Subscribe to RSS Feed

Kita makin menghampiri hujung tahun 2010, dan pada tahun ini, mungkin ramai yang memilih tarikh unik 10.10.10 untuk melangsungkan perkahwinan, kenapa unik, salah satu sebabnya, mudah diingati, dan sesiapa yang nak kahwin pada tarikh yang unik, korang boleh pilih 11.11.11 (jumaat) atau 12.12.12 (rabu)..hahaha, mengarut la aku ni.. Kenapa aku tiba-tiba sentuh cerita pasal kahwin? Kalau dulu aku sentuh pasal bercouple dan etika pergaulan lelaki dan wanita dalam Islam dan kali ni aku kehadapan sedikit cerita pasal kahwin, yang paling utama apa pandangan aku mereka yang berkahwin diusia muda dan kalau tak sesuai, umur berapakah yang sesuai untuk berkahwin?

Berkahwin diusia muda.

Usia muda aku rujuk kepada 25tahun kebawah la, sebab sebelum 25 tahun, mungkin ada yang masih belajar, ataupun masih tidak stabil dari segi kewangan. So ramai yang berpendapat, kahwin diusia 25 tahun adalah paling ideal  jika dibanding kahwin muda, sebabnya:

1.) Kematangan – Sentuh pasal kematangan, tak ramai yang nak mengaku diri sendiri tak matang, nak mengaku diri sendiri matang ramai kot..Entahlah, mana mana lah..Kematangan yang nak aku sentuh adalah kematangan dalam menguruskan hal kewangan. Bila sebut pasal wang, mereka yang muda remaja mesti fikir pasal kereta, pasal rumah, pasal pakaian dan macam-macam, jadi yang kahwin muda kena fikir, adakah mereka sudah bersedia untuk mengorbankan masa-masa muda mereka? Masa-masa bersama-sama kawan mereka macam mana?.

Kalau pendapatan dah stabil mungkin boleh kumpul duit dan tak payah buat pinjaman bank, sebab hal-hal lepas kahwin pulak nak kena fikir-fikirkan.. Jadi manfaatkan masa muda untuk kumpul duit before fikir pasal kahwin. Dan tunaikan hajat korang untuk beri gaji pertama selepas bekerja kepada keluarga, lagi berkat gaji tu kalau diberi kepada ibu bapa.

2.) Tanggungjawab - Selalunya, tanggungjawab mesti dikaitkan dengan lelaki, tapi zaman sekarang, wanita juga ada tanggung jawab terhadap keluarga. Sekarang dah tak boleh cakap, awak lelaki awak kena bantu keluarga, wanita yang ada pendapatan kena juga bantu serba sedikit keluarga di kampung. Jika kahwin diusia muda, adakah mereka bersedia untuk bertanggungjawab keatas keluarga? ke atas ibubapa? dan tanggung jawab di tempat kerja? Tanggunga jawab kepada agama jangan dilupa!!!

Banyak kes penceraian berpunca dari lepas tanggungjawab, dan bila dah ada anak, tanggungjawab kepada anak pulak, nafkah lagi, mereka yang muda remaja ni dah tahu ke tanggungjawab itu ini? Bila sentuh pasal tanggungjawab, perkara ini antara bersedia atau tidak bersedia untuk bertanggungjawab. Bila berkahwin diusia muda, mungkin susah sikit nak ubah cara kita hidup, yelah, dulu hidup sorang, sekarang berdua, dan ibubapa pun dah bertambah (keluarga mentua).

Aku rasa dua perkara yang aku sentuh kematangan dan tanggungjawab ni perlu difikir bila nak berkahwin diusia muda, tapi aku tak menolak ada yang kahwin muda dan berkekalan hingga akhir hayat, ini cuma sekadar untuk bersama-sama berfikir dan pasal umur 25 tahun kebawah tu, cuma sekadar kayu ukur, so bila tengok umur seseorang jangan pula kata orang tu dah matang atau tak, jadi kenali dia sebelum buat penilaian.

