Copyright © 2012 my name is rashid. All Rights Reserved by Snowblind
Chicken + Pox = Chickenpox atau bahasa malaysia dia cacar air, sintom-sintom penyakit ni aku sedar hari sabtu lepas, 17hb sept lepas, masa tu aku tak keluar mana pun, tapi bila ternampak bintik-bintik merah kecil pada kawasan badan, aku mula cari bintik-bintik lain, mana tau dah merebak jauh, tapi hari ahad, 18hb sept aku dah nampak bintik-bintik kecil mula membesar, ada yang dah pecah, TAHNIAH, sure la akan merebak satu badan, kaki, kepala dan lain-lain. Dan pada 19hb sept, iaitu hari isnin ni, aku pergi klinik untuk minta nasihat dan langkah-langkah pencegahan, dan dipendekkan cerita, aku dapat MC satu minggu, 19hb – 25hb, doktor ni pun satu, aku sabtu ahad mana kerja..hehe.

Ini adalah sebahagian ubat-ubatan yang perlu aku ambil dalam masa lima hari ni, selain ubat ni, aku dapat ubat demam dan ubat sapu. Antiviral Agent ni doktor tu kata boleh menghalang dari chickenpox/cacar air aku ni dari merebak secara berleluasa, jadi satu hari makan lima bijik, 4 jam sekali, so pukul 8am,pukul 12pm, pukul 4pm,pukul 8pm dan pukul 12am, makan aja la, nak cepat sembuh.
Chickenpox/Cacar Air – Giliran Aku.
Pelik betul, ingatkan dulu aku pernah kena dah chickenpox ni, mungkin sebelum ni demam campak..huhu..Korang yang pernah kena chickenpox ni mungkin tak akan kena dah penyakit ni, sebab badan dah ada antibodi untuk melawan penyakit ni dari datang semula. Dari apa yang aku baca kat internet, penyakit ni selalunya akan menyerang kanak-kanak dari umur 12 bulan ke 15 bulan, tapi ada juga yang menyerang pada umur 4 tahun hingga 6 tahun, tapi dalam kes aku ni mungkin masa kecik dah pernah dapat vaksin, jadi penyakit ni tangguh bila aku dah besar..hehe.. Family aku lepas sorang, sorang kena chickenpox ni, dan sekarang giliran aku pula.
Sintom-sintom chickenpox atau cacar air?
Apa yang dah berlaku dekat aku adalah, badan aku ada bintik-bintik merah dan berair, lepas sehari dua akan demam, suhu dalam 37.7°-38.8° C, kalau kurang bernasib baik, akan rasa sakit tekak, telinga, bisa-bisa satu badan, dan itulah yang aku rasa sekarang, cuma tiba-tiba rasa nak tulis pasal ni, so korang JAGA-JAGA!!! hehe.. Apa yang penting, bila dah nampak cacar air dekat badan tu, cepat-cepatlah pergi jumpa doktor dan jangan kerap keluar rumah, takut orang lain dapat chickenpox sama, penyakit ni berjangkit sama ada melalui sentuhan kulit ke kulit atau udara (batuk/bersin).
Chickenpox atau cacar air boleh berjangkit.
Kalau ada ahli keluarga atau saudara atau sapa-sapa yang sedang kena chickenpox, kemungkinan korang akan kena sama, itu pun kalau korang kerap bersama orang yang berpenyakit tu. Aku sekarang ni kuarantin dekat rumah saja, budak-budak rumah sewa aku ni kalau kena, sorry, bukan salah aku k, penyakit ni memang berjangkit..hehe. Dari apa yang aku baca dekat internet ni, sapa-sapa yang tak pernah kena chickenpox atau pernah ambil vaksin, kemungkinan akan dapat penyakit kayap. Jadi untuk langkah pencegahan, perkara yang penting yang perlu kita buat adalah, kuarantin diri dalam bilik, kalau boleh jaga kebersihan diri, tempat tidur, basuh tangan sebelum dan selepas keluar dari bilik air, dan yang penting dengar nasihat doktor dan jangan makan ubat-ubat yang doktor kasi.
Kalau nak tahu banyak lagi pasal chickenpox/cacar air ni, boleh lawat website ni, aku pun nak rehat kejap.
http://kidshealth.org/parent/infections/skin/chicken_pox.html#
p/s: Kepada boss, aku tak tau nak bagitau macam mana, sure dia miss bila aku tak ada..haha..
No related posts.


tq 4 info…u punyer citer sama cm anak sy yg tgah kna cikenpop nih…tp dia masih lg bby..baru 7 bulan dh kena…menangis jer keja nya
saya da penah kena ni masa kecik2 dulu.. paling muda bole kena umur 12 bulan ek? saja la standby utk anak2…huhu
aku tengah kena penyakit ni .pd 20hb feb … dah lah keja kat ofic banyak,, nak keja tak bole keja…apa ubat yang bole cepat sembuh
Pernah kene dulu masa tingkatan satu ….abih badan kene bedak ngan beras dengan daun apa tah untuk hilangkan parut gatal sangat kalo kene chikenpox ni
Dulu mase kecik2 dah kena. Alhamdulillah da besa takde apa2 dah :)