Copyright © 2012 my name is rashid. All Rights Reserved by Snowblind
Setelah kian lama tak buat entri pasal berita negara, hari ni terasa sangat-sangat untuk buat entri pasal berita. Insiden yang berlaku dekat negara jiran kita, Indonesia tidak mendesak kerajaan Malaysia untuk menghalang rakyat Malaysia untuk kesana. Berdasarkan keratan akhbar Kosmo ni, Perdana Menteri menyatakan, Malaysia dan Indonesia masih ada kepentingan masing-masing, dari segi ekonomi, perlancongan serta hubungan persahabatan.
PUTRAJAYA – Kerajaan belum bercadang mengeluarkan nasihat larangan melawat Indonesia walaupun berlaku insiden terbaru dalam gerakan anti-Malaysia apabila kediaman seorang jurutera Malaysia di Kalimantan dilontar batu minggu lepas.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau perlu berbincang dengan Wisma Putra sebelum nasihat larangan lawatan itu dikeluarkan.
Kata beliau, ia merupakan satu perkara yang serius melibatkan kepentingan kedua-dua negara.
“Kita ada banyak kepentingan… kerajaan, perniagaan dan hubungan persahabatan dengan Indonesia.
“Jadi kita perlu pertimbangkan dengan sebaik-baiknya. Pada peringkat ini, kita tidak akan keluarkan nasihat ini kecuali jika keadaan menjadi lebih buruk,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini semalam.
Walaupun rakyat Indonesia bertindak membakar bendera kita, kerajaan kedua-dua pihak masih boleh bawa berbincang, sebab ini mungkin taktik musuh yang iri hati kepada kerjasama kedua pihak. Syabas Malaysia dan Indonesia sebab tidak bertindak terburu-buru, lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan, tidak elok jika bermusuhan sesama manusia sekiranya perbincangan adalah jalanya.
Kebanyakan perkara yang berlaku yang melibatkan Malaysia dan negara-negara jiran, Malaysia akan mengambil tindakan menyiasat secara terperinci dari segala segi aspek, supaya tidak tersalah langkah dan memudaratkan orang lain, atau menginaya orang yang tak bersalah. Walaupun Merdeka telah berlalu, 31 Ogos tempoh hari, tapi kita masih boleh membebaskan diri dari terperangkap oleh jerat yang musuh kita pasang, seharusnya kita sabar dan bawa berbincang antara ahli politik untuk menyelesaikan masalah. Merdeka! Merdeka! Merdeka! sekian..
Baca juga ini:


mujur tahun 2010 ni takde plan ke negara jiran..takut jugak kalau jadi apa2..
cikmin“s last [type]..Trafik cikmincom Bulan Ogos
Waw…indonesia banyak barang murah, sibaik kerajaan tak halang lagi…hehe