Subscribe to RSS Feed

Sejenak aku berada di blog perdana menteri, 1Malaysia, aku tertarik dengan entri pasal Perjuangan Kita Terhadap Faham Pelampau atau dalam bahasa inggeris Our Fight Against Extremism. Adakah demontrasi yang berlaku dinegara seberang berpunca dari golongan pelampau yang dimaksudkan PM? Adakah pelampau itu seorang yang membesar-besar cerita dan menakutkan orang lain yang tak sefahaman dengan mereka? Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan pelampau yang dimaksudkan oleh PM kita Dato’ Seri Najib?

Sepotong ayat dari blog beliau:

Mereka menganggap pihak yang bertentangan fahaman dengan mereka sebagai musuh dan berusaha menakut-nakutkan pihak yang tidak menerima pemikiran atau ideologi mereka dan dalam keadaan tertentu pada orang-orang yang hanya kelihatan berbeza daripada mereka.

http://www.1malaysia.com.my/my/blog/our-fight-against-extremism/

Aku tak jumpa gambar nak diletakan untuk entri ni, tapi harap korang sume tak bosan lah ye dengan entri ni, tapi aku janji bagi yang ringkas dan terbaik.

Maksud pelampau ni bukan di arena politik atau diplomatik, dari bangku sekolah pun dah ada golongan pelampau, iaitu kaki buli atau samseng, mereka akan menyerang pihak yang tak bersetuju atau akan melakukan apa sahaja untuk kepentingan diri. Setiap individu ada definisi yang sesuai untuk maksud pelampau, bagi aku pelampau ialah orang yang membesar-besarkan cerita dan cuba membuat kekacauan untuk menyelamatkan fahaman yang dipegang selama ini.

Kembali kepada tajuk, Kenapa Manusia Bersifat Ekstrem? Ekstrem bermaksud pelampau. Orang yang ekstrem suka membesar-besarkan cerita, kenapa perlu berbuat demikian? Persoalanya kenapa?

Sebab-sebab yang boleh aku kongsikan adalah:

1.) Golongan pelampau golongan yang tercicir.

Tercicir yang aku maksudkan, mereka yang tidak mampu bersaing secara sihat untuk mendapat kehendaknya. Orang yang macam ni lebih terarah untuk melakukan onar kepada pihak lawanya untuk mengganggu psikologi mereka, apabila telah berjaya, pihak pelampau ini akan mendapat faedahnya.

Cuba kaitkan dengan demontrasi yang berlaku di Indonesia, adakah itu kerana salah Malaysia semata-mata, atau golongan pelampau menggunakan cerita kecil dan diperbesarkan untuk menakutkan kita. Apa cerita kecil yang diperbesar-besarkan tu? Mengenai pekerja Indonesia yang bekerja di Malaysia dan didera. Adakah kerajaan Malaysia tidak mengambil tindakan tentang hal ini? Adakah semua rakyat Malaysia dari spesis pendera? (anda fikirkan)

2.) Golongan pelampau tidak faham apa yang berlaku.

Manusia mudah mempercayai sesuatu bila mendengar berita dari sumber yang mereka percaya, contoh radio, internet. Bila mudah mempercayai, mereka susah untuk menerima suatu berita lain yang tidak memihak kepada hawa nafsu mereka. Kita manusia biasa memang tidak terlepas dari khabar angin, tapi sekurang-kurangya, beri sedikit ruang untuk menerima berita dari sumber lain, dan diakhirnya kita buatlah penilaian sendiri.

Bila mereka yakin akan berita tersebut, mereka mula merancang untuk buat tunjuk perasaan dan demontrasi, yang diakhiri dengan semburan gas pemedih mata atau kematian.

3.) Golongan pelampau tidak bersedia akan perubahan

Sedar tak sedar, negara kita sudah 53 tahun merdeka, dan Malaysia terbentuk selama 47 tahun. Tempoh masa ini menjadikan seseorang itu sangat matang jika Malaysia adalah seorang manusia. Kita sebagai rakyat perlu mencari rentak untuk menjadi yang terbaik, bukan pandang belakang dan mengutip perkara-perkara yang membebankan. Apa yang cuba aku cakapkan ialah, terima perubahan masa dan zaman, pada masa yang sama kita tetap dalam landasan Islam.

Cara hidup muslim dahulu dan sekarang memang ternyata berbeza, tetapi jika kita asyik memandang kebelakang, mungkin kita tidak sedar di mana kita sebenarnya. Mungkin ada sekumpulan manusia yang tidak suka akan perubahan dan kemajuan, sebab mereka sudah sedia ada selesa dengan kehidupan mereka itu, dan mereka akan cuba untuk menakut-nakutkan orang lain tentang perubahan yang bakal berlaku.

