Copyright © 2012 my name is rashid. All Rights Reserved by Snowblind
Apalah yang nak aku tuliskan dekat kalau status aku sekarang ni KELETIHAN?..huh.. Tapi disebabkan aku dah tertidur lepas maghrib untuk memulihkan keletihan, jadi boleh katakan aku ada lah sedikit tenaga untuk menulis entri ni.
Pertama sekali, selamat datang pada diri aku yang memang dah lama tak berblog, berhabuk jugaklah blog ni..hehe.. Blog ni jaga sendiri dan tak amik upah untuk orang jaga, dan masa untuk sendiri pun tak dapat, jadi macam ni jela walaupun tak berupdate.
Keletihan melanda dan tak ada masa nak pulih.
Dalam minggu bekerja ke 27 hingga minggu seterusnya, aku boleh katakan tekanan kerja semakin meningkat, dan mungkin akan bertambah sebab aku dapat boss yang “sangat komited dengan kerja”, jadi aku lah yang jadi mangsa kerakusan dia, harap dia tak baca apa yang aku tulis..tapi kalau baca pun, harap dia tak kesah dan tersenyum..hehe..tapi aku seronok bekerja sebab ada kawan-kawan sekerja yang sama-sama membantu dan memahami dan yang penting sama-sama ketawa, sama-sama susah, sama-sama selesaikan masalah..TAHNIAH!!!
Tak taulah mana punca keletihan aku ni, tapi yang paling aku pasti, keletihan atau mengantuk aku ni datang lepas makan tengah hari kat kedai makcik tu…hmmm…apa yang dia letak dalam masakan dia tu?…hari-hari sebelum ni tak ada pun rasa mengantuk, cuma dua tiga hari ni saja…harap puasa nanti tak akan rasa mengantuk tahap sangap…malu sey, time meeting pun menguap dan sangap, nanti orang kata tak hormat..hahaha..
Jadi setiap masalah ada penyelesaian, jadi aku ada search pasal cara-cara atasi masalah keletihan, tak kisahlah lepas bekerja ke, kadang-kadang tak buat apa-apa seharian pun boleh letih. Jadi tip-tip atasi keletihan tu kat bawah ni je:
Eh, cuba korang baca kisah ni, dalamnya ada pasal cara atasi keletihan seharian bekerja, dan jangan lupa amalkan..
Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di rumah mahupun
di tempat kerja, sudah semestinya petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada
puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya dijadikan amalan seharian.Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang
kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti.
Saidina Ali berkata : “Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang.
Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu.”Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan
seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w.
tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi
menemui puterinya serta menantu itu. Baginda s.a.w. berkata: “Apa kamu berdua mahu aku
ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu
berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid
(Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik
untuk kamu berdua daripada seorang khadam.”Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi
meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua. Saidina Ali terus mengulang-
ulang kalimah-kalimah yang diajarkan oleh Rasulullah.s.a.w. ini. Katanya :- “Demi
Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku.”Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai
kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan
membaca ‘Subhanallah’ (33 kali), ‘Alhamdulillah’ (33 kali) dan ‘Allahuakbar’ (33 kali)
pada setiap malam iaitu sebelum melelapkan mata.INGAT, lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan). Insya-Allah petunjuk
Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita. Akan terserlah
ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.“Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun” (Sabda Rasulullah SAW)
Sampaikanlah dakwah ini kepada keluarga dan saudara-saudara islam yang lain agar dapat
dimanfaatkan bersama dan ikhlaskanlah hati kita dalam menyampaikan dakwah ini kerana
Allah.Dunia adalah tempat bercucuk tanam dan akhiratlah tempat menuainya. Tanamlah benih
yang baik semasa kita di dunia agar kita dapat memperolehi hasil yang baik juga di
akhirat sana. AMIN
Dan mungkin juga korang boleh amalkan amalan dibawah sebagai tambahan;
Memulih dengan menyembuh penyakit.
* kencing manis – banyakkan minum madu asli, buah tamar.
* lemah jantung – Madu adalah ubat plg mujarab.
* darah rendah – Madu terutama Royal Jelly dapat tingkatkan penghasilan darah dlm tubuh.
* lemah ( asma ) – doa Nabi Yunus.dibaca 4 kali disusuli dgn doa Ya ALLAH, Ya ALLAH, Ya ALLAH, Ya ALLAH, Ya Syafie, isyfini Ya syafie..
* penyakit punca daripada kahak (lender) ubat dgn – minum minyak jintan hitam ( habbah as sauda’ ) 1 sudu teh di waktu mula lelah - minum 2 sudu tehair mawar 3 kali sehari.Memulih dgn amalan
* hendaklah bersolat memohon kpd Allah
* amalkan zkir fatimah – lepas solat fardhu baca subhanallah (10x) Alhamdulillah (10x) takbir (10x) Sblm tidur tasbih 33x – sama macam dekat atas tu kan?
* banyakkan istigfar kpd Allah – istigfar dapat angkat Darjat seseorang..
* banyakkan Hauqalah – la haulawala kuwwata illa billah…
* berdoa atasi keletihan
* pohon dgn nama ALLAH – mulakan YA Allah, Ya Allah, Ya Allah
– ya wali , Ya mubdi, Ya muiid, Ya haiyu, Ya qaiiyum, Ya muqit, Ya qadir,
Ya Qahhar, Ya matin, Ya Muhaiminu, Ya Aziz, Ya zaljala li wal ikram…
* hendaklah sentiasa berWUDUK
* tangkislah pengaruh syaitan dlm kehidupan
* hendaklah berbaring menelentang bila terasa letih
* berehat & ambil istirehat
* hendaklah tidur walau seketika – tidur seketika plg kurang 3 – 5 minit..
* serah diri kepada Allah
* urut senaman AJAIB – ??? sapa tau kongsi
* urut sebab lenguh tangan
* atasi urat menyentak
* memulih letih dgn MANDi
* hendaklah makan makanan Berkhasiat
* minum MADu bg tarik kekuatan baru
* sedari tujuan HIDUP & tujuan PEKERJAan
* IKHLAs tanpa kira penat & letih
* hendaklah berJIWA besar ( POStif)
* wujudkan GEMBira selalu – selalu bace & fahami al Quran,
kenali syurga dlm serba keanehan & keabadiannye.. selalu berzikir
* hendaklah berjalan kaki & bergerak sederhana – banyak kesannya..
* kembalikan kekuatan dgn cium haruman – kasturi
* bacalah kisah orang yg kuat & gagah
Insya’allah aku akan amalkan untuk hari-hari mendatang.
Tak sampai satu minggu saja lagi pun kita akan berpuasa, selamat berpuasa sahabat-sahabat diluar sana, moga puasa kali ni banyak amalan dapat dilakukan…apa yang penting? Istiqamah..
p/s: Sumber tip-tip dan petua adalah dari:
http://manishelma.blogspot.com/2009/06/petua-atasi-keletihan-setelah-seharian.html
http://greencastle.wordpress.com/2007/09/14/47-rahsia-pemulihan-tenaga-mengatasi-keletihan-harian/
No related posts.


KOMEN TERKINI