Copyright © 2012 my name is rashid. All Rights Reserved by Snowblind
Salam dan selamat pagi. Bulan ni saja kita dah kehilangan dua insan seni yang mungkin kita kenal kerana hasil karya mereka kita ingat dan membuatkan kita seronok. Yang pertama allahyarham Mior Ahmad Fuad Mior badri, dan yang terbaru allahyarham Abdillah Murad Md. Shari, atau lebih dikenali Achik dari kumpulan Spin. Kenal tu taklah kenal sangat-sangat, tapi semasa aku sekolah dulu, lagu-lagu allahyarham selalu aku dengar, macam Paling Comel, Memori berkasih dan banyak lagi untuk aku senaraikan. Allahyarham juga lebih dikenali dengan gandingan nyanyian bersama Siti Nordiana Alias atau tak silap, dulu orang panggil Nana.
Menurut surat khabar Kosmo, allahyarham ada meninggalkan kata-kata akhir kepada isterinya, H.M. Rose Zaitul Suriani Wati Maarof sebelum berlakunya nahas jalan raya tempoh hari. Allahyarham berpesan kepada isterinya agar menonton beliau menyanyi secaralangsung rancangan Gah 1 di TV2 pada petang sabtu tu. Mungkin itu adalah permintaan terakhir allahyarham sebelum pergi selama-lamanya. Setiap yang pergi, mesti ada meninggalkan kata-kata akhir, contohnya kata-kata akhir allahyarham Din Beramboi yang boleh kita ingat semasa Program Raja Lawak Musim ke-4, korang boleh cari kat youtube untuk kepastian atau kata-kata akhir kepada Pak Nil.
Suka aku usik korang dengan lagu-lagu allahyarham, so kita layan buat penyeri sebelum aku sambung cerita.
Al-fatihah..
Aku dan Kemalangan
Yang pergi tetap pergi, kita yang hidup perlu teruskan. Tapi memang tak dinafikan malang boleh berlaku dimana-mana, secara ringkasnya, malang boleh di definisikan (mengikut kefahaman aku) iaitu, suatu perkara yang berlaku tanpa kita rancang dan perkara itu membawa musibah pada diri. Jadi kemalangan pula boleh membawa maksud, kejadian yang tak diingini yang menimpa diri, samaada kecil atau besar. Ok, senang cerita, tadi dalam perjalanan aku balik dari karaoke, aku telah menyondol belakang kereta orang. Kejadian berlaku tanpa kupinta dan sedar. Aku asyik melayan budak kereta tu lah, asyik pandang-pandang. Time tu ada roadblock kat depan lagi, so kereta bergerak perlahanlah, tiba ja nak laju, kereta depan punya depan tiba-tiba brake mengejut dan aku pun terkejut lalu..PANG!!!..lalu aku menyondol belakang kereta Waja tu. Apa lagi, aku tak keluar, sebab aku sempat men’corner’kan stereng kereta, tapi driver depan keluar, nasib baik bapak orang dan tak marah-marah, nak senang cerita, aku cakap, ‘Bang, kita jalan dululah, biar lepas roadblock baru sambung cerita‘, so abang tu iye kan je. Dan akhirnya perbicaraan bermula, aku tengok, lah, cat je sempat aku sondol, tapi abang tu macam nak mintak aku bayar je..tak pat de, aku katalah, ‘Macam ne ni bang, sikit je, cat je kena, kereta saya pun sama ha? Saya nak bayar pun bukan ada duit‘. Abang tu tengok cara aku cakap, mungkin dia lega dan dia pun tak kisah. So, selesai kes kedua.
Kes pertama aku masa aku nak reverse keluar parking, tapi makcik chinese ni pun nak reverse keluar parking,kira kereta makcik dangan kereta kau saling mem’bontot’ sesama sendiri, so nak dijadikan cerita kitorang langgarlah bontot masing-masing. Kes pertama ni mengajar aku macam mana nak settle tanpa perlu bayar, hehe. Makcik tu keluar kereta dengan cucu dia, so dia mula membebellah. Aku bukan taknak lawan cuma tak nak kurang ajar. Bila makcik tu dah senyap aku bersuaralah,’Unty a,saya punya kereta lagi teruk lah, kereta unty wira, keras, kereta saya lembut, tengok dah kemek. Macam mana unty, tak kan saya nak bayar?’..Unty tu pun senyap sambil fikir. Tapi sambil-sambil tu aku layanlah cucu dia,’Adik ok tak, ada apa-apa cedera?’. Pastu unty tu pun rasa macam sama-sama salah, dia pun kata tak kisah dan sempat berpesan dekat aku agar lain kali tengok bila nak reverse, ceh, dia tu tengok ke belakang..hehe..Itulah cerita aku dan kemalangan, bagi korang yang memandu, bawa dengan cermat, ingat orang yang tersayang.
p/s: Harap-harap tak berlakunya kemalangan buruk dekat aku..amin..
Baca juga ini:


Kesian isteri arwah sbb arwah pergi mengejut. Tak mcm allahyarham din beramboi n yanie mentor yg sakit. Mungki terasa la sbb hari ini ok je esok dah xde. Emm sedih kan. Tp yg hidup pasti akan mati juga. Semoga arwah aman di sana.
Rashid, pandai ko ambil hati 2 orang yg terlanggar kereta tu kan? Hehe..
Benda tak disangka-sangka kan..Aku yang dah besar ni pun pernah gak orang yang rapat pergi bila masa masih memerlukan sesama sendiri…Yang bab langgar tu, hehe..kalau langgar yang takleh consider, boleh kopak aku..huhu
suka sGt dengar suara Achik………pergi yang tiada pengganti…. Suka sGt tenGOk Achik ngn Nana..Pasangan duet yang sama2 cute…aChiK cute, nana cantik….Body Nana pun menganCaM…Tapi; kini Achik dah tiaDa…..sedeyyynYYYaaaaa…alfatihah untuk allahyarham Abdillah Murad Md. Shaari….MoGa beliau aman disana….
itulah kematian tidak ada tarikh dan masa, kita kena sentiasa ingat
INsya’allah…saya akan selalu ingat…selagi kita ingat akan mati, insya’allah kita akan selalu berbuat baik sesama kita..
Sabar dan sedia untuk hadapi apa jua kemungkinan. Kita di dunia ini sementara.
:)
Wallahu’alam, setiap yang berlaku antara sedar atau tidak..jika tak memihak pada kita, redah adalah jalanya..amin..
salam, kakyan minat lagu achik dngn nana, blh kata semua lagu duet diorg kakyan suka, tp nk buat macam mana achik pergi meninggalkan kita. semua tu ketentuan dari-NYA. moga rohnya aman di sana dan ditempatkan dikalangan org yg beriman..amin
Sekarang ni, kalau tak dekat corong-corong radio, mungkin kat pusat karaoke lah kalau nak dengar lagu die..dulu masa sekolah la minat. budak-budak dorm selalu nyanyi lagu die..huhu
akak pernah accident besar 2 kali..
so, sekarang bawak kereta agak2 trauma sikitlah
Owh…time tu sorang ke??saya kalau ada orang sebelah saya lebih alert, yelah, tanggungjawap kita nak pastikan keselamatan dia…kadang-kadang kalau kita terlalu berhati-hati pun boleh accident, wallahu’alam..
penentuan Illahi tak siapa yg dapat menduga…ada hikmah yg Dia saja lebih mengetahui
sudah ajal.. tiada siapa yang boleh melawan..
Sememangnya..malang berada dimana-mana saja..
Al-fatihah tuk achik spin…moga ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman…amin
Insya’allah..moga Allah merahmati segala ibadah allahyarham…aminnn
[...] entri aku yang aku rasa ramai orang yang baca, contohnya kebenaran tentang pemergian Din Beramboi, kata-kata akhir achik spin sebelum meninggal dunia, yang ni paling baru kontes Nuffnang yang aku join Rice Crisps, lepas tu aku cuba buat entri pasal [...]