Subscribe to RSS Feed

Harinya telah tiba, perlawanan pertama Afrika Selatan menentang Mexico pada jam 10 malam waktu Malaysia. Diikuti dengan pasukan-pasukan dari kumpulan A hingga H. Perlawanan harini bukanlah yang ditunggu-tunggu, sebab pasukan yang perlu diberi perhatian adalah Perancis,Argentina,England, Jerman, Belanda, Itali, Brazil, Sepanyol dan Portugal sebab pasukan ni adalah pasukan yang diminati sejak turun temurun. Bermaknanya setiap hari ada perlawanan yang dinantikan samaada korang minat atau tak pasukan tu, sebab pasukan lawan juga perlu diberi perhatian, untuk mengetahui kebarangkalian pasukan pilihan kita boleh menjadi Juara Piala Dunia 2010 Afrika Selatan.Sepak mula Piala Dunia yang bermula 11 Jun jam 10 malam  akan berakhir pada awal pagi 12 Julai , bermakna satu bulan kita akan mengalami kejutan budaya, baik yang minat bola sepak atau tak, korang tetap kena tempiasnya..Contohnya korang tengoklah pendahuluan yang aku tulis, tu adalah tanda-tanda seseorang tu mengalami kejutan budaya…ehem,sebelum ni tak nak pulak cakap pasal bola, sekarang ni macam-macam benda nak borak pasal bola.

Kejutan budaya yang bakal korang lihat sepanjang kempen Piala Dunia ni:

1.) Rata-rata rakyat Malaysia akan memakai jersi pasukan pilihan, mungkin PM kita juga akan memakai jersi bola, pasukan mana, itu nanti kita tunggu. Kejutan budaya ni selalu kita lihat bila mula musim baru bola sepak dunia, tapi kejutan budaya ni korang akan lihat sama ada di jalan-jalan, di pust membeli belah juga di tempat-tempat ibadah, mana tau kan…hehe

2.) Bagi mereka yang mengikuti setiap perlawanan sepanjang kempen Piala Dunia ni, dorang akan tidur awal, dan bangun pada jam perlawanan yang dinanti-nantikan. Mereka yang dah berkahwin tu, kenalah faham kalau pasangan dorang suruh kejut sekian-sekian masa, tu tandanya nak tengok bola la tu. Mereka yang single, mungkin terpaksa merubah jam biologi dorang, iaitu menjadi seperti burung hantu, siang tidur, malam berjaga.

3.) Kalau tidur tu kadang-kadang tak berapa berkesan, sebab nak tahan sampai kesubuh tengok perlawanan bola sepak. So sepanjang kempen Piala Dunia ni, korang akan banyak mengambil minuman berkafien agar dapat membantu korang berjaga hingga ke pagi.

4.) Kejutan budaya yang ni mungkin terasa bagi yang ada pasang Astro dekat rumah. Korang lebih memilih tengok bola dekat rumah berbanding diluar, tambahan pulak Astro Beyond tu. Jadi sepanjang kempen Piala Dunia ni, korang akan kurang keluar malam, maknanya kurangkan penggunaan minyak dan mengurangkan kadar jenayah..Insya’Allah.

5.) Bagi  mereka yang banyak menghabiskan kerja-kerja pejabat di luar, lepak kedai mamak adalah pilihan utama, sebabnya, kedai mamak bukak 24 jam, ada wi-fi dan sesungguhnya kedai mamak adalah tempat paling ideal untuk menonton bola sepak..huhu..

6.) Peminat bola sepak atau yang tak minat bola sekalipun, akan bercakap tentang bola, baik dorang tahu apa yang dorang borakkan, atau dorang kutuk pasal orang yang minat bola, yang penting, masih borak-borak bola kan??hehe..Bagi yang kerja pejabat mesti dapat rasakan kejutan budaya ni, sedangkan perlawanan bola sepak biasa pun dah kecoh betul, ni kan pulak Piala Dunia.

7.) Pada mereka yang fanatik bola sepak, mereka merasakan bulan Jun ini adalah bulan yang kurang produktif, sebabnya, dorang banyak habiskan masa memikirkan tentang bola daripada memikirkan tentang kerja…Come on lah, bukan pekerja biasa je yang rasa kejutan budaya ni, Boss pun akan rasa begitu, melainkan Boss tu perempuan la..hehe

8.) Rutin makan harian korang akan berubah, berubah macam mana? Korang akan makan lebih awal daripada kebiasaanya, mungkin sebab taknak makan lewat malam? Atau korang bercadang nak tidur lepas makan, dan bangun pada lewat malam.  Kejutan budaya ni akan dirasai oleh ibu atau isteri yang kena masak awal sikit daripada kebiasaan, sebab nak turutkan permintaak suami atau anak…oh..

