Subscribe to RSS Feed

Untuk pengetahuaan pembaca yang budiman, aku ada satu tabiat sejak aku berblog, iaitu KOMEN blog orang, samaada membina atau hanya sekadar melepaskan batuk ditepi tangga. Tapi, seboleh-bolehnya aku memang nak sangat komen kat blog orang, sebab-sebabnya:

1) Nak menambat hati pemilik dan pembaca blogger itu, lebih-lebih lagi blogger perempuan..hehe..tapi ramai jugak blogger lelaki yang aku kenal..

2) Artikel yang menarik dan memberi manfaat, tak kira kalau dorang ceramah atau cerita pasal rumah tangga, kalau boleh aku akan baca sampai habis dan beri komen, itu pun ikut mood, kalau petang lain, malam lain, pagi pun lain.

3) Pos yang berkenaan masalah peribadi yang perlukan pendapat aku, ada yang aku singgah cerita pasal keluarga, pasal duit, pasal awek..aku bukan arif sangat pasal benda-benda tu, cuma sekadar berkongsi pengalaman.

4) Comment Luv – pembaca blog yang aku komen tadi, secara langsung akan dapat mengetahui pos terkini aku melalui Comment Luv, Comment Luv memang menarik, mana yang tak pasang, cepat pasang sekarang.

5) Komen di blog-blog yang kita lawati ni, secara tak langsung akan meninggalkan backlink url kita, tapi tak semua blog doflollow, apa itu dofollow? – link-link url korang akan tersenarai di dalam google search engine.

6) Kita perlu ada rasa “What you Give, You Get Back“..Korang komen blog orang lain, orang lain pasti komen kat blog korang balik, sebabnya sama, semua nak tinggalkan jejak dekat blog itu, tapi yang penting, konten blog kena mantap beb..

7) Dan yang terakhir..sekarang ni kan 2010, korang dah baca belum pasal kontes Acer Aspire One untuk ANDA miliki percuma, bukan satu, tapi 2 Laptop untuk di’give away’ kepada korang. Satu cara korang jadi TOP REFERRER (buat banner dan tampal mana-mana) dan kedua korang jadi pengKOMEN terbanyak dalam 2010. Cara-cara nak join korang boleh selak Mari Aku Ajarkan Cara Nak Menang Kontes. Mudah!!!.

Nak orang komen blog kita memang susah lagi-lagi baru-baru berblog, tapi kalau korang komen dekat Denaihati, kat sana ramai blogger-blogger yang akan perasan blog korang dan trafik blog korang pun akan naik. Bak kata pepatah, jangan ditunggu sehingga hujan baru nak disediakan payung, maka sediakanlah payung sebelum hujan..

p/s:harap aku dah tulis seringkas yang mungkin pasal kepentingan komen ni, mungkin yang serius berblog sudah lali dengan kepentingan hal ini.

Korang pun suka komen jugakan??

Baca juga ini:

  1. Blog itu boleh diibaratkan seperti baby. Mengapa?
  2. Angka 30 Pertama Yang Penuh Bermakna.
  3. Maaf, Aku Rojakkan Blog Ku Untuk Kali Ini.

Tags: , , , , , , , , , , ,

25 Responses to HADIAH Bagi Yang Cukup Gemar Komen Dekat Blog.

  1. suri on 4 June 2010 at 2:44 pm

    suri suka bg pandagan peribadi jer..hehehe kalu ada masa rasanaya nak je dok 1 blog tu lama2..tak yak nak ke blog sana..sini..hehehe

    • rashidraito on 4 June 2010 at 2:59 pm

      Hehe…tol, kalau satu blog tu boleh lepaskan geram kita mengomen, saye selalu gak buat macam tu..macam balas komen peminat…hehe

  2. MrSup on 16 June 2010 at 10:08 am

    aku rase aku dah terikut cara ko la bro.. kalau singgah mane2 blog yg aku rase best, mesti aku tinggal komen. hehe
    MrSup´s last [type]..Jasa Di Dunia Dan Anugerah Di Akhirat

    • rashidraito on 16 June 2010 at 12:50 pm

      haha…tu namanya kita dah mula feel dalam berblog…tak kisah orang tu bebel pe, tapi kita appriciate sgt2…hehe

  3. jayyyrul on 6 March 2011 at 10:40 pm

    kontes dh x der g,.. Wahaha…

  4. nies alhaq on 2 September 2011 at 3:53 pm

    insyaallah. .saye akan mencubee !!
    nies alhaq´s last [type]..Berkat Ramadhan and Syawal !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*


CommentLuv badge