Subscribe to RSS Feed

Kalau cakap pasal Korea, mesti terbayangkan kumpulan Wonder Girl yang meletop ni kan? Rashid pun tak nafikan sejak kebelakangan ni banyak lagu-lagu Korea yang dimainkan dicorong-corong radio, salah satunya Wonder Girl ni, tak pun lagu Sorry Sorry dari Super Junior.. Jadi korang semua pun perasaan jugak la kan? Entri ni bukan provokasi atau tidak menghormati isu-isu sensitif, tapi bila Rashid terbaca dekat Kosmo Online tadi pasal orang Korea yang jatuh cinta dengan Malaysia, jom kita sama-sama baca.

HAMPIR tiga dekad lalu, Lee Kwang Sun, 53, membuat keputusan paling besar yang telah merubah kehidupannya pada hari ini. Warganegara Korea Selatan itu memeluk agama Islam dan memilih nama Abd. Hafiz Lee Kwang Sun.

Pada masa itu, keputusan memeluk Islam tidak dipengaruhi oleh sesiapa kerana tiada seorang pun ahli keluarganya meninggalkan agama asal mereka iaitu Buddha. Dengan keputusan tersebut, Abd. Hafiz menjadi sebahagian daripada golongan minoriti di negara berkenaan.

Menyorot kehidupan sebagai seorang mualaf di Korea, tidak banyak yang dapat dilakukan oleh Abd. Hafiz untuk mendalami agama Islam. Masjid dan surau pula sukar ditemui di negara yang mempunyai kira-kira 100,000 penganut beragama Islam.

“Tiga tahun selepas memeluk Islam iaitu pada tahun 1984, saya ditawarkan menyambung pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam bidang Pentadbiran Perniagaan,” Abd. Hafiz mengimbas detik awal penghijrahannya ke Malaysia.

Takdir yang tertulis memungkinkan Abd. Hafiz bakal menghabiskan sisa-sisa hidupnya di Malaysia apabila bertemu jodoh dengan seorang wanita mualaf Korea yang juga penuntut UIAM.

Wanita tersebut, Lee Hyea Sun, atau nama Islamnya Sophia Abdullah, 49, menjadi suri hatinya selepas Abd. Hafiz menamatkan pengajian.

“Malaysia menjadi tanah terbaik untuk kami membina kehidupan dan keluarga kerana di samping penerimaan masyarakat, agama Islam mudah dipraktikkan di sini. Lagi pun di sini ada pusat Islam, masjid dan surau pun boleh ditemui di merata-rata tempat,” katanya.

Kini, hampir tiga dekad Abd. Hafiz dan isterinya menetap di One Ampang Avenue yang terletak bertentangan pusat beli-belah Ampang Point. Dia dikurniakan dua cahaya mata, Muhamad Lee Seung Jae, 20, dan Sharif Lee Seung Ho, 18.

Selain menjalankan perniagaan perdagangan, Abd. Hafiz merupakan Pengerusi Persatuan Korea di Malaysia. Persatuan tersebut sudah empat dekad beroperasi. Beliau menyandang jawatan pengerusi yang ke-33 sejak lima tahun lalu.

“Apabila tinggal di sini, kami perlu menghormati budaya, undang-undang dan rakyat Malaysia serta belajar menerima cara hidup masyarakat di sini,” ujarnya fasih bertutur bahasa Melayu.

Keputusan Abd. Hafiz menetap di Korea bukan sahaja dipengaruhi faktor agama. Bahkan, beliau sudah jatuh cinta dengan Malaysia terutama makanannya.

“Saya tidak sanggup meninggalkan Malaysia lama-lama jika pulang ke Korea untuk menziarahi keluarga atau atas urusan perniagaan,” ujarnya yang sering merindui nasi lemak setiap kali pulang ke Korea.

Menceritakan pengalaman awalnya di UIAM, Abd. Hafiz sanggup berlapar sehingga seminggu dan hanya makan makanan segera kerana tidak suka dengan makanan masyarakat Malaysia yang kelihatan pelik dan sangat ringkas.

