Subscribe to RSS Feed

Salam semua..Di kesempatan hari ini yang penuh bahagia dan keceriaan, aku yang bujang a.k.a single ni, teringin sangat nak buat entri pasal duduk rumah sewa atau duduk rumah famili, mana lebih sesuai ikut personaliti korang. Tapi mana-mana yang dah berstatus kahwin atau married tu di persilakan baca jugak, mana tau rakan belajar atau anak saudara yang baru abis belajar, nak kerja, mungkin boleh bagi pandangan tambahan sama ada duduk rumah famili atau rumah sewa, berdasarkan apa yang aku nak kongsi.

TINGGAL DI RUMAH SEWA

KE’BEST’ANNYA

1) Bebas – Dengan erti kata kasar, lantak koranglah nak merayap mana, tak sapa nak kisah..ada aku kisah??Erti kata halus, korang lebih berdikari, makna kata segala kerja-kerja mengemas rumah, memasak(masak air atau mee segera tak termasuk ok!), membasuh baju, menggosok baju dan macam-macam, itu pun kalau korang memang rajin, even duduk dekat rumah famili pun korang selalu buat kerja-kerja amal ni. Tapi kebebasan yang ada ni membuatkan korang boleh buat keputusan sendiri, tanpa kekangan dari kedua orang tua. Bebas memilih kawan, sama ada mencari kawan baru dan meluaskan rangkaian korang atau, tetap dengan your best friend forever. Mempunyai kawan yang ramai ketika berada berjauhan dengan keluarga, adalah satu cara kita menghilangkan rasa rindu dan kebosanan bila bersendirian, rajinkan bersosial atau beriadah, korang mesti dapat biasakan keadaan ini sekiranya korang kali pertama berjauhan dengan keluarga.

2) Lebih Gerek – Bak kata orang Johor, gerek bermaksud bagus, cool atau best. Contoh ayat, ‘Gerek sey!!!’..Tapi untuk penulisan formal, jangan sesekali gunakan ayat ini, sebab ini percakapan pasar atau bahasa harian biasa. Maksud lebih gerek, korang yang duduk berasingan dengan keluarga atau menginap di rumah sewa, akan di lihat seseorang yang lebih kuat dan berdikari. Paling sesuai duduk berasingan dengan keluarga adalah Lelaki. Sebagai lelaki, mereka perlu ada satu sifat yang mana, ‘sudah tiba masa untuk hidup berasingan dan berhijrah untuk hidup lebih independent’, macam tulah bunyi dia. Selalunya korang yang lelaki akan lebih kelihatan gerek bila orang bertanyakan korang tinggal dekat mana? Rumah siapa? Dan cuba bayangkan korang jawab ‘Duduk rumah famili’, so persepsi orang akan terus katakan korang tak cuba untuk berdikari dan tidur bawah ketiak mak..tidur bawah ketiak mak..tidur bawah ketiak mak(suara semakin jauh)..haha..

3) Belajar jadi susah – Belajar jadi susah samalah dengan berdikarilah, tapi ni dalam konteks belajar berjimat cermat. Duduk rumah sewa boleh jadekan korang yang berjimat cermat, makna kata kalau dalam satu rumah ada lima orang penyewa lain, korang boleh kurangkan perbelanjaan membayar bil kepada lima orang, itu salah satu cara berjimatlah. Selain tu, korang boleh belajar yang mana keperluan atau kehendak. Contohnya bulan ni korang kena hantar duit dekat kampung, servis kereta, bayar bil macam-macam dan perbelanjaan sendiri, dekat sini korang kena fikir realiti sikit, elakan dari berhutang untuk memuaskan kehendak diri sendiri, makna kata penuhi keperluan diri seperti makan, minum dan kesihatan diri. Bagi kaki rokok teger, rokok akan menjadi keperluan diri korang kalau korang tak berhenti sekarang, bayangkan satu hari 1 kotak, sebulan??? Macam mana nak berjimat???

KEKURANGANYA

1) Bebas membawa ke terbabas – Korang mungkin akan berjauhan dengan famili mungkin sebulan, setahun atau bertahun-tahun, mungkin sebab atas dasar kerja atau korang terlalu bebas dan selesa duduk berjauhan dengan famili. Bebas terlampau ni mungkin desebabkan kejutan budaya yang korang alami, makna kata, kalau kampung halaman korang dekat kawasan ceruk kampung, lepas tu korang pindah rumah sewa dekat bandar dan korang masih bujang, korang tak ada sesiapa untuk membimbing atau pantau aktiviti korang, yang ada cuma kawan-kawan dan suasana baru yang melalaikan korang dari objektif sebenar korang duduk berjauhan dengan famili iaitu bekerja dan berdikari sendiri.

2) Biar poyo asal positifHidup berjauhan bermakna segala macam bil yang tak pernah korang bayar, terpaksa juga korang tanggung, bil api, bil air atau bil internet. Kalau zaman cuti sekolah dulu, mesti guna PC atau PS2 sampai lewat pagi sampai tak sedar matahari dan keluar, hujung bulan tengok bil api dah mencecah RM100, parent korang layankan je la sebab korang masih murid-murid hingusan. Tapi bila dah duduk dekat rumah sewa, kenalah ber’budget’ sikit, takut bulan tu  tak merasa nak makan KFC atau McD..hehe..

