Subscribe to RSS Feed

Salam hari rabu semua. Rasanya terlalu cepat sangat nak buat entri pasal ni, tapi korang yang belum baca entri Rumah Sewa atau Rumah Famili? Part 1, dipersilakan baca, tak kisah nak baca lepas habiskan entri ni atau baca sebelum ..Untuk part 1, aku banyak menyentuh mengenai rumah sewa serta kebaikan dan kekurangan, untuk kali ni aku tumpukan mengenai rumah famili serta kebaikan dan kekurangan. Topik kali ini masih ditujukan bagi mereka yang masih bujang dan single…hehe

TINGGAL DI RUMAH FAMILI

KE’BEST’ANYA

1) Keluarga Bahagia – Kenapa nak berjauhan dengan famili kalau korang ada pilihan untuk bersama mereka sepanjang hayat? Walaupun korang dah meningkat dewasa, korang masih boleh duduk bersama-sama famili, selain merapatkan hubungan kekeluargaan, korang dapat membantu mereka dalam melaksanakan kerja-kerja rumah atau membantu adik-adik korang yang masih belajar di hujung minggu.

Duduk dengan famili korang akan berasa kurang stress untuk bekerja pada keesokan harinya, bayangkan korang balik kerja dalam keadaan stress disebabkan tekanan kerja, korang akan dapat moral support dari kedua ibu bapa korang disamping itu mengeratkan hubungan korang untuk menjadi keluarga bahagia…hehe

Famili first, kalau korang seorang yang dahulukan keluarga dalam segala hal, tak payahlah susah nak cari rumah sewa, takut nanti tak sampai sebulan dah balik..hehe..

Makan masakan mak setiap hari, korang tak perlu nak makan dekat luar atau dekat kedai resepi rahsia, sebab mak korang bersedia membongkarkan resipi dia untuk anak dia yang tercinta, selain tu korang boleh la tolong-tolong disamping ambil satu dua resepi mak korang.

2) Potong, Potong dan Potong – Ni bukanlah iklan P1Wimax, tapi korang boleh potong kos-kos yang tak patut, bil api, bil air atau sewa rumah yang membebankan korang boleh tolak tepi. Ini adalah dilema yang dialami untuk tinggal berjauhan dengan keluarga, korang tak perlu bajetkan gaji korang untuk bil-bil ni, tapi korang kena jugak bagi duit kat famili, yela, dah jadi tanggung jawab korang pulak nak bagi duit kat famili.

Secara purata, dari pemerhatian aku, kawan-kawan aku yang duduk rumah famili sudah pakai kereta besar-besar..adakah kerana mereka bergaji besar, atau tinggal dengan famili. Kalau yang tinggal berasingan dengan famili dan berkereta besar, itu mungkin gaji dia besar, tapi kalau duduk dengan famili dan berkereta besar, itu sebab dia dapat berjimat hasil dari potong, potong dan potong tadi..hehe, macam iklan plak..

3) Wanita atau gadis duduklah dengan famili – Kalau entri lepas, lelaki lebih sesuai berdikari dan duduk berasingan dengan keluarga, tapi berlawanan dengan wanita atau gadis, dari pandangan aku yang amat jelas sekali ni, gadis-gadis ni duduklah dengan famili korang, sebab hidup korang lebih terjamin dan terjaga dari perkara-perkara yang tak di ingini. Contoh perkara yang tak di ingini tu korang try lah selak surat khabar, sejak dua menjak ni banyak sangat kes, kalau korang tak faham jugak, meh aku korek mata korang…huhu

Orang tua pernah berkata, mereka lebih awal makan garam dari korang, maknanya bila korang duduk dengan famili korang dan terasa terkongkong oleh famili korang, itu bermakna diorang nak jaga korang baik-baik sampai korang berjumpa dengan bakal suami.

KEKURANGANYA

1) Wekk, duduk bawah ketiak mak – Selalunya lelaki yang masih duduk dengan keluarga pasti ada yang cakap macam ni, tapi korang kenalah tebalkan telinga dan terima hakikat yang korang sebenarnya memang anak mak..haha.. Korang memang tak dapat larikan diri walaupun korang ada rancangan untuk melarikan diri dari rumah lebih-lebih lagi korang tu anak tunggal atau hanya dua beradik saja, jadi mungkin famili korang tak benarkan korang berjauhan dengan mereka sebab takut jadi apa-apa dekat korang, so, nak tak nak, kenalah duduk dengan dorang.