“Di Korea, kami biasanya dihidangkan dengan tujuh hingga lapan hidangan sampingan dan nasinya agak melekit. Peringkat awal, saya rasa cukup pelik dengan nasi lemak kerana ia dihidangkan bersama kacang tanah.

“Tetapi, lama-kelamaan saya tidak tahan untuk makan nasi dan terpaksa makan nasi lemak kerana ia mudah didapati di kampus. Tak sangka, saya sangat menyukainya dan kini ia menjadi makanan kegemaran saya,” katanya.

Abd. Hafiz mengakui beliau tidak begitu merindui Korea kerana restoran Korea mudah didapati di Malaysia selain isterinya juga mahir memasak masakan Korea.

“Selain nasi lemak, saya juga menyukai nasi yang dimakan bersama ikan, sambal belacan, sayur campur dan kuah kari ayam di restoran mamak,” tambahnya.

Dalam pada itu, demi menghormati Malaysia, Persatuan Korea di Malaysia turut mengadakan kelas bahasa Melayu pada setiap hujung minggu. Kelas tersebut mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

“Walaupun tiada masalah komunikasi kerana rata-rata rakyat Malaysia boleh bertutur di dalam bahasa Inggeris, ramai orang Korea mahu belajar bahasa Melayu supaya dapat memahami budaya dan tradisi orang Malaysia.

“Kelas bahasa Melayu tersebut mendapat tunjuk ajar daripada profesor di Institut Peradaban Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Profesor Dr. Kang Kyoung Seok yang terkenal sebagai pakar tulisan jawi,” katanya.

Kebanyakan bangsa Korea di Malaysia adalah ekspatriat yang bekerja di syarikat-syarikat Korea Selatan seperti syarikat permotoran Hyundai, bisnes restoran atau menjalankan perniagaan perdagangan.

“Di Malaysia, terdapat kira-kira 20,000 orang Korea termasuk 5,000 pelajar. Orang Korea mudah menerima cara hidup di sini kerana Korea dan Malaysia adalah negara Asia, justeru perbezaannya tidak begitu ketara.

“Selain itu, kerajaan melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga banyak membantu dengan menyediakan pondok polis di sekitar Ampang,” katanya.

Bukan sesuatu yang mengejutkan jika ada orang Korea yang tidak betah tinggal di negara sendiri kerana faktor cuaca. Begitulah yang dialami oleh Oh Jun.

Jun, 42, yang tinggal di Malaysia sejak enam tahun lalu telah membuat keputusan untuk terus menetap di sini sehingga ke akhir hayatnya.

“Cuaca adalah perkara yang paling saya suka di Malaysia. Ia tidak terlalu panas atau terlalu sejuk seperti di Korea.

“Saya memang tidak tahan dengan cuaca sejuk lebih-lebih lagi pada musim salji kerana kulit saya akan mengelupas tetapi saya sangat selesa dengan cuaca di Malaysia,” kata lelaki bujang itu.

Oh Jun menggunakan kepakarannya dalam bidang dandanan rambut dengan membuka sebuah salon yang dinamakan Oh Jun Hair Salon di Ampang.

“Saya mahu tinggal di negara ini selama-lamanya. Tambahan pula, saya mempunyai ramai kawan daripada pelbagai kaum dan mereka dapat menerima bangsa asing,” katanya yang berasa aman selama tinggal di Malaysia.

Jun sudah biasa hidup berdikari sejak kecil. Sebab itulah dia tidak mempunyai masalah untuk membina kehidupan sendiri di negara asing.

“Saya sudah tiga tahun tidak pulang ke Korea kerana selesa tinggal di Malaysia,” ujarnya yang mempunyai ramai rakan yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India.

Jun menambah, perkara yang dikagumi di Malaysia ialah kaum wanitanya yang kuat bekerja dan berdikari tanpa bergantung kepada lelaki.