Cukup tiga poin yang tak seberapa dan longgar dari aku..hehe.. Aku menulis macam orang politik pulak, harap korang senang membaca entri ini, bukan apa, untuk juadah minda dan fikiran.. Apa komen korang dengan manusia pelampau ni?

Baca juga ini:

  1. Gereja Gay Tak Akan Diiktiraf.

Tags: , , , ,

16 Responses to Kenapa Manusia Bersifat Ekstrem?

  1. suri on 30 September 2010 at 9:40 pm

    salam..
    setiap apa yang berlku dlm perubahan malaysia tu mungkina ada sb2 yang tertentu..

    • rashid on 30 September 2010 at 9:54 pm

      Memang suri, manusia memang tak boleh duduk diam kalau boleh mesti nak bersuara..

  2. Awek PANAS on 30 September 2010 at 10:54 pm

    Golongan pelampau patut ja disembelih.. :twisted:
    Awek PANAS´s last [type]..Gambar tersembunyi

  3. Zon Melayu Bebas on 30 September 2010 at 10:55 pm

    pa plak…baik sula dulu sebelum sembelih..kahkahkahkah :lol:
    Zon Melayu Bebas´s last [type]..Jangan Mandi Bogel

  4. ashraf on 1 October 2010 at 5:24 pm

    Sabar2,….cincang lumat2 org macam tu… :twisted:
    ashraf´s last [type]..Kongsi Hobi Lovebird- Lutino dan Albino

    • suri on 3 October 2010 at 1:00 pm

      terus jadi sayur plak huu :mrgreen:

  5. x-po on 2 October 2010 at 1:40 am

    entah la..kadang2 kita kena gak selami pendirian diorang, mungkin diorang buat camtu baru org akan bkk mata..kalau setakat hantar memorandum je, aku rasa orang tak nk baca atau dgr pun..huhu
    x-po´s last [type]..MAHU ISTERI BEKERJA ATAU SURI RUMAH SEPENUH MASA

    • rashid on 2 October 2010 at 12:02 pm

      yang hantar memorendum tu kira masih boleh bertimbangala…yang dah sampai bakar bendera atau lap tahi dekat bendera tu mungkin dah tak tau macam mana nak luahkan perasaan tak puas hati…bukan dekat seberang, mana-mana ekstremis pun buat macam tu…macam wajib pulak ekstremis kena buat macam gitu…huhu

  6. kulanz on 2 October 2010 at 11:27 pm

    aku setuju betul dengan sebab-sebab wujud golongan pelampau tu.. dekat malaysia ni pun dah semakin ramai golongan macam tu..
    kulanz´s last [type]..Planet Gliese 581G Menyerupai Bumi Ditemui

    • rashid on 3 October 2010 at 1:40 am

      Oh, bro pun perasan eh…ramai yang nak tengakkan benang yang basah pun ada…adoi…

      • kulanz on 3 October 2010 at 1:37 pm

        Memang perasan sangat-sangat bro.. :D
        aku pun ada tulis entri yang lebih kurang macam ni.. dah ada dalam draf tinggal tunggu publish.. ada kaitan juga entri ni.. nanti aku link kan.. :)
        kulanz´s last [type]..Statistik dan Alexa Rank September 2010

        • rashid on 3 October 2010 at 7:41 pm

          Owh, cantik cantik…nanti saya singgah la blog bro..

  7. kerja kosong on 3 October 2010 at 11:21 pm

    apa itu salah satu sifat dasar manusia?
    kerja kosong´s last [type]..Tradewinds Plantation Jobs HR- Estate Manager- Mill Manager

    • rashid on 4 October 2010 at 1:37 am

      mungkin, tapi manusia waras tidak bertindak melulu tanpa usul periksa, zaman sekarang ramai yang bertindak atas keuntungan sendiri…

  8. sabree hussin on 5 October 2010 at 12:22 pm

    Mereka ni mungkin golongan yang tersepit, sebab tu mereka cuba bangkit dengan cara yang macam tu

    • rashid on 5 October 2010 at 4:02 pm

      Sekarang banyak medium untuk membantu kebangkitan dorang…kalau dulu, terang2 kena buat demontrasi bagai, sekarang dah ada internet 4G, so bertambah2 berani lah mereka…melampau…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*


CommentLuv badge