9.) Piala Dunia akan berlangsung tak kira hari biasa(Isnin hingga Jumaat) atau hari minggu (Sabtu dan Ahad), jadi kejutan budaya yang amat terasa bagi yang bekeluarga adalah, yang si peminat bola tu akan banyak meluangkan masa di rumah, berbanding membawa Isteri dan anak keluar. Hari minggu dah tak seperti dahulu, itu mungkin korang akan rasakan, ni disebabkan nak save tenaga untuk tengok perlawanan pada paginya..hoho

10.) Kejutan budaya terakhir ni mungkin dapat dirasai bila pasukan pilihan dapat ke suku akhir atau separuh akhir, mereka akan lebih cergas di malam hari berbanding siang hari. Sebab utama bukanlah kerana pasukan pilihan dapat ke peringkat seterusnya, tapi disebabkan jam biologi berubah dan pengambilan kafien yang dah sebati dengan darah. Dalam sebulan kalau kita amalkan amalan yang tak betul, amalan tu akan menjadi rutin harian kita

Kejutan budaya ni memang tak dapat ditangani, melainkan sepanjang Piala Dunia ni, rumah korang black out..haha..Haha, apa-apa pun, Piala Dunia adalah fenomena, di mana, semua orang akan rasa, dan secara tak langsung korang akan ambik tahu pasal bola, walaupun korang sebelum ni tak minat bola pun, so Happy World Cup, harap tak ada perkara buruk berlaku sepanjang Piala Dunia ni.. Dan jangan lupa sedekahkan al-Fatihah dekat saudara kita di Palestin tu, agar mereka dapat menempuhi dugaan dengan mudah…aminnn

Tags: , , , , , ,

15 Responses to Cultural Shock Akibat World Cup 2010.

  1. Syafrizal on 11 June 2010 at 9:37 pm

    hehe sapa ada Astro yang boleh rekod2 tu
    rekod la pastu tengok puas2 hehe

    • rashidraito on 12 June 2010 at 12:32 am

      Pasal bola sepak, sanggup je beli alat record mahal-mahal tu…haha

  2. sazuwi on 12 June 2010 at 1:20 am

    aku quote “kurangkan penggunaan minyak dan mengurangkan kadar jenayah”,hehe

    nice artikel bro..

  3. AyieBlog on 12 June 2010 at 3:55 am

    salam,apa yang bro rashid ungkaikan dapam entry semua betul,ayie bukan minat bola,tadi tiba-tiba terbukak TV1 ada siaran perlawanan nak tengok sekejap sahaja,last2 sampai ke penalty..sekarang sambil blogwalking sambil tengok,jom tengok :)

    • rashidraito on 12 June 2010 at 4:25 am

      Hah…ade penalti ke???haha

      • MrSup on 14 June 2010 at 4:35 pm

        btol ke ade penalti? mushkil2.. btol ke tgk ni..hihi :mrgreen:

        • rashidraito on 14 June 2010 at 9:25 pm

          Tu la…mungkin bayangan je kot…haha

  4. klcitizen on 12 June 2010 at 1:24 pm

    memang betul tu..
    nanti dah bukak sekolah minggu depan, cikgu mengajar sorang2… yang bebudak ni baring atas meja

    • rashidraito on 12 June 2010 at 1:59 pm

      Upss, saye cam tu la…harap cikgu bawak gula-gula, untuk inspire murid2…hehe

  5. MrSup on 14 June 2010 at 4:40 pm

    btol ckp ko tu..cultural shock jap..walaupun aku tak minat bola, tp kalau WC je, kompem tgk.. walau game kol 2.30 pg pn, rela bersengkang mate tgk.. pastu esk mula la kelam kabut nk bgn..huhu.. team manekah pilihan hati ko? tgk dr widget WC tu mcm England.btol ke? hehe

    • rashidraito on 14 June 2010 at 9:26 pm

      England la…haham sebab minat EPL, so automatik minat England…haha

  6. suri on 15 June 2010 at 2:07 pm

    salam..
    wah bahaya juga simptom2 bola ni ek? huhu..

    suri sllu memikirkan inilah waktu terbaik untk suri menemani dia hehe..

    • rashidraito on 15 June 2010 at 3:37 pm

      Bagus la suri ni…haha..tak la sunyi si dia…tapi sampai pagi ke nak teman ni???hehe

  7. suri on 15 June 2010 at 2:08 pm

    suri just minta bentuk bola yang bulat tu jer..kiki :mrgreen:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*


[close]