Copyright © 2012 my name is rashid. All Rights Reserved by Snowblind

Assalamu’alaikum kamu semua..Hari ni baik sikit plak aku,hee..Macam mana kerja korang hari ni? Boss bagi masalah kat korang? Pekerja korang ponteng?..Apa-apa pun, hadapi hari-hari korang dengan penuh sabar dan rasional..Pos siang ni tak ada kena-mengena dengan ceramah pun, cuma mukadimah saja yang macam ceramah..hehe..Tapi sebagai laki-laki kami semua wajib mengerjakan Solat Jumaat berjemaah dekat Masjid, atau di mana-mana, asalkan rukun cukup, kan? Sebelum pergi solat kami di sunatkan membersihkan diri dari segala kekotoran, zahir mahu pun batin. Contoh paling simple, potong kuku, mandi sunat dan lain-lain perkara yang korang pernah diberitahu dan diajar. Tapi tadi sesampai saja dekat Masjid, macam biasa aku akan parking jauh dari masjid, yakni parking betul-betul dekat pintu pagar luar masjid, habis solat senang sikit nak keluar, tak lah kena tunggu kereta lain keluar, lagi satu dapat pahala bila berjalan jauh ke masjid ye tak? Tapi on the way nak masuk majid, nampak la seorang brader ni hisap rokok, dari pakaian dia, ni mesti dari ofis, baju kemeja dan seluar slack..Nak dijadikan cerita, dalam hati aku berkata, kita seboleh-bolehnya biarlah bersih dari unsur-unsur kotor. Bila dah hisap rokok tu nanti mulut mesti berbau busuk-tak tau la kalau dia makan gula-gula pas tu. Tapi kalau mulut die busuk bau rokok sampai solat bermula, kan menggangu jemaah lain. Haish, bukan aku ni wangi sangat, tapi kalau dah tahu nak pergi masjid, nak solat jemaah, jagalah diri tu dari makan atau hisap rokok, yakni bau die boleh menggangu jemaah lain.
Tak apalah, itu hal die dengan Allah..Harini dekat masjid Taman Universiti, Skudai, Khatib baca Khutbah pasal Rasuah. Topik yang kalau dibincang berapa lama atau macam-macam langkah dah dibuat tak akan berhasil, sebab manusia dikurniakan nafsu, dan Syaitan tu tidak berhenti-henti menggoda manusia dari melakukan kemungkaran. Wallahualam..Dan perkara yang boleh kita kawal hanyalah diri sendiri, jangan beri Rasuah dan jangan sesekali terima sekecil-kecil Rasuah, tak kiralah dalam bentuk apa..huh, cukuplah Khatib tadi berkhutbah, aku malas lah nak sambung, ilmu yang sedikit ni kalau kita kongsi dapat juga manfaatnya kan?
Rasanya harini cukup indah, dan tengah menaip ni, ujan pulak..Memang cukup indah harini,huhu..Apa-apa pun aku ada kerja lain, malam ni ada kerja berat pulak..Hanya Allah saja yang tahu..Sekian
No related posts.


assalam”km saya ingin menamakan anak saya hari jumaat..
Bagus sekali nama itu…Jumaat penghulu segala hari…=)