“Wanita Malaysia sangat kuat bekerja dan memiliki personaliti yang ceria,” katanya yang berasal dari Bu San, Korea Selatan.

Sementara itu, Choi Soung Mi, 40-an menikmati kehidupannya selama sedekad di Malaysia walaupun tidak mempunyai pekerjaan yang hebat.

“Saya datang ke Malaysia kerana mendengar cerita-cerita menarik melalui teman-teman mengenai orang Korea yang bekerja di Malaysia.

“Selepas menetap di sini, saya juga berasa selesa dengan kehidupan di Malaysia dan tidak sunyi kerana ramai orang Korea menjadi jiran saya,” katanya yang bekerja di sebuah pusat hiburan karaoke.

Dia yang mahu dipanggil sebagai Siti Sabariah tidak menafikan merasa kesepian kerana masih bujang dan tidak menolak jika bertemu jodoh dengan warga tempatan.

“Kehidupan di Malaysia sangat seronok dan saya dapat menyanyi setiap hari di tempat kerja. Saya juga sangat gemar masakan tempatan terutama nasi goreng kampung,” ujarnya.

penulis asal: Oleh ROSMALINA ABD. KADIR
rosmalina.kadir@kosmo.com.my

p/s: kalau ada yang dah baca tu Rashid minta maaf la ye, cerita ni seronok..

Baca juga ini:

  1. Ada cerita disebalik Manchester menang 0-4 dengan Bolton..
  2. Rakyat Malaysia Masih Boleh Ke Indonesia.
  3. Pihak Gereja Terdesak Tubuh Gereja Gay.
  4. Gereja Gay Tak Akan Diiktiraf.
  5. Bercouple Dan Etika Pergaulan Lelaki dan Wanita Dalam Islam.
  6. Info Sukan Komenwel 2010 – Emas Pertama Malaysia
  7. Info Sukan Komanwel 2010 – Malaysia Turun Singapura Naik

Tags: , , , , , ,

22 Responses to Jom Layan Cerita Orang Korea Masuk Islam Di Malaysia!

  1. eiyda_aurora on 13 October 2010 at 2:19 pm

    warga korea mnukar agama n mnetap d msia perkara bru bg saya..1st time dgr kot.. :lol: coz slalu dgr warga msia sndr yg tkr agama msuk Islam…tmbh plak ada bussiness sndr..kire nie 1 kebanggaan bg negara kita coz b’jaya jadi 1negara Islam yg maju d Asia… ;-) tu dari sudut +ve tp…
    yg -ve nye…mnusia tak pernah b’syukur dengan ape yg diorg ada…warga korea tu asalnye dari korea tp sebab xsuke dengan iklim negara tu dia lagi suke duk msia..same jugak dengan warga msia sndr kn..diorg lagi suke duk oversea dari tnahair diorg sndr coz msia xde salji..btl x???? :roll:

    • rashid on 13 October 2010 at 2:46 pm

      Manusia macam-macam ragam, ada yang suka berhijrah…ada yang berhijrah untuk kebaikan dan ada juga untuk “kebaikan” yang dorang rasa untuk kebaikan..tapi artikel ni memang bagus sebab orang korea tu berhijrah untuk selamatkan iman dia..walaupun Malaysia ni tak la macam tanah arab tu, tapi pilihan mereka memang tepat..teringin jum dorang tu…hehe..

  2. lizz on 13 October 2010 at 4:57 pm

    erk. boleh pulak diorang tinggalkan tanah air semata-mata kata Malaysia ni jauh lebih selesa..best?ish, kalau aku tetap nak tempat kat mana aku lahir ;) hehehehe
    lizz´s last [type]..Berbeza Pendapat Eh- Jangan Bertekak!

