Subscribe to RSS Feed

Al-fatihah…Perginya seorang insan yang selalu membuat orang lain ketawa, mungkin sebab itu ALLAH amat menyayangi beliau. Allahyarham pada awalnya dibawa ke Jabatan Kecemasan Isnin lalu pada jam 3.27 petang dan dimasukkan ke Wad Rawatan Rapi (ICU) kerana mengidap Dengue Shock Syndrome a.k.a Denggi Berdarah. Innalillah, selepas ni sunyi la pagi Era, tambahan pula Pak Nil pun cuti seminggu. Korang tau jela, kalau denggi berdarah tu mesti terok, dan beliau berada dalam keadaan tenat.

Berita pemergiaan Allahyarham di ketahui pada pukul1230 pagi tadi, dan laman web Era juga telah memaparkan pengumuman. Sama-samalah kita mendoakan agar roh Allahyarham di cucuri rahmat dan keluarga Allahyarham tabah.

Aku kenal Din Beramboi sejak kecil, mula dengar kat kaset radio, pasal senaman la, encik Lim Tat la, dan bila beliau join Era, beliau muncul dalam Riuh Pagi Era bersama Aznil, membuatkan aku minat dengar Era tiap-tiap pagi. Sekarang beliau sudah tiada, terpaksalah dengar rakaman Drama Sebabak, Sawancara..Sedih..Apa-apa pun, ini bukan April Fool, lagipun berita kematian beliau pada 2 April 2010, sama-sama kita banyakan Al-Fatihah kepada saudara-saudara kita yang sudah pergi..Al-Fatihah..

<UPDATE:2 April 2010@ 4:46pm>

Buat tatapan kali terakhir

Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Legong, Taman Ehsan, Kepong, pagi tadi. Foto BERNAMA

No related posts.

Tags: , , , , ,

3 Responses to Hilangnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri a.k.a Din Beramboi. Al-Fatihah

  1. [...] mungkin kita kenal kerana hasil karya mereka kita ingat dan membuatkan kita seronok. Yang pertama allahyarham Mior Ahmad Fuad Mior badri, dan yang terbaru allahyarham Abdillah Murad Md. Shari, atau lebih dikenali Achik dari kumpulan [...]

  2. Thyta on 15 September 2010 at 9:01 am

    Ass.Wrwb.
    Hi…
    Saya Thyta dari Indonesia
    Saya suka sX blog anda ;-)
    Maaf tapi saya kurang paham bhasa tulisannya…
    heheheheh…
    Tapi nggak ngurangin rasa suka saya koQ…

    • rashidraito on 15 September 2010 at 3:46 pm

      Terima kasih saudari…bahasa malaysia berbeda sedikit dari bahasa Indonesia…tapi kamu pantas berkawan dengan orang dari sini….saya ada rakan dari Indonesia yang dikenali dari sini…hehe…salam perkenalan…Nama Saya Rashid

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*


CommentLuv badge