Subscribe to RSS Feed

Chicken + Pox = Chickenpox atau bahasa malaysia dia cacar air, sintom-sintom penyakit ni aku sedar hari sabtu lepas, 17hb sept lepas, masa tu aku tak keluar mana pun, tapi bila ternampak bintik-bintik merah kecil pada kawasan badan, aku mula cari bintik-bintik lain, mana tau dah merebak jauh, tapi hari ahad, 18hb sept aku dah nampak bintik-bintik kecil mula membesar, ada yang dah pecah, TAHNIAH, sure la akan merebak satu badan, kaki, kepala dan lain-lain. Dan pada 19hb sept, iaitu hari isnin ni, aku pergi klinik untuk minta nasihat dan langkah-langkah pencegahan, dan dipendekkan cerita, aku dapat MC satu minggu, 19hb – 25hb, doktor ni pun satu, aku sabtu ahad mana kerja..hehe.

Ini adalah sebahagian ubat-ubatan yang perlu aku ambil dalam masa lima hari ni, selain ubat ni, aku dapat ubat demam dan ubat sapu. Antiviral Agent ni doktor tu kata boleh menghalang dari chickenpox/cacar air aku ni dari merebak secara berleluasa, jadi satu hari makan lima bijik, 4 jam sekali, so pukul 8am,pukul 12pm, pukul 4pm,pukul 8pm dan pukul 12am, makan aja la, nak cepat sembuh.

Chickenpox/Cacar Air – Giliran Aku.

Pelik betul, ingatkan dulu aku pernah kena dah chickenpox ni, mungkin sebelum ni demam campak..huhu..Korang yang pernah kena chickenpox ni mungkin tak akan kena dah penyakit ni, sebab badan dah ada antibodi untuk melawan penyakit ni dari datang semula. Dari apa yang aku baca kat internet, penyakit ni selalunya akan menyerang kanak-kanak dari umur 12 bulan ke 15 bulan, tapi ada juga yang menyerang pada umur 4 tahun hingga 6 tahun, tapi dalam kes aku ni mungkin masa kecik dah pernah dapat vaksin, jadi penyakit ni tangguh bila aku dah besar..hehe.. Family aku lepas sorang, sorang kena chickenpox ni, dan sekarang giliran aku pula.

Sintom-sintom chickenpox atau cacar air?

Apa yang dah berlaku dekat aku adalah, badan aku ada bintik-bintik merah dan berair, lepas sehari dua akan demam, suhu dalam 37.7°-38.8° C, kalau kurang bernasib baik, akan rasa sakit tekak, telinga, bisa-bisa satu badan, dan itulah yang aku rasa sekarang, cuma tiba-tiba rasa nak tulis pasal ni, so korang JAGA-JAGA!!! hehe.. Apa yang penting, bila dah nampak cacar air dekat badan tu, cepat-cepatlah pergi jumpa doktor dan jangan kerap keluar rumah, takut orang lain dapat chickenpox sama, penyakit ni berjangkit sama ada melalui sentuhan kulit ke kulit atau udara (batuk/bersin).

Chickenpox atau cacar air boleh berjangkit.

Kalau ada ahli keluarga atau saudara atau sapa-sapa yang sedang kena chickenpox, kemungkinan korang akan kena sama, itu pun kalau korang kerap bersama orang yang berpenyakit tu. Aku sekarang ni kuarantin dekat rumah saja, budak-budak rumah sewa aku ni kalau kena, sorry, bukan salah aku k, penyakit ni memang berjangkit..hehe. Dari apa yang aku baca dekat internet ni, sapa-sapa yang tak pernah kena chickenpox atau pernah ambil vaksin, kemungkinan akan dapat penyakit kayap. Jadi untuk langkah pencegahan, perkara yang penting yang perlu kita buat adalah, kuarantin diri dalam bilik, kalau boleh jaga kebersihan diri, tempat tidur, basuh tangan sebelum dan selepas keluar dari bilik air, dan yang penting dengar nasihat doktor dan jangan makan ubat-ubat yang doktor kasi.

Kalau nak tahu banyak lagi pasal chickenpox/cacar air ni, boleh lawat website ni, aku pun nak rehat kejap.

http://kidshealth.org/parent/infections/skin/chicken_pox.html#

p/s: Kepada boss, aku tak tau nak bagitau macam mana, sure dia miss bila aku tak ada..haha..

No related posts.

12 Responses to Chickenpox/Cacar Air – Giliran Aku.

  1. MR.Z on 22 September 2011 at 11:03 pm

    tak pernah kena lagi tapi sebelum ni nak tahu juga apa itu chicken pox.. nampak macam teruk juga ye.. btw semoga cepat sembuh ye :)
    MR.Z´s last [type]..Persepsi Terhadap Pengguna Smartphone

  2. atieyy on 25 September 2011 at 11:12 am

    menakutkan juga ya cikenpox ni…huhuhuu…belum perlu alami lg seumur hidup…
    atieyy´s last [type]..Cara Mengasah Gunting Yang Tumpul

  3. zool on 16 October 2011 at 4:58 pm

    aku masa sekolah menengah dulu penah kena ni. kata org sekali seumur hidup.. tapi tak tentu gak.. ada yang bonus kena byk kali
    zool´s last [type]..Menjadi seorang stalker

  4. suri on 4 December 2011 at 4:25 am

    salam..
    pkbar dah sembuh ke blum?
    rashid..oh rashid mana pergi diam sepi jer tanpa berita huhu..

    suri hrp dah smbuh dr pykit tu yer.
    suri´s last [type]..Sebenarnya Aku Malu..

  5. Softlogger.com on 7 December 2011 at 4:12 pm

    Aku penah kene waktu skolah rendah dulu.. pergh mmg xmnahan la.. biasa la tu hehe
    Softlogger.com´s last [type]..3G – Not Just for Smartphones Anymore

  6. Streetech on 12 December 2011 at 8:31 am

    sakit giler beb kene cikenpop ni :(

  7. hdn952 on 12 December 2011 at 9:25 am

    Info yang bagus.terima kasih….

  8. zik on 12 December 2011 at 12:08 pm

    aku pernah kena sekali … darjah 6,, kesannya (parut) masih ada lagi… sebab aku garu.. gatal sangat..
    zik´s last [type]..Kartun malaysia (Belilah insurans saya,wahai superman!)

  9. stiejaa on 5 January 2012 at 2:57 pm

    pernah juga kena masa keciq dulu gatal stu badan
    stiejaa´s last [type]..Cost of Pest Elimination

  10. maszuki on 29 January 2012 at 3:25 am

    tuan, lama x update ni…bz ke?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*


CommentLuv badge