Subscribe to RSS Feed

Salam semua..Dah 1 hari pemergian Allahyarham Mior Ahmad Fuad Mior Badri, atau nama komersial beliau Din beramboi, pagi aku semalam tak seperti biasa, selalunya pasti kedengaran celoteh beliau di corong radio. Tapi terlintas kat fikiran aku, adakah Din Beramboi sama dengan Pak Cik Din dekat majalah Ujang Moy?Cara paling mudah, aku terus cari dekat Facebook, sebab Apo? aku dah jadi fans, Ujang Moy je belum, dekat APO? tak jumpe pape, dekat Ujang Moy aku dapat statement ni:-

So, macam mana, kalau korang ada update sal ni kongsi la kat komen..Aku pun kurang tahu asal usul Allahyarham mula masuk ke dalam industri hiburan kita..Tapi apa-apa pun jangan berhenti daripada sedekahkan Al-Fatihah kepada saudara kita yang telah pergi, giliran kita akan sampai Insya’Allah.

Dan pemergian Allahyarham telah di sahkan disebabkan Dengue Shock Syndrome atau Denggi Berdarah. Akibat dari serangan Denggi Berdarah mangsa akan diserang demam kuat, sakit kepala, loya tekak, batuk-batuk, lenguh-lenguh otot atau muntah-muntah, kebanyakan sintom-sintom ini sama dengan demam denggi biasa. Pada tempoh 2 hingga 6 hari, mangsa akan mengalami keadaan seperti bintik-bintik darah pada kulit atau hidung berdarah yakni sindrom ini mula menyerang organ-organ dalaman. Mangsa yang tidak dirawat dengan kadar segera boleh membawa maut, jika terkena kepada kanak-kanak, sindrom ini tidak mengambil masa yang lama.

Berbalik kepada Denggi Berdarah yang dihadapi oleh bekas juri Raja Lawak Musim ke-4 itu adalah bawaan Nyamuk Aedes dan bukannya terkena kencing seperti dakwaan doktor pada awal rawatan ke atas Allahyarham. Secara amnya, denggi mempunyai 4 jenis, jenis 1, jenis 2, jenis 3 dan jenis keempat. Setiap jenis ini tidak sama antara satu sama lain. Contohnya jika seseorang itu pernah terkena denggi mana-mana satu jenis denggi ini, mangsa akan immune denggi jenis tersebut, tetapi hanya untuk satu jenis denggi, maka denggi jenis itu sukar untuk menyerang kali kedua.

Itulah serba sedikit pasal yang aku tahu dan aku cari dekat sini. Tapi cikgu aku masa sekolah menengah pernah juga kena denggi berdarah, dia bagi petua agar minum air 100PLUS, banyak gak dia minum, dalam satu krek la, Alhamdulillah darah dia tak lagi cair dan kembali kepada keadaan asal. Dan satu lagi petua untuk tinggkatkan immune badan kita dengan banyakkan makan bawang putih dan paling penting jaga kebersihan kawasan rumah kita.

Rasanya lepas aku find out pasal benda ni, aku harap dapat mengingatkan diri aku dan korang semua.

p/s:nyamuk tak dapat hidup di tempat yang sejuk, tapi sebabkan perubahan iklim yang disebabkan pemanasan global, nyamuk banyak beterbangan sekarang, aku pun dah rasa macam nak demam dah ni..uhukuhuk

Baca juga ini:

  1. Hilangnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri a.k.a Din Beramboi. Al-Fatihah

Tags: , , , , , , , , ,

17 Responses to (News) Kebenaran Tentang Pemergian Din Beramboi

  1. aisha on 3 April 2010 at 4:42 am

    tenx for the info…

    may allah bless him.. mmm`
    .-= aisha´s last blog ..LELAKI TAK PERNAH KISAH PASAL…………… betol ke?? =-.

    • rashidraito on 3 April 2010 at 5:33 am

      Itu lah, ramai yang tersalah anggap pasal nama Din Beramboi, Pak Cik Din majalah Ujang dikenali sebagai Din Beramboi, tapi tidak sekarang…

  2. AMR on 3 April 2010 at 9:14 am

    kekeliruan akhirnya terjawab… huhu…

    • rashidraito on 3 April 2010 at 2:09 pm

      Begitulah hendaknya…

  3. Adakah Arwah tu baik orangnya?Atau... | MY NAME IS RASHID on 4 April 2010 at 1:24 am

    [...] tentang sebab allahyarham meninggal boleh korang tonton Melodi esok jam 12:30pm kat TV3 atau dekat kebenaran tentang pemergian din beramboi dan hilangnya mior ahmad fuad mior badri a k a din beramboi al fatihah, mungkin ada liputan tentang [...]

  4. mrkay on 4 April 2010 at 4:09 am

    kalau tak silap aku, Arwah Din Beramboi bekas kartunis. Kalau tak silap aku jugak, dia dan ujang (nama kartunis) yg mulakan majalah ujang tu sebelum bertukar milik kepada beberapa orang sampai la pada Datuk MOY.