Umur berapa yang sesuai untuk berkahwin?

Soalan bila nak kahwin ni, selalu diajukan kepada mereka yang nak masuk angka 30 tahun. Bila nak kahwinye? Umur dah meningkat..huh, pedih telinga dengarnya..Tapi, bagi aku, umur taklah menjadi masalah, merujuk kepada hukum perkahwinan, mungkin korang boleh agak, situasi-situasi dimana mereka itu dah boleh kahwin atau jajngan berkahwin..Jadi bila nak kahwinye?

a.) Bila dah bosan hidup membujang - Ini adalah ayat-ayat orang bujang kesepian. Bila masa-masa mudanya dihabiskan untuk mencari rezeki, terlupa pulak nak cari calon isteri. Bila duit dah banyak, rumah dah besar, mulalah sunyi tu datang, dan bila perkara ini berlaku, rasanya korang kena rancang untuk cari calon, cara paling pantas, suruh keluarga carikan atau mintak kawan recommendkan sesiapa yang menepati cita rasa..hehe

Ramai yang memilih untuk membujang adalah disebabkan pernah putus cinta, atau bila datang merisik belah perempuan letak harga mahal, secara tak langsung mematahkan semangat orang lelaki tu yang tak berapa kuat tu

b.) Bila nafsu naik ke kepala – Sebenarnya kalau ikutkan hukum perkahwinan, situasi ni dikira wajib kahwinlah kan? Jadi mereka-mereka yang faham faham tu, sudah sampai masanya untuk berkahwin, tapi macam mana kalau masih muda, tak ada duit tapi nak kahwin? Itu hukumnya makhruh (betulakan jika salah), ingin kahwin, tapi dikhuatiri tak mampu untuk menyara si isteri. Maaf, masa sekolah belajar, sekarang dah lupa..Tak apa, nanti pergi khursus kahwin..

c.) Bila dah mengikat ikatan pertunangan – Yang ni lain sikit, bila seseorang tu dah mengikat ikatan pertunangan, eloklah dipercepatkan, supaya tidak berlaku perkara yang tak diingini. Kalau buat perjanjian dua tahun, tapi nak kahwin lebih awal, itu lebih baik, sebab benda baik jangan dilengah-lengahkan..takut melepas.. Selalunya mereka yang kahwin lewat umur, antara 28 hingga 30, mereka memilih untuk bertunang lama, tapi akhirnya bernikah pada tempoh yang pendek, faham tak maksudnya? Mereka play safe, bila tunang lama, kiranya beri masa untuk kumpul wang hantaran, bila wang hantaran dan segala macam sudah cukup, kenapa nak tunggu sampai tempoh dua tahun, kahwin je la bila dah cukup serba serbi.

***

***Maaf, dalam penerangan ni tadi aku dah bagitahu yang umur bila sesuai nak kahwin tak lah penting, yang penting mengikut hukum-hukum yang telah ditetapkan dalam Islam, jadi kalau umur 50 tahun pun masih tak ada niat nak berkahwin dan boleh kawal nafsu, carry on je la..

Penerangan ni serba ringkas saja, mungkin ada yang kurang, sebab saya ni tulis ikut suka, tak fikir pasal keyword, harap korang semua faham dan terhibur..hehe

Artikel pasal perkahwinan yang menarik:
http://hatiharzharun.blogspot.com/2010/10/bilakah-umur-yang-sesuai-untuk.html
http://profhariz.com/berkahwin-usia-muda/

Baca juga ini:

  1. Ada cerita disebalik Manchester menang 0-4 dengan Bolton..
  2. Jangan Buruk Sangka Tak Pasal-Pasal, Nanti Buruk Padahnya!!!
  3. Nak Tulis Entri Pendek Atau Panjang Ni?Kalau Pendek Orang Tak Faham, Kalau Panjang Nanti Orang Tak Nak Baca. Tolong!!!

