Subscribe to RSS Feed

Dari kecil kita diajar supaya jangan malas malas, sebab orang malas tak boleh berjaya. Yang paling kerap nasihat supaya jangan malas mesti mak dan ayah, jangan malas belajar, jangan malas pergi sekolah, jangan malas solat, jangan malas itu jangan malas ini nasihat mereka. Tapi bila pergi sekolah, sapa pula yang sambung pesanan supaya jangan malas? Cikgulah, jangan malas nak siapkan kerja sekolah tu, jangan malas ulang kaji pelajaran, pun sama jangan malas itu jangan malas ni. Bila time pergi kerja, masih ada juga orang nasihat supaya jangan malas, perkara nasihat pesan ni berlanjutan sampai bila-bila. Elok tu memang elok nasihat menasihati, sebab dapat mengelak orang keliling kita ni hanyut dibawa arus deras kemajuan.

Dalam kehidupan harian korang, ada tak perasan mamat atau minah ni, nasihat orang pandai tapi dia sendiri tak betul, itu kita gelar cakap tak serupa bikin, suruh orang jangan malas kerja, buat itu buat ini, tapi dia malas-malas gak, alasan, dia lagi senior dalam offis tu dari korang. So, bila nasihat orang kita kena gak nasihat diri kitakan? Dan korang pernah tak rasa,malas yang korang alami tu bukan berpunca dari diri korang, tapi dari persekitaran. Senang cakap, perasaan tak kuasa nak buat itu ini, itu pun boleh dikategorikan malas juga.

Jadi dalam mentafsir definisi malas ni, bergantung pada situasi yang kita alami. Ada malas datang dari kita sendiri, ada malas sebab persekitaran atau rang sekeliling. Apa kata aku bahagikan malas ni mengikut baik dan tak baik:

MALAS BERKATEGORI TAK BAIK

1.) Malas beribadat – Malas ni amatlah terang lagi bersuluh adalah sebab diri sendiri. Contoh, kita tak boleh kata malas solat sebab hujan, atau menyalahkan faktor luaran lain kan? Sebab tu diri sendiri punya alasan ma…eh cina plak aku.. Tapi kalau malas beribadat sebab terpengaruh orang sekeliling, contoh, kita duduk asrama, lepas tu dalam dorm kita tak de sorang pun yang solat, kita yang rajin pun jadi malas, malas, malasnya aku lah jawabnya…hehe

2.) Malas menurut arahan – Malas ni datangnya dari diri sendiri dan persekitaran. Kalau dari diri kita, sebab kita memang tak respect orang tu sebab kita memang tak pandai nak hormati orang yang lebih tinggi pangkat dia. Kalau datangnya dari persekitaran, contoh kat atas tadi, orang yang bagi arahan tu dah la tak betul a.k.a boss gila-gila, lepas tu arahan yang di bagi dah sah nak aniaya kita, suruh pergi sana, pergi sini kalau dengan member sendiri bukan main rajin tolong..malas-malas jugak, kalau kena pecat?…lalala

3.) Malas nak tolong – Masa kecik-kecik memang jadi kuli part time walaupun tak bergaji, suruh pergi kedai, pergi rumah jirang dan sebagainya, ada kala malas juga weh. Tapi nak ngelat macam mana kalau anak tunggal, keh keh.. So malas tahap ni lebih parah jika mak kita mintak tolong, bila kita kata “Ah”, tak cium pintu syurga kalau mak tak maafkan. Hehe, itu pesanan cikgu masa sekolah, sampai sekarang aku suka tolong orang.. Malas ini yang datangnya dari persekitaran boleh bercontohkan, kita tengah main solitaire dekat PC pejabat, lepas tu kawan mintak tolong ajarkan macam mana nak photostat kertas, sebabkan game tu kita liat nak tolong, sampai satu tray kertas habis dikerjakan kawan tadi…habislah pokok kat utan tu…uhuk2

4.) Malas update blog – Sejak kebelakangan ni ramai plak blogger komplen malas, malas, malasnya dorang nak update blog. Kalau diri sendiri tu mungkin idea tak ada. Idea berblog boleh datang sebenarnya bila kita malas-malas, so malas-malaslah korang ye..hehe..Tapi banyaknya sebab kemalasan ni adalah disebabkan kesuntukan masa dan kebengongan internet, macam kak yan yang kesal dengan TM. Dan lagi satu sebab napa tak update blog, adalah sebab trafik blog tak mantap, nak sampai 50 pelawat pun susah, hehe, so malas, malas, malasnya aku la jawabnya..hehe

**UPDATED**

5.) Malas mandi – Tabiat malas mandi selalunya melanda bila hari minggu atau cuti umum, bangun lewat dan tak ada rancangan untuk kemana. Kalau diri sendiri memang jenis malas mandi, dan kalau mandi pun tak sampai lima minit, bau busuk tu tanggung sendiri la ye. Tapi yang duduk berlima atau duduk secara beramai-ramai, mesti akan berebut sapa nak mandi dulu, tapi amatlah malang kalau yang mandi dulu tu macam basuh bilik air lamanya, so korang yang dah tak ada mood ni pun ambik keputusan untuk malas, malas, malaslah mandi..hehe

MALAS BERKATEGORI BAIK

1.) Malas bergaduh - Malas kategori ni amat murni bila kita lihat. Sifat bersabab macam ni elok bila berdepan dengan situasi orang yang tak mals bergaduh a.k.a rajin bergaduh. Gaduh yang paling teruk adalah gaduh mulut, semua kata-kata kesat keluar terus sampai kat hati..Memang sakit, tapi semua tu kena balik dekat dia. Ingat setiap makian yang dilemparkan kepada kita, akan balik semula kepada pemaki, makna kata dorang maki diri sendiri. Malas yang disebabkan persekitaran ni selalunya sebab ada orang tahan kita supaya tak bergaduh, contoh awek ke, adik ke kawan-kawan yang lebih sabar, sebab bergaduh ni tak bagus pun..