Duduk berdikari kadang-kadang korang akan teruji dengan kemewahan orang lain yang korang sendiri tahu orang tu kerja apa. Sikap nak menunjuk-nunjuk kadang-kadang memakan diri, korang akan terdorang untuk pinjam sana, pinjam sini, sampai korang tak sedar berapa ramai orang pinjamkan duit dan jumlah yang perlu dibayar, selalunya korang akan pinjam dekat saudara-mara, sebab tak ada faedah atau cas-cas tersembunyi…hehehe…

3) Jika anda wanita atau gadis, fikir dua kali - Sebenar elok kata, sesiapa yang bergelar wanita atau gadis, yang mungkin mempunyai anak-anak gadis atau perempuan yang masih dara atau bujang supaya elakan duduk berasingan dengan famili. Sebab yang paling suka aku gunakan bila pangkah kata-kata perempuan adalah, dosa lelaki yang akhil baligh ditanggung oleh diri mereka sendiri, tetapi dosa gadis atau perempuan yang akhil baligh dipikul oleh ibu bapa mereka sehingga mereka bernikah kelak. Sekarang pun kita dengar macam-macam kes yang melibatkan gadis-gadis, tak rogol, mesti ikut mat rempit, tak pun kahwin kat lombok, kalau melanjutkan pelajaran dekat IPT A/S tu ibu bapa kena tawakal jela, tapi ada ibubapa yang cuba dapatkan IPT yang dekat dengan anak-anak mereka.

Berjauhan dengan famili memang dapat mengajar kita sesuatu yang kita tak dapat mana-mana, tapi ‘dunia’ sekarang kejam, manusia sanggup lihat bangsa sendiri diperlakukan tanpa rasa sedikit rasa kemanusiaan, jadi fikir dua kali jika ingin duduk berasingan sekiranaya anda wanita atau gadis.

4) Dapat Housemate yang tuttt – Dapat housemate yang banyak perangai, contohnya – pengotor, pemalas, tak dengar cakap, tak bertimbangang rasa dan tak bertolak ansur. Kalau sorang je buat perangai macam ni, mungkin boleh lagi ditegur, dua tiga kali, tapi kalau tegur pun tak jalan jugak mungkin korang boleh gunakan kekerasan…hahaha..tapi masalah besar kalau korang sorang je yang fikirkan kebersihan, keharmonian sejagat, sedangkan housemate yang lain tak fikir, so cara paling mudah, korang la yang kena angkat kaki dan cari rumah sewa lain.

Tapi ada juga housemate yang bertimbang rasa bab-bab bayar sewa, bil dan sebagainya, kira tak lokek nak bayar sama rata walaupun korang guna PC atau Lappy sampai pagi..hehe..itu housemate yang bagus…UPDATED

Korang boleh terus baca Rumah Sewa atau Rumah Famili? Part 2

p/s: memang banyakan kelebihan duduk sendiri di rumah sewa, tapi Rumah Sewa atau Rumah Famili? akan disambung ke part 2. Sama-samalah kita kongsi kebaikan dan kekurangan, aku nak tau jugak, korang mesti banyak pengalaman kan…kan…??..hehe

No related posts.

Tags: , , ,

10 Responses to Rumah Sewa atau Rumah Famili? Part 1

  1. aini on 18 May 2010 at 12:09 pm

    teringin nak duk umah sewa, jauh sket dri family. kejap pun jadik le…merasa..

    Mana tak nye, asal jb, belajar kt utm jb, kerja pun kt jb.. Tak penah duk umah sewa la senang cter =)

    • rashidraito on 18 May 2010 at 12:14 pm

      jb duk mane??taman u ke??sebab lagi dekat ngan UTM…haha..

  2. Amir on 18 May 2010 at 1:03 pm

    Nice entry! Aku tau pasal gerek tu dari imran ajmain. Tanya dia kt twitter. Btw lelaki better hidup bdikari. Kena belajar la hidup susah.

    • rashidraito on 18 May 2010 at 7:28 pm

      Right!!!laki memang kena berdikari..lagi pun da banyak majikan sediakan rumah untuk yang bujang2…hehe, gerek sey…haha

  3. Syafrizal on 18 May 2010 at 6:11 pm

    Bila dah duduk dengan kengkawan apa pun susah nak buat sebab dah bebas. Nak study pun lagi susah. hehe..

    • rashidraito on 18 May 2010 at 7:26 pm

      haha…itu memang cabaran…lagi satu, kena pandai cari rakan serumah…aku time belajar duduk ngan member memang tak ley belajar, ade free time mesti LAN…hahaha

  4. [...] rabu semua. Rasanya terlalu cepat sangat nak buat entri pasal ni, tapi korang yang belum baca entri Rumah Sewa atau Rumah Famili? Part 1, dipersilakan baca, tak kisah nak baca lepas habiskan entri ni atau baca sebelum ..Untuk part 1, [...]

  5. suri on 20 May 2010 at 8:40 am

    salam..
    mas study dptlah gak dok umah sewa.dlm umah ada 6 orang, bilik ada 3..

    so far dok serumah degn kwn2 mmg best.ada yang sorang tukang mask. sorang pandai buat kuih tradisional, sorang suka mengemas tanam bunga,sorang support makanan (tukang makan):)

    kalu slu ada kat umah family slu jer kne marah..hehehe..bila dok jauh rasa ridu pula leteran mak..sesekali balik di layan mcm tetamu terhormat..kiki

    • rashidraito on 20 May 2010 at 12:27 pm

      Haha..macam sama je kita ni…tapi saye duduk sumenye laki, so tak de la AJK macam awak cakap tadi…sume support makan je…haha

  6. [...] Malaysia tak juga? Ah, tak apalah, save draft dululah. Aku mengaku pernah nak buat entri pasal Rumah Sewa atau Rumah Famili banyak kali aku save draft dan pospone keesokan harinya. Entri ini adalah bertujuan nak berkongsi [...]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*


CommentLuv badge