    Kalau ingat lagi, ujang penah keluarkan kaset radio 9 yang penuh dengan lawak jenaka. Kalau dengar balik betul, dalam tu banyak suara arwah. aku pun anggap pak cik din dekat majalah ujang adalah ilusi kartun semata-mata. sampai bila-bila pun, selagi tuan punya (bos besar) majalah tu nak kekalkan pak cik din tu sebagai watak kartun utama dalam majalah tu, selagi tu la watak tu akan hidup.

    Kalau korang dpt track balik perjalanan hidup dia dari muda (dari kartunis sampai menjadi DJ Era dan ada rancangan sendiri), korang akan tau keperitan hidup dia selama ni. Baru2 ni je rezeki dia melimpah2. Rancangan dia sendiri (Wuhai Beramboi) pun rasanya baru 6 episod. Tapi Allah lebih sayangkan dia. Al-fatihah untuk arwah. Moga dia aman di sana.
    .-= mrkay´s last blog ..MyEBuzz.net – Site blog ping/buzz terbaru! =-.

    • rashidraito on 4 April 2010 at 4:20 am

      Itu yang menjadi kemusykilan aku, tapi pihak Ujang Moy kate, tu Din Beramboi dulu…tak tau nak cari mane biodata sal Allahyarham Din beramboi ni..mungkin akan ade tribute to Din Beramboi kat tv..macam allahyarham Yasmin Ahmad…huhu

      • mrkay on 5 April 2010 at 10:44 pm

        terus terang aku cakap, aku dah tak suka majalah ujang sejak MOY amik alih. MOY ni perangai pelik sikit. sampai sekarang aku masih ingat orang kampung (aie – pelukis kartun blues untuk aku) di buang dari Ujang. MOY ni buat mcm2 untuk cover najis sendiri. dan takkan bukak cerita lama biasanya.
        .-= mrkay´s last blog ..MyEBuzz.net – Site blog ping/buzz terbaru! =-.

        • rashidraito on 6 April 2010 at 12:09 am

          layan apo! la…sebab kartun lambok the best…hehe

  5. NtGravity on 21 April 2010 at 3:58 pm

    Salam….

    harap tak terlambat.. huhu~

    Errm… saya dulu peminat majalah ujang… yang tau karekter Din Beramboi tuh takde kena mengena dgn Allahyarham Din Beramboi.. (note : kena mengena means bukan dgn majalah tuh)

    Sebab pernah terbaca samada kat newspaper or magazine – tentang perebutan jenama Din Beramboi nie di antara MOY dan Allahyarham.. (note: ini jugaklah kali pertama saya tgk gambar Allahyarham)…

    the outcome tuh saya tak sure sapa menang the case.. or samada MOY menang kot cuz karekter tuh masih di gunakan sehingga hari nieh…

    Allahu A’lam

    Al Fatihah… (TT__TT)

    • rashidraito on 21 April 2010 at 3:59 pm

      Allahyarham menang sebab MOY tarik diri, sebab taknak rebut lagi…so jadi lah PCD=Pak Cik Din…

      • NtGravity on 21 April 2010 at 4:17 pm

        yeh…? huhu~ dah lupa ler… masa tuh tak minat Allahyarham (tak kenal gak…) so kira support MOY laa time tuh…

        Bagus laa..

        Thanks for the info…

        • rashidraito on 21 April 2010 at 4:24 pm

          Hehe,no hal…sebab kawan pun kata allahyarham tu Din beramboi MOY…hehe

      • Ahmad Zaki on 17 September 2010 at 6:58 pm

        yelah, alhamdulilah arwah menang. Arwah pun ada minta bantuan dari penulis novel terkenal berkenaan dengan pemilikkan penjenamaan “Din Beramboi” utk didaftarkan atas nama beliau sendiri. Arwah juga diceritakan nak mendaftar secara rasmi jenama Din Beramboi utk perniagaannya (dijadikan bisnes keluarga). Setidak-tidaknya, isterinya boleh teruskan usaha arwah tu secara kecil-kecilan dan anak arwah dah ada asas utk berniaga..

        Saya dah tak baca majalah Ujang sebab sejak pemilik asalnya diisytihar muflis akibat dari ditipu dalam urusan bisnes(dengar khabar), dan dimiliki oleh syarikat MOY, majalah dah tak best, beberapa kartunis yang power keluar dari team Ujang…

        Paling suka masa arwah din join THR.FM, masa dia join Era, sy jarang dengar radio Era..
        Ahmad Zaki´s last [type]..Rokok &amp perkaitan Yahudi Zionis Israel

  6. [...] lah pandai sangat mengolah ayat-ayat, tapi entri aku yang aku rasa ramai orang yang baca, contohnya kebenaran tentang pemergian Din Beramboi, kata-kata akhir achik spin sebelum meninggal dunia, yang ni paling baru kontes Nuffnang yang aku [...]

  7. [...] Mereka mencari kebenaran/bukti – Kita pernah digemparkan pasal pemergian Allahyarham Mior Ahmad Fuad. Pada masa tu, ada orang keliru, adakah yang meninggal tu Din Beramboi kartun ujang. Setelah buat [...]

  8. decrewz on 19 January 2011 at 7:36 am

    Laaa.. Ye ke.. Mati2 Jai ingat selama ni Pakcin Din tu ialah Pakcik dalam ujnag..hu3
    decrewz´s last [type]..Tips Kecilkan Saiz Blog

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*


CommentLuv badge