang – Beginikah cara berpolitik dengan betul

    • rashid on 24 January 2011 at 11:11 pm

      Thanks luthfi..macam aku kata la,ni semua pemerhatian, apa yang aku buat cuma berkongsi…mana yang nak amik tahu bagus la..

  6. zik on 25 January 2011 at 2:27 pm

    kena kurangkan apa2 yang patut… kira buang lemak lah.. yang tak penting tuh kena consider…
    zik´s last [type]..Siapa pencipta Penyangkut baju Hanger

    • rashid on 25 January 2011 at 5:01 pm

      Ha2, Zik tau2 je orang berlemak ni selalunya slow..oops, anyway, betul la tu..konsep nye sama dengan blog..

  7. RedBoys on 25 January 2011 at 8:10 pm

    betul tu. banyak blog2 yang ada sekarang banyak sangat widget. sampai kadang2 entri blog pun dah tak nampak. mereka2 ni perlu banyak belajar lagi supaya pengunjung yang datang pertama kali akan datang seterusnya kalau tak itulah kali pertama dan terakhir. rugi kalau macam tu.
    RedBoys´s last [type]..Kalau Sudah Malang

    • rashid on 26 January 2011 at 12:27 am

      Bak kata orang, reputasi bertahun nak dibina, tapi sesaat boleh musnah..kalau nak tarik balik perhatian orang untuk membaca blog kita pun agak sukar..

  8. joy on 26 January 2011 at 12:45 am

    bagus BRO buat pelajaran blogger baru cam saya ni.Lagi pun blog2 yang mengajar begini tidak banyak.saya selalu juga ke sini,cuma tak tinggal jejak je.
    joy´s last [type]..Cara membuat tamplate sendiri

    • rashid on 26 January 2011 at 1:43 am

      blogger makin hari makin berdaya saing, kita yang baru2 ni perlu lebih selangkah daripada mereka, yang penting, jadi diri sendiri, mulakan berblog dengan apa yang kita minat..

  9. Princess MOMOY on 27 January 2011 at 10:30 am

    oh…blog momoy very colourful. oh tidak !
    Princess MOMOY´s last [type]..Pernah tak korang main game ini

  10. Izwan on 2 February 2011 at 2:07 am

    hahaha..hari ngadap jam kat laptop.. ske point tu.. warna striking sgt silau plak.. hehe.. better kontra rasanya.. gelap dan cerah..
    Izwan´s last [type]..Review Blog dan Menang RM 50 Top Up- Hosting Domain Free 1 Tahun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*


CommentLuv badge