Subscribe to RSS Feed

Tahniah..Tahniah..Ok kepada sesiapa yang menonton malam tadi pasti dah tahu keputusan yang amat pantas berlalu..Kalau musim-musim lepas sebelum keputusan diumumkan akan ada persembahan dari Juara Raja Lawak musim-musim lepas, tapi musim ni macam tak berapa Final Raja Lawak pun…hmmmm, maybe nak bagi laluan untuk cerita Fatimah juling kot..haha


Juara Raja Lawak Astro-Kecik

Kecik yang berasal dari kampung Sabah – Safuan Madeaming, 20 (Wan), dan Mohd Ilham Rusdy, 19 (Achoe) – membawa pulang

  1. sebuah trofi,
  2. wang tunai sebanyak RM14 ribu,
  3. sebuah kereta Naza Sorento,
  4. set karaoke Arezzo Hoffman,
  5. TV Plasma 42′ dan
  6. peti sejuk Haier dan

Persembahan kecik yang pertama dorang kira sambung pasal Amy search atas kapal Titanic ngan Jack, tapi apsal Jack pun rambut panjang..Persembahan pertama ni juga dorang dah dapat pujian dari juri, takde yang negatif, abang Bob Lokman siap ucapkan selamat datang Kecik ke dunia hiburan tanah air..

Persembahan kedua Kecik adalah musikal komedi, dorang buat pasal dua orang pendekar, Hang Tuah ngan Hang Jebat, kirenye macam dorang da singkirkan musuh-musuh sepert JD, Aman, Faiz, Antu, Caca ngan Mamu la, pastu sibok rebut hadiah kereta-Naza Sorento..Tapi persembahan yang kedua ni tak menghampakan sebab memang bersaing dengan Alex.

Naib Juara Raja Lawak Astro-Idlan

Idlan berasal dari Kedah, Khairul Idlan Bin Abd Razak (Idlan), 21, yang terkenal dengan gelaran Abang Kassim Pon-pon. Idlan membawa pulang

  1. trofi, wang tunai sebanyak RM11 ribu,
  2. sebuah kereta Naza Optima,
  3. set teater rumah Arezza Hoffman,
  4. TV Plasma 42′ Haier dan
  5. jam tangan Hugo Boss.

Persembahan Idlan adalah persembahan ketiga untuk pusingan pertama dan kedua, so aku rasa die ni pressure atas harapan yang dah tinggi menggunung oleh peminat, mungkin sebab itu die tak perform untuk persembahan pertama. Mase tu die jadi burung Hantu, ade beberape orang gelak la, tapi tu aku pun tak faham nape ade orang gelak. Sebelum ayam berkokok, die ley tanye-eh, nak cakap ape lagi, haha..memang tak de idea langsung die dengan pakaian kostum tu.

Untuk persembahan musikal komedi, idlan nampaknye all-out, memang mcam konsert terakhir AF lah..Juri pun menari same-same kat atas pentas. Komen-komen juri kecuali abang Aflin Shauki je kurang positif, content lawak dalam nyanyian Idlan kurang, tapi as long as menghiburkan die rase bagusla..

Tempat ketiga Raja Lawak Astro-Alex

Alex atau Alexander Ahat, 28,  berasal dari Papar, Sabah. Alex memenangi

  1. Naza Blade 250R,
  2. sebuah trofi,
  3. wang tunai sebanyak RM8 ribu,
  4. set teater rumah Arezzo Hoffman,
  5. TV Plasma 42′ Haier dan
  6. jam tangan Hugo Boss.

Aduhai Alex, kamu kalah bukan kerana tak berbakat, cuma undian tak memihak pada kamu..Persembahan Alex yang pertama berkisarkan pemandu Teksi..Kalau korang episod die jadi pengemis tu, konsep die agak sama, tapi, Alex memang bijak, kelakar la setiap point yang die keluarkan sebagai pemandu teksi, boleh dikatekan jadi pemandu teksi ni bukan la lawak dalam kategori selamat, tak ramai yang tahu kalau nak melawakkan watak tu. Pape pun komen juri positif, dan dorang pun target Alex dapat Juara.

Errrmmm untuk persembahan kedua aku dapat tengok ujung, sebab housemate bukan TV3, hah..tapi sempat juga dengar komen-komen dari juri. Overall dorang kate, kalau dua lagi peserta tak dapat perform denga baik, Alex pasti Juara Raja Lawak Musim Ke-4..

Habis da Raja Lawak Musim ke-4, minggu depan mula la Akademi Fantasia Musim ke 8, so mungkin nanti aku post pasal Af..mane tau,hehe..Untuk akhir sekali, Raja Lawak musim ke-4 pada awalnye tak nampak sape yang bakal juara, kalau time nabil, tau da sape..We’ll see next season..Ok, goodnite you’ll, tido tido, sok kerja..

No related posts.

Tags: , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*


CommentLuv badge