Copyright © 2012 my name is rashid. All Rights Reserved by Snowblind
Bila cakap mengenai buffet mesti ada yang dah fikir, mahal, mewah dan membazir. Tapi bagi aku, orang yang cakap macam tu perlu belajar dari aku, sebab aku berjaya menghadapi hidangan buffet ramadhan semalam, 21 Ogos 2010..hehe
Tempat kejadian adalah di Johor, dekat Sangkar Kristal Pelangi Golf Driving Range(tempat orang belajar main golf je pun), Jalan Serampang, Taman Pelangi, spesifik kan aku bagi lokasi, atau:
Peta ni amik dekat google maps. Orang Johor rasanya tak ada masaalah nak teliti map ni, cuma orang ‘luar Johor Bahru’. Ok, lokasi dah tahu, macam mana dengan harga? Harga untuk buffet LC KCatering ni cuma RM39 je, hmmm, kira murah gak la, dengan harga ayam dan barang dah naik, so makanan pun naik harga jugaklah. Dengan harga sebegitu, 68 jenis hidangan disajikan, termasuklah kuih-muih, air, buah-buahan dan sebagainya.
Cukuplah dengan sedikit mukadimah kan? Aku terus kepada macam mana nak hadapi buffet RM39 ni, hehe.. Semalam bila jam menunjukan jam 7.01 pm, kitorang seramai 5 orang naik ke dewan Sangkar Kristal tu, tempat duduk kitorang memang dekat dengan tanggga dan buffet. Kitorang letak barang dan terus amik hidangan.
Gambar di atas hanyalah hiasan ok. Bila jumpa hidangan macam ni, apa yang perlu korang buat adalah:
1.) Amik kurma dan buah-buahan. Make sure pinggan penuh dengan hidangan yang aku sebutkan tadi.
2.) Ambil lauk sahaja. Bayaran RM39 tak berbaloi kalau korang ambil nasik, sebab nasik akan buatkan korang cepat kenyang. Apa yang aku buat, amik segala jenis masakan ayam, contoh, ayam masak merah dan ayam masak kurma, lagipun ayam dah naik hargakan? Dan tidak lupa juga sayur-sayur atau ulam-ulaman ok.
3.) Ambil kuih-muih. Appertiser atau pembuka selera sudah, main course dah, jangan lupa desert atau pencuci mulut. Pencuci mulut dekat Sangkar Kristal ni ada bubur kacang, bubur caca dan berjenis sup.
Jadi tiga jenis kategori makanan ni dah memenuhi meja makan kitorang. Satu meja adalah untuk 10 orang, tapi kitorang dah ‘cukupkan’ tempat-tempat tersebut. Bila masuk waktu maghrib, kitorang baca doa berbuka dan terus makan buah kurma. Makan buah secukup rasa dan terus ke hidangan utama. Untuk pinggan aku, aku isi ayam masak kurma, ayam masak merah dan sayur campur. Mungkin sebab dah biasa makan nasi, so aku tak rasa kenyang dengan makan lauk saja, bagi aku itu pertanda baik,perut aku masih ada ruang kosong dan aku boleh habiskan hidangan yang aku ambil.
Tapi something happen. Kawan aku dah kembung, akibat makan nasih beriani, nasi ayam penyek dan nasi campur. Huh, mengeluh aku, aku tolonglah kawan aku habiskan makanan dia, apa yang aku nampak: dia ambil daging, sayur, ikan dan sambal belacan, which is bagi aku tak bagus kalau nak makan secara buffet. So bila aku habiskan hidangan dia, perut aku berasa agak penuh.
Tapi night still young, makanan utama pun habis, dan kitorang laki-laki seramai empat orang ni pergi solat, dah isteri kawan aku ni jaga meja kitorang. So habis half time. Ringkas untuk half time yang aku nampak, jangan ambil nasi, ambil lauk-lauk yang bagi korang adalah mahal jika dibeli diluar, contoh, ayam, daging, ikan, sebab sah-sah mahalkan, dan cukuplah bajet RM39 masa bayar untuk makan buffet ni. Aku tak ambil nasi sebab murah dan cepat kenyang. Sayur-sayuran perlu diambil dalam kuantiti yang banyak, sebab walupun sayur-sayuran tu murah, tapi dia dapat membantu perut korang rasa selesa dan sejuk sedikit(memandai je aku ni).
Bila habis solat maghrib, kitorang sambung makanan seperti bubur dan kuih-kuih yang masih tinggal. Bagi aku tak ada masalah nak habiskan makanan tu, cuma yang jadi masalah, bila dah ambil, pastu taknak makan. Bukan aku lah, tapi adalah kawan aku ni..haha..
Itulah cara aku hadapi buffet ramadhan yang amat getir, hehe..Apa yang penting, bulan mulia ni sebolehnya elak pembaziran dan sifat tamak haloba, masyaAllah..Semoga Ramadhan kalian diberkati ye..Lupa nak bagi tau, pada hari sabtu dan ahad, ada kumpulan nasyid, Raihan, Saujana, In-Team, Suhaimi dan Ina(aik??)..
Baca juga ini:


perutku lapar….nak makan apa tengari ni…
heee
tunggu Ramadhan taun depan ye suri..haha