Subscribe to RSS Feed

Korang dah rasa kerepek nasi keluaran Mister Potato. Kalau dah rasa baguslah, walaupun mahal sikit dalam RM5.10, tapi berbaloi bagi yang nak mulakan diet. Dengan kandungan 20% kurang lemak dan bebas kolestrol dan lemak tak tepu, tiada MSG dan tiada pewarna tiruan. Tapi entri ni bukanlah nak cerita pasal kerepek nasi ni secara skema, apa kata kita biarkan kerepek nasi tu sendiri ‘bercakap’, ye, mereka boleh ‘bercakap. Watch it!!!

Tempat kejadian dipercayai adalah disebuah kilang Mister Potato di kawasan XYZ. Dalam cerita ni Hot&Spicy adalah abang sulung. Disebabkan mereka ada sesi rakaman untuk promosi untuk pelancaran Rice Crisps: Mister Potato anjuran Nuffnang Sdn. Bhd., jadi mereka empat beradik berlatih, agar mereka nampak lebih spontan. Jadi mulalah latihan mereka…

Selepas tu giliran Bawang, atau Onion…

Latihan nampak berjalan lancar, tiba pula giliran BBQ..saksikanlah..

Adik mereka yang terakhir lewat sikit, atas alasan-alasan tertentu…tapi latihan masih berjalan…

Adik beradik ni habis berlatih lewat, sebab ini adalah kali pertama mereka keluar TV untuk mempromosikan Mister Potato, Rice Crisps. Jadi dipendekan cerita, mereka sudah benar-benar bersedia untuk bagi yang terbaik untuk iklan promosi ini. Disebabkan iklan ni adalah sulit, hanya screen shot saje akan ditayangkan…kehkeh

Iklan promosi mereka dikatakan berjaya sebab adik bongsu mereka memberi impak pada kata-kata akhir beliau, iaitu ‘Belilah yang ORIGINAL’, krew-krew Nuffnang pun rasa mereka perlu diberikan penghargaan sebagai tanda penghargaan berupa wang tunai bernilai RM1000 cash.

Hehe, macam mana review pasal Rice Crisp ni? Kalau nak rasa kenalah beli, kalau baca je mana nak rasa kenikmatan Mister Potato, Rice Crisps ni…Daa

Baca juga ini:

  1. Mudah!!!Mari Aku Ajarkan Cara Nak Menang Kontes.

Tags: , , , ,

2 Responses to (Rice Crisps) Beli yang Original dan Jangan Mudah Tertipu.

  1. Syafrizal on 3 June 2010 at 9:35 am

    berhati-hati kerana ia mempunyai lemak haiwan berkod E… sila semak sebelum makan

    • rashidraito on 3 June 2010 at 12:41 pm

      Thanks bro…kalau makan tu berkadar harap tak de pape efek yang buruk…hmmm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*


CommentLuv badge