Tags: , , , , , ,

16 Responses to Kalau Cerita Pasal Kahwin, Siapa Yang Tak Suka?

  1. afiq aiman on 6 October 2010 at 6:22 pm

    kahwinlah sebab ada kelebihan kepada pasangan yang dah berkahwin dan mereka taat pada perintah Allah…kalau kawen semata-mata kawen tapi masing2 taknak laksanakan tugas buat pe…kena pandang luas sikit bab kawen ni
    afiq aiman´s last [type]..Ustaz Pun Ada FanPage

    • rashid on 6 October 2010 at 6:41 pm

      Kahwin juga membukan pintu rezeki lebih luas…anak itu rezeki, tapi tak ramai yang berpandangan macam tu..thanks afiq

  2. Fahmi Raazali on 6 October 2010 at 10:14 pm

    hehe… kalau dah mampu bg anak org makan dan dah sgt kahwin…baik segerakan :-D

  3. suri on 6 October 2010 at 10:23 pm

    klu kawin masa sakit ada gak org tolong jagakan kita, jaga makan minum kita..
    :lol:

    • rashid on 6 October 2010 at 11:29 pm

      huuu…indahnya bila dah berkahwin…

  4. suri on 6 October 2010 at 10:25 pm

    klu kawin makan minum msh ada org jagakan..skit msh ad aorg blh jeguk dan papahkan…

    klu sndri pasti khdupan mmbosankan sb tiada teman nak d ajak berbual dari siang smpi ke malam heeeee :mrgreen:

    • rashid on 6 October 2010 at 11:29 pm

      Kawan-kawan facebook kan ada…hehe..kawan2 blogger ke..hehe

      • suri on 11 October 2010 at 1:32 pm

        tapi smpi bila mau sndri heee… ??

        • rashid on 12 October 2010 at 12:38 pm

          Haha…gurau je la suri…Suri dah kahwin, tahniah dari saya…hehe

  5. mohammednajib on 6 October 2010 at 11:06 pm

    hidup sendiri lagi best,mengapa perlukan pasangan sekiranya pasangan itu selalu menyakitkan hati kan
    mohammednajib´s last [type]..Pelakonkah anda

    • rashid on 6 October 2010 at 11:33 pm

      Buat masa ni toksah fikir pasal pasangan, nanti bile dah tergerak hati nak berkahwin, terus anta rombongan pinang je..hehehehe

  6. fiezaradzi on 7 October 2010 at 5:21 pm

    de baik buruk kahwin muda ni.. kdg2 bila kahwin baru terserlah kematangan seseorang tu.. tak dinafikan ramai gak kawan2 yg mbujang still tak bape matang2.. tak tau naper..

    kewangan yg stabil- tul tu, sbb bila dah kawen, byk benda perlukan duit, tambah2 lau anak dah mula nak hidup bersama. Kat sini bukanlah ptg duit byk, tapi macam mana uruskan duit tu.. lau dpt isteri yg tak byk songeh ok la kan..

    kdg2 de gak yg muda tapi sudah matang kerana dididik sedemikian.. jdi, semuanya bgantung kpada seseorang itu & of course dari Allah..
    fiezaradzi´s last [type]..Laptop Penyebab Keburukan

    • rashid on 7 October 2010 at 9:37 pm

      Betul jugak, bukan berapa banyak duit yang dia ada, tapi macam mana dia uruskan duit tu…good2..hehe

  7. jawatan kosong on 9 October 2010 at 9:26 pm

    mestila kahwin saat sudah punya pekerjaan tetap.:) kalo tak nak makan apa anak istri.
    jawatan kosong´s last [type]..Ascent Pharmahealth Jobs as Finance – HR Executive

    • rashid on 9 October 2010 at 10:14 pm

      itu seeloknya…kawan aku, kahwin masa belajar…tapi final year la..huhu

  8. ProfHariz on 11 October 2010 at 1:23 pm

    Perkahwinan nak bina bukan untuk nafsu! Tapi untuk tanggungjawab…
    ProfHariz´s last [type]..Gambar Artis Jambu Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*


CommentLuv badge