    • rashid on 13 October 2010 at 5:24 pm

      Take it as menyelamatkan agama Islam yang baru dia anuti.. memang first sebab kerana agama, last-last bila dah ramai korean dekat sini, bertukar jadi selesa dan jatuh cinta la…

  3. Ayieblog on 13 October 2010 at 8:18 pm

    Assalamualaikum,wa baguslah.. kita penganut ugama islam dari kecik,jauh berbeza dengan penganut ugama lain dan mereka menganut islam :),semuga Allah swt memberi mereka keberkatan dan kerahmatan :),hidup islam :).
    Ayieblog´s last [type]..Golongan Lelaki Dalam Neraka!!!

    • rashid on 13 October 2010 at 11:39 pm

      Kita doakan yang dah sejak azali tu Islam juga terbuka hati untuk menjalani cara hidup Islam…kita doa ramai2..

  4. mankuchai on 14 October 2010 at 11:30 am

    salam,ada juga orang korea masuk islam,jarang kita dengarkan orang jepun masuk islam,kalau ada cerita tu boleh lah kongsi :)

    • rashid on 14 October 2010 at 6:31 pm

      Yang paling penting mereka jaga budaya mereka dan menghormati budaya kita, papa pun, kita memang serumpun..

  5. suri on 14 October 2010 at 2:09 pm

    manisnya islam itu tika kita benar2 menghayatinya..

    • rashid on 14 October 2010 at 6:31 pm

      Manisnya klau orang sekeliling tidak mengabaikan agama…hmmm

  6. suri on 15 October 2010 at 1:30 pm

    suka org korea sb manis2 wajahnya… cam org jepun hee… :mrgreen:

  7. Dila.13 on 19 October 2010 at 2:46 pm

    Salam, Rashid.. Bangga sekejap jadi rakyat Malaysia sampaikan rakyat Korea (negara yg maju dr Malaysia) pun suka tinggal di sini. Kena ambil iktibar dari kisah mereka. Dan perlu bersyukur dengan cuaca di Malaysia sebab tak bersalji. Musim luruh di US pun saya tak tahan sebab cuaca 5-12 darjah celcius aje. belum musim salji lagi!
    Dila.13´s last [type]..Tips Bina Hubungan Baik Dengan Pelanggan

    • rashid on 19 October 2010 at 2:50 pm

      Panas lebih baik dari sejuk…kalau sejuk sangat boleh bawak mati, kalau panas pun, takat berpeluh la…peluhkan baik untuk kesihatan..

  8. sang hidayah on 14 February 2011 at 10:32 am

    alhamdulillah.
    bertambah lagi sorang umat Islam.
    Kalau la ada artis laki korea masuk Islam saya rasa nak pi masuk minang jer dia. hehe. Semoga Allah berikan mereka Hidayah Nya. AMINN :)
    Nak berkongsi cerita ni kat belog saya yer. Thanks
    sang hidayah´s last [type]..Petua elak keguguran

    • rashid on 19 February 2011 at 3:53 pm

      kenapa?hehe..tapi kalau nak nikah dengan die, itu amanah tau, sebab kena bimbing dia yang baru menjadi saudara baru kita..hee

  9. amir on 20 February 2011 at 2:20 am

    as salamualaikum sedara.. erm, sory just asking.. saya ikhlas and teringin sangat nak kawan dengan perempuan korea especially from south korea… that so honest…ada ke yang tinggal kat malaysia?so hopes need friend…t.q….

    • rashid on 20 February 2011 at 4:23 pm

      Mungkin saudara boleh cari kerja dengan company Korean Based, kawan saya dapat pergi korea 2 bulan atas dasar kerja..peluang tu..hehe

      • amir on 21 February 2011 at 2:31 am

        assaamualaikum sedara rashid….t.q yr supporting…doakan sy..

  10. Nadia @ ShahAlamCity on 22 July 2011 at 11:10 pm

    bangganya bila baca kisah warga Korea ni…sedangkan mereka memilih negara Malaysia berbanding negara Korea yang orang Malaysia lebih agungkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*


CommentLuv badge