Copyright © 2012 my name is rashid. All Rights Reserved by Snowblind
Salam semua.. Tak nak cakap panjang, aku dah lama tak dapat update blog, dan harini aku nak review movie Iron Man 2. Sebelum tu, untuk pengetahuan korang, movie Iron Man 2 ni dah keluar kat panggung wayang seawal 26 April, tapi bukan dekat sini, secara Premiernya di Kanada dan di tempat-tempat berikut, di sini.
Balik kepada review movie Iron Man 2, aku akan cerita sedikit ringkasan dari apa yang aku dah tengok dan beberapa kelebihan dan kekurangan Iron Man 2 ni.
Movie kedua ni adalah kesinambungan dari Iron Man yang pertama, di mana Bilionaire, Tony Stalk telah membuat pengakuan, ‘I am Iron Man’ semasa press conference pada akhir movie pertama. Sambungan dari movie pertama tu, Tony mula mendapat perhatian dari banyak pihak, media dan kerajaan USA. Dan tak lupa juga musuh yang telah lama ingin membalas dendam ke atas keluarga Stalk iaitu Ivan Vanko.
Selain dari musuh Iron Man tu, ‘musuh’ lain yang teramat mengancam Tony Stalk adalah kesan sampingan dari penggunaan Paladium bagi membantu mengurangkan kesan-kesan sampingan akibat penggunaan nuklear reaktor pada badan Tony.
Tak berakhir dengan itu, Ivan Vanko yang telah di bebaskan oleh pemilik Hammer Industries iaitu Justin Hammer dari penjara akibat menyerang Iron Man, bekerjasama dengan Hammer Industries untuk mencipta Sut yang boleh menandingi Iron Man(Tony Stalk). Pada masa yang sama, Tony cuma mencari jalan penyelesaian bagi menggantikan Paladium dengan bahan yang lebih baik.
Dapatkah Tony mencari bahan pengganti dan dapatkah Ivan Vanko membalas dendam, itu korang kena dapatkan tiket dan lakukan terjahan dekat pawagam berdekatan.
[pullquote]
Kelebihan Iron Man 2
- Tampil dengan sut baru yang lebih kompak dan cun. Ada satu scene menunjukan sut Iron Man dalam bag case..cool
- Iron Man lebih popular dan Iron Man digilai ramai gadis-gadis yang comel..yeah
- Watak Tony Stalk yang dilakonkan oleh Robert Downey lebih cool dan agak sedikit kelakar dan jalan cerita agak sempoi dan tak beratkan kepala.
- Kawan baik Tony juga dapat pakai sut Iron Man, tapi sut masa Iron Man pertama la, tapi hero still need side kick kan..hehe
- Pendekatan teknologi Iron Man 2 lebih menarik, dengan penggunaan sains dengan lebih banyak, contohnya, penggunaan Paladium untuk mengurangkan kesan sampingan keatas Tony, itu bukan perkara main-main..good job
Kekurangan Iron Man 2
- Kecewa dengan Iron Man pada awalnya, sebab lupa tanggung jawab ke atas negara.
- Ivan Vanko menjadi musuh yang ‘Ayam’ sebab setiap kali keluar untuk lawan Iron Man, mesti kalah dengan mudah, tak macam Iron Man first.
- Untuk movie kedua Iron Man, Tony banyak enjoy mungkin sebab nak ‘mati’, aksi lebih banyak pada hujung pertengahan cerita.
[/pullquote]
Thats it, itu lah serba sedikit review pasal Iron Man 2, mungkin korang akan tengok dan mempunyai persepsi sendiri pasal cerita ni kan?tapi totally, bagi aku memang tak manghampakan, sebab aku sendiri memang tunggu cerita ni sejak tahun lepas, so enjoy the movie ok..Malam karang nak tengok untuk kali kedua..jangan jeles..haha
p/s: susah betol nak keluar hang out, sebab cuaca tak menentu, demam dan sakit kepala tak dapat di pisahkan, aku lebih suka keluar malam
No related posts.


Review ko membantu aku untuk terus menonton..hehe ;-)
Hehe…memang besh…hehe
macam best je.. nak download la haha :mrgreen:
haha…kat US lambat lagi kua…so kena tunggu 7 may…kalau dunload pun cetak rompak…kehkeh..
wah..wah cuti hujung minggu ni blhlah suruh dia belikan dvd blh tgok kt umh bsma anak2..heheh
Nak kena search torrent pasal iron man 2 ni :cool: