Copyright © 2012 my name is rashid. All Rights Reserved by Snowblind
Kejap lagi aku nak keluar tengok V3-Rempit Samseng Jalanan, haha..Tapi sebelum tu aku ambil kesempatan yang ada untuk buat pos sekejap dan aku bahasakan diri kau aku supaya nampak lebih friendly, macam aku bercerita dengan kawan-kawan la..hehe
Blog? Sesuai ke aku ni berblog?
Kalau tengok tajuk post ni, itu soalan untuk aku sebenarnya, tapi secara tak langsung mengajak kita sesama berfikir.. macam ceramah plak..Tapi sebelum blog ni tercipta oleh penciptanya, memang soalan tu bermain di fikiran, yela, nak kata pandai menulis tak la jugak, nak kata ada darah wartawan tak jugak, berblog ni sekadar ingin berkongsi apa yang terlintas kat otak ni..Tapi kalau korang pun ada tercuit kat hati ni nak berblog cuba renungkan apa yang aku nak kongsi kat bawah ni..
Perkara-perkara sebelum ingin berblog, adalah:-
- Kenali diri sendiri – maksudnye apa minat kita atau apa yang kita sanggup kongsikan kat blog kita tu..Kongsi kisah duka? kisah semasa? gosip sekeliling? atau berkongsi informasi mengenai pekerjaan, minat atau hobi..Tips yang paling penting, ramai blogger di Malaysia berblog dengan berkongsi tips-tips atau teknik-teknik, contohnya, cara-cara memporpularkan blog, cara-cara meng’edit’ blog dan sebagainya. Taipla kat Google, nanti banyak la yang keluar..hehe
- Blog umum atau specific? Yang ni penting untuk anda ketahui, jika blog tu untuk mempromosi barangan atau produk goji, jangan campur adukan dengan kisah-kisah yang tak ada kena mengena dengan produk anda, contohnya binatang kesukaan, atau artis paling anda minta sejak kecil, kan tak kena-mengena tu..hehe, Contoh blog ni, hanya untuk berkongsi apa-apa saja, mungkin korang pun rasa blog macam ni sesuai dengan jiwa korang? Lu Pikirlah Sendiri..hehe..
- Berblog secara serius atau..? Untuk pengetahuan korang, berblog adalah suatu kerjaya, bukan hobi lagi, ini adalah fakta yang perlu disemat didalam hati setiap hati orang Malaysia, berpatriotik plak..Betul aku cakap ni, ramai blogger yang menjadikan berblog itu kerjaya, itu bermakna diorang dah memberi 101% komitmen diorang untuk berblog. Tapi sekiranya anda berblog hanya mengisi masa lapang, pun tak salah. Yang penting dekat sini korang dah tetapkan apa tujuaan blog korang tu. Serius atau mengisi masa lapang.
- Adakah anda seorang penyabar atau..? Tak payah diberi tahu korang mesti tahu kebanyakan perkara di dalam blog mudah sangat tersebar, kat akhbar? website lain? atau blog-blog kawan-kawan korang. Kat sini aku nak sentuh, sekiranya anda penyabar, sekarang jugak aku ajar buatkan blog-berbayar atau percuma?? Tapi kalau korang pemarah, cepat melenting atau mudah melatah sekiranya dapat komen-komen yang mengecam isi kandungan pos anda, rasanya korang fikir-fikirkan la, kalau tak sebab pos korang mengandungi ayat-ayat kotor, mungkin orang tu saja nak kasi panas line.. Pape pun nak berblog kena banyak bersabar.
- Rasanya 4 perkara tu cukup, yang lain akan menyusul bila korang da mula berblog. Tapi pape pun semua da tau, kalau nak berblog free boleh try Blogspot atau WordPress, kedua-dua ni free, tapi ada juga wordpress yang berbayar, tapi tu cerita lain.. Maybe next time aku poskan ok..
Habis pun satu perkara..Setiap blogger macam aku ni hanya nak pembaca seronok dan puas hati dengan penulisan diorang, tapi kalau tak best, boleh hantar komen atau undi kat poll ok..Selamat petang dan jumpa lagi.
Angka 30 Pertama Yang Penuh Bermakna. – entri ini aku buat lepas aku berjaya membuat 30 pos..hehe
Apa Pembaca Inginkan Dari Blog Kita Sebenarnya? – Kalau korang nak tau rahsia mendapat trafik, ikut cara ni.
No related posts.


huhuu blogging itu satu kepuasan. yeyayy!
Puas sangat bila ada orang baca…puas lagi bahu memikul…eh eh…ke situ plak..puas lagi kalau sama-sama kita berbincang..hehe
kalau tak dapat puaskan hati org..puaskan hati sendiri dah ok dah! hehehe…tibe2 plak aku menyampuk…
haha..nice bro..hehe
If kita berblog secara kecil-kecilan kena banyak bersabar kalau nak jadikan blog ni sebagai kerjaya.. tapi tak mustahil.. contoh terdekat hongkiat.com tuan blog tu berhenti kerja untuk berblogging, tengok sekarang dah berjaya sangat-sangat dah :)
Izzat Aziz“s last [type]..Kenapa aku berblogging- dan apa
Hmmm, nak jadikan blogging ni serius matter memang perlu perancangan dan kedudukan kewangan yang kukuh, sebab tak selalunya kita akan berjaya, tapi kalau ada ramai kawan yang membantu, mungkin boleh jadi macam ohmedia kan?..hehe