Subscribe to RSS Feed

Salam semua..salam hari ahad dan selamat sejahtera..Ok, pe kate kite layan dulu la lagu Sang Mantan Dari Nidji okeh..

Nidji-Sang Mantan

Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.

dan ini untuk korang follow

dulu aku kau puja
dulu aku kau sayang
dulu aku sang juara
yang selalu engkau cinta
kini roda telah berputar

kini aku kau hina
kini aku kau buang
jauh dari hidupmu
kini aku sengsara
roda memang telah berputar

mana janji manismu
mencintaiku sampai mati
kini engkau pun pergi
saat ku terpuruk sendiri

akulah sang mantan
akulah sang mantan

sakit teriris sepi
ketika cinta telah pergi

akulah sang mantan
akulah sang mantan

mana janji manismu
setia sampai aku mati
kini engkau pun pergi
saat ku jatuh dan sendiri

mana janji manismu
mencintaiku sampai mati
kini engkau pun pergi
saat ku terpuruk sendiri

akulah sang mantan
akulah sang mantan
akulah sang mantan
akulah sang mantan

mana janji-janjimu

Hehe, layan sey..hehe, tapi bukan yang aku nak ketengahkan..Lagu ni boleh la mewakili hati Juara Raja Lawak musim ke-2 iaitu Nabil..Eh?nape plak..kan sekarang die tengah tunggu surat saman sampai kerumah..Tak tau cite ke, aritu die ade keluarkan kenyataan tentang filem lakonan die sendiri, die kate filem tu itu ini, hanya menggunakan tag-line die, tapi cite ntah ape-ape..Banyak lagi die tak puas hati ngan cerita tuh..Korang dah pergi tengok ker, Lu Pikirlah Sendiri de Movie tajuknye, ade sesetengah tempat kat cerita nih ade kelemahan, karakter yang cube di ketengahkan tak detail, dan dialog macam pelakon kene wat sendiri. Pelakon bukan main hebat, abang Amy Search, Faizal Tahir tapi tu hanyala hiasan sahaje. Tapi itu bukan saje jadi masalah kepada pihak penerbit untuk menyaman Nabil, tapi disebabkan Nabil tak join untuk promosi filem ni bersama. Ape nak jadi nasib si Ahmad Nabil Ahmad yang juga Bintang porpular 2008 nih.

Yang ni adalah keratan akhbar Utusan Malaysia yang aku amik dari Utusan Malaysia Online

TAK habis-habis lagi. Ingatkan bila sudah meminta maaf atas keterlanjuran kata, isu yang melibatkan juara Raja Lawak musim kedua ini berakhir. Rupa-rupanya dia tetap disaman dek kerana kelancangan mulutnya mengkritik filem sendiri.

Walaupun sudah mencapai kutipan RM2 juta lebih pada minggu lalu, Nabil tetap disaman oleh syarikat yang menerbitkan filem Lu Pikirlah Sendiri de Movie, SDAF Pitcures (M) Sdn. Bhd. baru-baru ini.

Masih terkejut dengan tindakan pihak syarikat tersebut, Nabil ketika ditemubual pada Khamis lalu mengesahkan, dia belum menerima sebarang notis saman seperti mana yang dilaporkan media sebelum ini.

Walau apapun, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata naik mahkamah.

Bagi Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad, 27 tahun, dia sedikit terkejut dengan tindakan syarikat tersebut yang bertindak mengambil tindakan undang-undang terhadapnya walaupun filem itu tidak mengalami kerugian.

“Tak boleh nak komen lebih-lebih. Surat saman pun saya belum terima. Tak tahu apa yang terkandung dalam surat saman tersebut. Lagipun peguam sudah menasihati saya supaya tidak mengeluarkan kenyataan kepada media.

“Tapi masalahnya saya sendiri tak tahu nak cakap apa. Kena saman RM2 juta. Dalam akaun saya tak ada duit sebanyak itu pun.

“Saya tak kisah jika kenyataan saya sebelum ini membuatkan filem itu rugi. Tapi masalahnya filem itu untung dan kenapa nak saman lagi?

“Kalau tanya peribadinya, saya melihat isu ini bukan sesuatu yang serius. Ini hal remeh-temeh dan terlalu subjektif untuk diperkatakan. Kalau nak kira memang tak masuk akal.

“Tapi apa boleh buat. Dah itu keputusan mereka, saya tunggu sahajalah,” jelasnya kepada Pancaindera.

Jika disorot kembali laporan akhbar yang dibuat oleh Aminah sebelum ini dia turut menyatakan Nabil gagal menghadiri promosi filem pertamanya walaupun memahami jadual kerja pelakon itu yang padat.

