Subscribe to RSS Feed

Pada pukul 5:16 petang waktu Malaysia, matahari berada betul-betul tegak di atas Ka’bah, bermakna, tiada bayang-bayang Ka’bah pada ketika itu kerana di sana pukul 12:16 tengah hari. Pada setiap tahun pada tarikh 28 Mei, setiap umat Islam akan cuba menyemak arah qiblat ditempat masing-masing.

Sepeti yang kita tahu, matahari bukan sahaja memberi cahaya pada kehidupan dan haba, Allah sudah menjadikan matahari itu sebagai pedoman dan panduan kepada setiap manusia dimuka bumi. Salah satu perkara yang kita dapat lihat, kejadian malam dan siang dan yang paling Agung adalah penentuan arah qiblat.

Kaedah-kaedah yang mudah untuk menyemak arah qiblat adalah dengan mendirikan sebatang tiang (kayu atau besi) di suatu tempat lapang agar selain dapat menentukan arah qiblat itu sendiri, ukuran bayang-bayang juga dapat memberi kita sesuatu perkara, wallahu’alam, aku tak berapa arif tentang ni, sebab tak diperjelaskan tadi.

Di atas ni adalah gambaran bagaimana kaedah menyemak qiblat dapat dilakukan walaupun dirumah dan tempat kerja. Pada jam 5:13, korang dah boleh cek, sebab tiga minit sebelum 5:16 petang dan selepas, matahari masih berada di atas Ka’bah, jadi tentukan arah qiblat korang dan ukur berapa panjang bayang-bayang yang terhasil berdasarkan panjang sebenar tiang.

Sekian saja perkongsian dari saya, tapi sebelum itu, selain dari tarikh 28 Mei, jam 5:16 petang, korang juga boleh cek pada 16 Julai, jam 5:28 petang, kerana pada tarikh itu, matahari adalah pada kecondongan 21 darjah 26 minit utara. Dekat mana-mana tempat kat seluruh dunia pun, bayang-bayang yang terhasil pada masa masing-masing, akan tepat ke arah Ka’abah.

Wassalam..

Baca juga ini:

  1. (Kongsi) Wanita Itu Perlu Dimengerti-Part 1
  2. (Kongsi) Wanita Itu Perlu Dimengerti-Part 2

Tags: , , , ,

8 Responses to (Kongsi) Kaedah Menyemak Arah Qiblat, 28 Mei Jam 5:16 Petang

  1. zik on 28 May 2010 at 7:11 pm

    alamak dah terlepas… rugi2

    • rashidraito on 29 May 2010 at 2:03 am

      next 16 julai second chance, ni untuk pengetahuan am je, hehe, kalau tak tau qiblat, tanye orang je…hmm

  2. Wan Perlis on 28 May 2010 at 11:33 pm

    aku klo xtau arah kiblat tanya org ja

    • rashidraito on 29 May 2010 at 2:04 am

      Tu la…tadi kat jb ujan, tak berapa nampak bayang-bayang, next 16 julai try again la…

  3. Syafrizal on 29 May 2010 at 11:24 am

    kat Shah Alam hujan lebat.. tak boleh nak check langsung :mrgreen:

    • rashidraito on 29 May 2010 at 12:25 pm

      halangan…next julai kite cek balik la…cuma semak je…seronok…hehe

  4. botak on 2 June 2010 at 10:08 am

    laa mcm dah terlambat pulak baca entri ni..
    aduii..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*


CommentLuv badge