Copyright © 2012 my name is rashid. All Rights Reserved by Snowblind
Sedar tak sedar Ramadhan pergi tanpa kita inginkan, dan dalam masa itu mungkin banyak perkara yang kita telah lupa, terutama dosa-dosa yang lalu atau baru sahaja kita lakukan. Sebagai umat Islam akhir zaman ini, memang kita tak terlepas dari melakukan dosa, boleh diibaratkan jika kita keluar ke pusat membeli belah, kita mesti akan melakukan dosa, tak kira dosa oleh kaki kita, oleh tangan kita, oleh mulut atau oleh mata. Dan sekiranya anda masih muda lagi, eloklah bertaubat, dan berazam perkara itu tidak berlaku lagi, insya’Allah.
Jika kita masih punyai kesedaran akan kesilapan lalu, eloklah kita bertaubat atau taubat nasuha. Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya: “Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53)..
Sekiranya pernah melakukan dosa kepada manusia, contohnya mengambil harta yang bukan milik kita atau melakukan rompakan atau jenayah lain, haruslah menyerah diri dan terima hukuman yang bakal diambil ke atas anda. Sekiranya tidak bertaubat walaupun melakukan dosa-dosa kecil, dikhuatiri akan menjadi titik hitam yang banyak di dalam hati.
Cara melaksanakan solat taubat :
Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci, menghadap kiblat;
- Waktu di lakukan – bila-bila masa merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrim utk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail
- Lafaz niat: “Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.” (Cukup di dalam hati, ada perbahasan ulama’ tentang lafaz niat dlm ibadah – sila rujuk kpd pakar feqah)
- Rakaat pertama membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran, contoh: al-kafirun
- Rakaat kedua membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran, contoh: al-ikhlas
- Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala),
- Selepas salam, perbanyakkan istighfar seperti,
![]()
Ertinya: “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”

Ertinya: Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah.
- dan berdoa dengan Penghulu Istighfar,

Ertinya: “Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”
- dan doa selepas solat, pohonlah apa jua pengampunan dari Allah SWT, kalau boleh nangis lagi elok, bermakna kita sedar akan kesilapan.
Dan akhir sekali, entri ini dibuat bukan semata-mata kepentingan diri, tetapi kepentingan kita sesama umat Islam. Mungkin ada diantara yang datang ke sini nanti pernah melakukan dosa, tetapi malu untuk bertanyakan sesiapa, mungkin entri ini dapat membantu. Jadi marilah kita bertaubat selagi sempat, mungkin Ramadhan ini adalah yang terakhir.
thanks to: http://ohislam.com/cara-menyempurnakan-solat-sunat-taubat/
p/s: Penghulu istigfar itu: Sesiapa yang mengucapkannya pada siang hari ( pagi) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia pada hari tersebut sebelum petang maka dia dari kalangan ahli syurga. Dan sesiapa yang mengucapkannya pada waktu malam (petang ) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia maka dia dari kalangan ahli syurga. ( riwayat Imam al-Bukhari ).


dosa aku terlalu banyak huhu
yeke bro…tak pe, itu urusan bro dengan tuhan…
terkenang dosa yang dilakukan, terasa kerdil diri ini ingin meminta keampunan dariNya.
ya’ALLAH.. :cry: semoga pintu taubat itu belum tertutup buat kita..
INsya’Allah masih terbuka luas…
[...] This post was mentioned on Twitter by cikmin and Mohd Isa Ahmad Azan, Mohamed Rashid. Mohamed Rashid said: Mari Bertaubat Selagi Masih Sempat. http://t.co/WjqzC2r via @mnirashid [...]
mari2 kita menghidupkan malam 10 terahkir ramadhan… amin…
marilah sesama…insya’Allah..
[...] pintu taubat Allah terbuka luas untuk hambanya yang melakukan dosa. Bertaubatlah selagi masih sempat, dan 10 Ramadhan terakhir ini, Allah menjanjikan hambaNya yang menmanafaat 10 malam akhir ini [...]