2.) Malas masuk campur – Ha betullah tu apa yang korang fikir tu, malas nak masuk campur hal-hal remeh-temeh. Memang tak semua orang setkan diri sendiri untuk tak masuk campur hal orang sebab tak suka orang masuk campur diri sendiri. Tapi kadang-kadang persekitaran menyebabkan kita terhalang, contohnya kawan kita bergaduh dengan isteri dia, nak masuk campur ke? Toksah la, biar dorang settlekan sendiri, melainkan dorang mintak tolong, tolong pun janganlah berpihak mana-mana even korang kawan rapat salah sorang pasangan tu, so keadaan tak jadi tegang.

3.) Malas keluar malam – Selalunya malas ni sesuatu yang kita praktikan sejak lama dulu, mungkin desakan mak ayah atau pengalaman yang kita lalui. Jadi malas keluar malam ni aku ambik contoh diri aku, kadang-kadang je malas nak keluar malam, salah satu sebab malas nak keluar malam adalah keranan malam-malam ni selalu dikaitkan dengan jenayah, contohnya ragut, rompak langgar lari dan macam-macam, aku tak pernah alami, tapi dekat berita banyak keluar pasal ni, so take notelah. Tapi kalau nak kata persekitaran yang menyebabkan aku malas cuma satu je kot, sebab malam-malam ATM tak bukak, so keluar tak berduit nak wat apa, so malas, malas, malaslah aku…hehe

4.) Malas bukak facebook – Facebook ni suatu fenomena yang melanda negara kita seawal 2006(pandangan aku). Tapi sejak dua tahun kebelakangan ini, banyak aplikasi yang melalaikan pengguna facebook. Jadi korang yang memang malas nak layan facebook ni secara fulltime, hanya bukak sekiranya ada notification dihantar melalui email, kalau tak malas betul nak log in faceebook dapat RM100. Tapi macam mana persekitaran memalaskan pengguna facebook ni? Sekarang ni kan tengah kecoh boikot sana, boikot sini, jadi bila kawan-kawan pun dok boikot, apa lagi, dia pun boikot sam jugaklah..Baik tak boikot ni??

Sebenarnya malas ni memang banyak tak baiknya berbanding baik, so empat tak baik tiga baik, so fair la kan.. So kalau korang rasa ada malas yang patut diketengahkan, sila-silalah komen kat bawah

p/s: kalau korang perasan dekat shoutbox aku tu ada blogwalking software yagn patut korang register, senang nak melawan sahabat handai..

Baca juga ini:

  1. (Kongsi) Wanita Itu Perlu Dimengerti-Part 1
  2. (Kongsi) Percutian Di Bulan Jun, Korang Ada Plan?

Tags: , , , , , , , ,

41 Responses to (Kongsi) Malas, Malas, Malasnya Aku.

  1. Pachenko on 18 June 2010 at 8:10 pm

    hahhaa..
    aku mandi xmalas..

    cume wt esemen je malas..
    hahhaha..
    Pachenko´s last [type]..BAYANGKAN DUNIA TANPA INTERNET

    • rashidraito on 19 June 2010 at 12:34 am

      Aku pun wat esemen malas, malas nak siap awal…tapi tak malas buat esemen last minit…kehkeh

  2. Liyana on 18 June 2010 at 10:34 pm

    Dah abis praktikal ni mula la rasa malas2..
    Malas nak pack barang, malas nak cari tiket bas,
    malas segalanya…

    Paling teruk,malas cari kerja.. :lol: Oh KERJA!
    Liyana´s last [type]..Kenapa hantaran kahwin sekarang mahal?

    • rashidraito on 19 June 2010 at 12:35 am

      Banyak malas tu…kena cepat cari ubat malas tu…hehe

  3. botak on 19 June 2010 at 1:23 am

    oh baru perasan..
    malas ni boleh dikategorikan kpd baik dan buruk juga rupanya..
    zmn sekarang org mls pun nak berjaya jugak..
    so kena lah cari jalan supaya dpt peroleh kejayaan walaupun dalam keadaan malas..
    hehe
    botak´s last [type]..KFH Gold Account-i

    • rashidraito on 19 June 2010 at 1:42 am

      Orang malas yang berjaya tu, bukan malas nak bekerja, tapi malas nak susah-susah cari duit cara susah…hehe

  4. ermilia on 22 June 2010 at 8:54 pm

    hehehe…malas bukak facebook tu iyer..lately ni malas betul nk bukak facebook..boring..paling2 boleh layan pun, tengok gambar2 kekawan upload gambar bertunang, khawin, cuti2..etc..pastu dh sakit mata, tutup. :D
    ermilia´s last [type]..Terima Kasih! 7 Designer Blog Malaysia Yang Mesti Korang Tengok..

    • rashidraito on 23 June 2010 at 12:39 am

      Bila dan ada sesuatu yang berfaedah, satu perkara akan dilupakan, contohnya facebook la…hehe, saya pun tak rajin bukan, cuma bukak kalau kawan invite buat aktiviti pape ke..hehe

  5. hamzy on 29 March 2012 at 7:11 pm

    blala

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*


CommentLuv badge