Subscribe to RSS Feed

Buat Perubahan Jangan Tunggu Sehingga Parah.

Kini semua kembali ke sedia kala. Alhamdulillah, yang pertama, aku dah sihat dari sakit, hanya Allah saja yang tahu, yang kedua dah berjaya tukar theme pilihan dan terakhir aku dapat sambung hobi berblog dengan sonyum. Apa khabar korang semua, cuti-cuti tak keluar ke, hari elok panas, hehe. Keputusan nak tukar theme ni aku dah fikir lama dah, sebab theme yang lama tu ada masalah dengan plugin wordpress baru, tak compatible dengan sesetengah plug-in. So, aku ambil keputusan untuk tukar theme Magazine Basic, korang boleh try carik kat Themes by bavotasan.com, kalau nak yang mantap, beli la, hehe.

Dua kali menang kontes

Nak tanyalah, korang kenal tak NOR IMAN NAZUKI? Beberapa hari yang lepas dia ada buat kontes, kalau nak tahu cek la ni RM20 Give Away + Terjah. Kalau korang rajin korang pergi la lawat blog dia, bukan setakat kontes, korang pun boleh dapat tip-tip dari dia contohnya Blogging Tips. Thank you teacher, hehe. Dan lagi satu semalam juga aku dapat hadiah dari Jombuzz, hadiah berupa…eh, malulah nak cakap..hehe, tapi tu mungkin berkat usaha aku submit post kat Jombuzz, komen dan buzz kat sana tak henti-henti. Bila dah seronok berblog, memang tak tau bila nak berhenti. Dan kalu korang rasa nak try berkontes, boleh jugak pergi ke Blog abang kacak dan hensem Darkbatman, selain kontest, dia pun rajin bagi tip-tip kesihatan untuk perempuan lelaki, korang tengok badan dia pun korang memang percayalah dengan tip-tip dia tu.

First Impression untuk pengunjung

Ramai orang suka tukar-tukar themeĀ  blog, macam aku buatlah, tapi ini untuk kebaikan dan keselesaan kita bersama. Aku nak tukar theme wordpress lain ni pun aku dah fikir masak-masak, sebab takut theme baru lagi worse dan sakit hati bila nak edit. So, buat pilihan baik-baik. Masa aku nak cari theme ni senang je, korang boleh try cek kat sini WPREX, untuk Blogspot aku tak prepare pulak apa-apa site untuk theme, hehe. Ok, tujuan kita pilih theme yang sebaik-baiknya in adalah untuk first impression untuk pengunjung, so kalau boleh biarlah kita kurangkan guna widget atau apa-apa plugin yang memberatkan loading time blog korang dan membuatkan pengunjung pilih jalan hitam keluar dengan menekan pangkah. Maaf kata, aku pun selalu dah jumpa blog macam tu, ada lagu, video, widget yang tak sesuai, boleh kata warna-warni, seronok pemilik blog tu kan? Korang boleh jadikan redmummy sebagai contoh, yela, dia kan baru je keluar Newspaper pasal menjadi kaya hanya dengan berblog. Blog dia merah dan mengancam dow, hehe. Lagi satu cara nak kasi pengunjung tertarik, letakan gambar pada setiap post korang, paling kurang satu gambar jadilah. Supaya pembaca tak bosan dengan tulisan sahaja, kira macam novel.

Maaf aku buat pos rojak, sebab 2 3 hari ni tak dapat buat pos, tak berapa sihat, so untuk pos kali ni aku akan sambung lain kali, sebab kejap lagi nak keluar. So, semoga aktiviti hari ahad korang seronok.

p/s: tak apa ke aku buat entri rojak macam ni. Ok, kalau tak sesuai nanti aku tumpukan pada satu-satu topik je.

Baca juga ini:

  1. Blog itu boleh diibaratkan seperti baby. Mengapa?
  2. (News) Juara kali kedua berturut-turut. Cuti ko esok??

Tags: , , , , ,

10 Responses to Maaf, Aku Rojakkan Blog Ku Untuk Kali Ini.

  1. x-po on 18 April 2010 at 12:40 pm

    aku jenis yg tak suka tukar2 theme blog..huhu sbb leceh, malas nk main2 coding..poning kpalo eden

    • rashidraito on 18 April 2010 at 4:48 pm

      Betol…ni skg pun nga study coding die…bese ar tu…tapi theme lepas ada masalah…tu pasal tukar..huhu

  2. ann on 18 April 2010 at 7:52 pm

    kadang kadang teringin nak ubah ubah tapi bila start mengubah, tak tau da camna yang kita nak pada asalnya.. terpaksa upload yang lama nyer.. eheheh

    IT IT ni kureng sket..

    Wah wah, banyak menang hadiah tu.. ckit tapi sangat bermakna kan.. aku xpena menang hadia.. cian!

    • rashidraito on 19 April 2010 at 12:48 am

      Saya pun maca tu gak dulu…tapi semua tu buang masa, bila dah dapat theme yang sesuai, modify je la sikit sikit…hehe

  3. klcitizen on 18 April 2010 at 9:34 pm

    first time singgah sini.

    en Rashid menang hadiah banyak ya?
    rezeki lah tu.
    tapi rezeki pun, kena rajin mencari, kan.

    suka entri rojak ni, sebab macam2 info, 3 in 1, macam nescafe pulak

    • rashidraito on 19 April 2010 at 12:49 am

      Alhamdulillah..selagi boleh involve saye involve kontes-kontes ni..dorang memang peramah dan murah hati..hehe, owh, suka pos rojak ni..hehe

  4. ijai on 19 April 2010 at 6:13 am

    pasnih kne la belanja rojak..hehe

    • rashidraito on 19 April 2010 at 6:17 am

      hahai…rojak eh,,jom lah kita ke kedai mamak…hehe

  5. kulanz on 19 April 2010 at 9:05 pm

    Salam bro,
    aku termasuk juga dalam kategori yang suka tukar theme.. tak tahu dah jadi tabiat pulak, hehe..
    sekali sekala rojakkan blog bagus juga sebenarnya.. boleh pelbagaikan kategori pembaca..

    • rashidraito on 20 April 2010 at 4:31 am

      w’salam bro…idea untuk merojakan enrtri ni sebab tak berape sihat 3 hari..dengan entri rojak ni dapat Qada’ 3 hari tu..hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*


CommentLuv badge