Aminah dilaporkan berkata dia tidak meminta Nabil datang kesemua lokasi promosi tetapi cukup sekadar dia datang tunjuk muka sahaja. Jelasnya lagi Pengarah Pengurusan SDAF banyak kali menghubungi Nabil dan pengurusnya tetapi hampa.

Ketika ditanyakan kepada Nabil, dia memberitahu jadual kerjanya untuk tahun ini memang terlalu padat namun itu mengapa tidak ada ruang perbincangan yang diminta oleh pihak pengurusan sebelum mengeluarkan dakwaan itu.

Dirancang”Kalau diikutkan filem ini sepatutnya siap pada tahun 2009. Jadi saya sudah menyusun jadual untuk promosi filem ini pada tahun 2009 sedangkan jadual tahun 2010 sudahpun dirancang sejak awal lagi.

“Tapi bila filem ini tergendala sehingga 2010 macam mana saya nak masukkan ke dalam jadual tahun ini sedangkan banyak aktiviti lain yang telah dirancang sejak tahun lepas lagi?

“Memang ada perbincangan mengenai perkara itu. Saya sedar saya tak ada kontrak hitam putih apa yang telah dipersetujui antara saya dan mereka. Apa yang boleh saya buat?,” jelasnya.

Dalam nada yang kecewa, Nabil tidak dapat menyembunyikan perasaan kecewa apabila setiap butir perkataan yang keluar dari mulutnya langsung tidak diendahkan pihak berkenaan.

“Siapalah saya? Orang macam saya ni kalau bercakap tak pernah betul. Hanya ‘raja lawak’ yang orang tak pedulikan, mereka tak endah.

“Sebelum ini pun saya dah keluarkan kenyataan dalam akhbar yang saya memohon maaf. Rasanya saya dah buat apa yang patut saya lakukan.

“Tapi selepas meminta maaf dalam akhbar, mereka tetap nak saman saya. Apa yang saya kesalkan kenapa saya orang yang terakhir tahu saya disaman? Mereka mengeluarkan kenyataan di media massa kata mahu menyaman saya sedangkan saya tak tahu menahu.

“Ini yang dinamakan profesional? Kenapa tak panggil atau telefon saya berbincang dahulu. Bagi tahu apa yang patut saya lakukan. Mungkin nak kerja senang kot.

“Saya juga tak mahu cakap lebih-lebih. Surat saman tak sampai tapi dah heboh keluar surat khabar. Saya juga tak mahu memburukkan lagi keadaan,” katanya.

Rezeki di tangan Tuhan. Nabil tidak menganggap ini merupakan titik akhir kepada karier seninya memandangkan banyak lagi perancangan lain yang sudahpun diatur sepanjang tahun 2010.

Bagi anak kelahiran Negeri Sembilan ini, tidak ada istilah serik dalam dirinya tetapi apa yang telah berlaku benar-benar membuat dirinya berhati-hati dalam setiap langkah.

Enggan menyalahkan mana-mana pihak, Nabil yakin peminat yang menyokong kerjaya seninya selama ini dapat menilai apa yang terjadi kepada dirinya dan tidak berterusan menyalahkan dirinya.

“Semua orang boleh berfikir apa yang baik dan buruk. Saya tak rasa kes ini akan menyebabkan peminat saya lari. Saya cari makan dalam bidang ini. Ini punca rezeki saya. Apa pun yang terjadi saya tetap teruskan karier yang saya bina,” katanya lagi.

Huhu, panjangkan..Nak buat mcam mane, wartawan Utusan Malaysia hebat mengolah..Okeh, bagi aku, Nabil tak berniat nak kutuk cerita sendiri, tapi berkemungkinan

  1. die rase dieksploitasi dengan menggunakan tag-line die untuk melariskan cerita yang telah pun mendapat keuntungan RM2 juta, di dalam hati die mesti ade kekecewaan yang amatlah besar.
  2. Mengikut kenyataan die di akhbar lain, die bukan tak nak datang untuk mempromosikan filem itu, tetapi sibuk dengan rancangan Ewah-Ewah dan Studio Nabil, dan ini pun pihak produksi telah sedia maklum.
  3. Kalau die nak kutuk pun cerita sendiri, die memang ade hak, tapi bukan hak sebagai pelakon, tetapi hak seorang penonton, die pun penonton cerita sendiri ape.
  4. kalau pihak produksi tak guna tag-line mungkin bende saman-menyaman ni tak jadi, buatlah tajuk lain, kalau pengarah Ahmad Idham ke mungkin cerite ni lebih baik dan bagus.

Kata-kata akhir dari aku, bende da jadi bubur, tapi bubur pun still boleh makan, cume sekarang harap bende remeh ni dapat selesai tanpa saman dikenakan ke atas Nabil-favorite aku tu, dan Nabil menang kat makamah..Pape pun, Kite Pikirlah sesame..

No related posts.

Tags: , , , , , , , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*


CommentLuv badge