2) Mana kebebasan korang!!! - Korang kena terima hakikatlah yang korang tu duduk dengan famili, so you’re not boss, so korang kena terikat dengan peraturan dekat rumah. Mungkin korang boleh keluar bila-bila, tapi korang kena sampai rumah before 10 malam atau 11 malam, sebab kalau balik lepas  tu, pintu pagar akan di mangga dan pintu masuk akan di kunci. Kalau korang adalah gadis, mungkin peraturan dia lebih ketat, tapi kalau korang laki-laki mungkin peraturan dia kurang sikit, sebab korang pandai jaga diri sendiri.

Mungkin dulu kalau korang duduk asrama dan bila tiba masa balik wajib korang dilayan istimewa sikit, tapi sekarang korang dah duduk 24/7 dekat rumah famili, so mesti ada je yang tak kena, korang mungkin tak dapat menegakkan benang yang basah, korang terpaksa akur dengan keputusan keluarga, yela kau tu menumpang!!!…kikikik..

3) Melayan tetamu – Sedar tak sedar sebenarnya korang duduk dekat kawasan yang banyak jiran-jiran yang peramah lagi baik hati, dorang mesti rajin datang memanggil untuk datang kenduri atau datang menyinggah untuk bertanya khabar dengan mak korang atau bapak korang. Ambil contoh diri akulah, sebelum aku duduk berasingan ni, aku selalu buat kerja anak dara, buat air, sediakan hidangan dan melayan tetamu, kalau setakat melayan tu boleh layan lagi, tapi bab siapkan hidangan lebih baik serahkan pada adik aku yang perempuan tu. Tapi aku tau, aku je yang boleh harap dalam rumah tu, sebab yang lain tak ada..huhu

Korang juga perlu baca Rumah Sewa atau Rumah Famili? Part 1

Banyak pro dan con duduk rumah sewa atau rumah famili, tu bergantung pada pengalaman dan situasi korang, mungkin banyak yang boleh ditambah dari masa ke masa, kalau korang ada pengalaman atau cerita pasal rumah sewa atau rumah famili mari lah kita sama-sama kongsi…hehehe

p/s: kalau ada isi yang nak ditambah, seminggu lepas blog post ni published pun boleh update..hehe

Baca juga ini:

  1. Rumah Sewa atau Rumah Famili? Part 1

Tags:

8 Responses to Rumah Sewa atau Rumah Famili? Part 2

  1. [...] Korang boleh terus baca Rumah Sewa atau Rumah Famili? Part 2 [...]

  2. Azizuan on 19 May 2010 at 5:12 pm

    dok umah bujang la best sikit..ada member nak karate selalu..haha

    • rashidraito on 19 May 2010 at 5:14 pm

      Haha…kalau dok ngan famili karate adik la…pastu dia nangis…haha

  3. suri on 20 May 2010 at 8:46 am

    salam kawan..
    benar akan kata sahabat tu..
    dulu masa suri dok uamh sewa kami mmg ada tetapkan peraturan.salah satunya jika ada antara kami nak klr kemana pun pastikan balik umah sblum jam 10mlm..

    alhamdulilah smeua jln dgn baik.smua ikut peraturan tsbut..

    • rashidraito on 20 May 2010 at 12:25 pm

      yang paling penting semua bertimbang rasa, yela, duduk bersama-sama dengan kawan-kawan, lagi pun gadis kan, nanti apa orang kate…hehe..tak manis..

      • suri on 22 May 2010 at 1:22 am

        dok umah jiran tertangga kena berada sikit..dan bljar menghormati org di sekeliling perumahan kita..hehehe

        • rashidraito on 22 May 2010 at 1:26 am

          Ermmm, betul tu…kalau tempat saye, jiran tertangga tak kisah kalau nak parking kat depan rumah dorang, janji dorang nak keluar senang…senang kalau kita pun jenis yang bertolak ansur…hmhmmm

  4. ayie on 23 January 2012 at 9:32 pm

    ak lg ske duk umah sewa bebas nk wat ape xde spe larang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*


CommentLuv badge