Subscribe to RSS Feed

Assalamu’alaikum, bersyukur kita kerana diberi peluang untuk hidup lagi pada hari ini…

Semalam bertarikh 16 Mei 2010, adalah Hari Guru, yang mana jatuh hari ahad. Selalunya hari guru tak cuti, tapi sebabkan tahun ni jatuh pada hari ahad, dapat la cuti, kecuali negeri yang bersekolah pada ari ahad..hehe.. Setiap tahun, sejak adanya hari guru ni, guru atau cikgu mesti dapat something dari anak muridnya, paling kurang pun dapat ucapan hari guru atau ucapan panjang umur. Lain pulak kalau anak murid kesayangan, mesti dapat bunga, coklat, pen atau pun kad..huhu, sungguh guru itu dihargai walaupun bukan pada hari guru saja.

Sambutan hari guru selalunya akan di buat secara meriah, makna kata disambut sehingga peringkat negeri. Ini menunjukan bahawa ‘Guru’ itu perlu di disanjungi kerana dari seorang guru lahirlah seorang perdana menteri, dari seorang guru, lahirlah raja yang bertakhta, dari seorang guru, lahirlah seorang presiden sebuah negara, sebuah sajak dari sasterawan negara Usman Awang, bertajuk Guru oh Guru yang penuh tersirat makna mendalam mengenai pengorbanan seorang guru yang melahirkan seorang insan berjaya. SELAMAT HARI GURU!!!

DULU LAIN SEKARANG LAIN

Bercakap mengenai peredaran zaman memang seronok, lebih-lebih lagi mengenai zaman sekolah. Baik guru atau murid, kalau nak dibandingkan 10 tahun atau 20 tahun lepas, banyak perbezaan yang boleh kita lihat secara amnya.

KALAU DULU

Cikgu Bahasa Melayu mungkin cikgu Matematik, makna kata murid-murid berkebarangkalian untuk berjumpa dengan cikgu yang sama pada satu hari. Masa zaman aku sekolah rendah, cikgu dekat kawasan kampung memang tak ramai, dalam 8 ke 9 orang, termasuk cikgu praktikal(tu pun kalau musim LI, hehehe) dan termasuk juga guru besar. Jumlah murid mencecah 150 hingga 180. Kalau satu sekolah ada enam kelas, darjah satu sampai 6, maknanya satu kelas ada 25 hingga 30 orang murid secara puratanya. Jadi, untuk memenuhi keperluan silabus Kementerian Pelajaran, cikgu yang multiskill, boleh mengajar dua subjek untuk kelas yang sama. Zaman sekolah aku dulu, cikgu bahasa melayu aku adalah perempuan, amatlah garang, tegas dan pelik. Memang takut nak jumpa muka dia dua kali dalam satu hari, kalau masa Bahasa Melayu tak cukup, dia akan guna masa Matematik, cukup menggerunkan…huuu..

Kalau sekarang banyak sangat kes budak lari dari sekolah, sampai kita kata ‘Alah biasalah tu’. Masa sekolah dulu, kes macam ni boleh kata satu dalam seribu, sebab apa, mak ayah akan cari anak dorang yang ponteng  atau lari dan ‘hadiahkan’ dengan ‘roti panjang’, macam tu sekali. Kalau dulu masalah lari dari sekolah ni berlaku sekiranya anak-anak ingin membantu keluarga dan kerja di tempat lain atau masalah buli yang masih berleluasa dulu-dulu. Masalah lari dari sekolah disebabkan cikgu garang atau kena rotan, boleh di katakan ‘zero’, jangan katakan nak ngadu dengan mak ayah, nak merajuk pun takut. Rotan atau makian adalah salah satu resepi kejayaan orang yang berjaya, sedangkan Tun Dr Mahathir pun pernah di piat telinga oleh cikgunya, ayah Tun pun cikgu masa dekat sekolah, nak ngadu dekat sapa?..hehe

Kalau ikut pengalaman masing-masing yang pernah lalui zaman-zaman hingusan ini, memang seronok untuk diceritakan kat anak-anak dan cucu-cucu.

KALAU SEKARANG

Setiap sekolah mempunyai guru yang mencukupi, siap boleh buat lebih dari satu kelas, siap dengan nama, Anggerik, MawarPluto, Uranus,Marikh…menarik bukan sekolah sekarang?hehe..Tapi kadang-kadang murid yang tercicir atau kurang cemerlang akan di tempatkan di kelas ‘hujung’, contohnya kelas Pluto..hehe..Dekat sini berlakunya perbezaan kedudukan atau kesamarataan dalam sistem pendidikan negara kita. Tapi secara jelasnya, yang cemerlang perlu di titik beratkan dan yang kurang cemerlang perlu diperbaiki.

Guru-guru baru akan ditempatkan di kawasan pendalaman seperti kebanyakan kawasan kampung di Sabah dan Sarawak. Ini seiring dengan konsep 1Malaysia yang tak asing lagi pada kita. Pendidikan menyeluruh sehingga kekawasan pedalaman bagi membantu murid-murid kawasan pendalaman untuk catch-up ilmu pendidikan supaya tak tertinggal jauh. Tapi bagi guru-guru yang dah lama berkhidmat, sekurang-kurangnya 5 tahun(mungkin) boleh meminta pertukaran tempat mengajar, mungkin sekolah depan rumahnya sendiri atau lebih hampir rumah suami atau keluarga..hehe..

Murid-murid perlu dibelai dan disuap agar dapat keputusan yang boleh menaikan sekolah dan diri sendiri. Adakah membelai murid-murid lebih berkesan daripada memarahi mereka untuk memastikan mereka menyiapkan kerja rumah dan hadir ke sekolah setiap hari? Kalau soalan ini di tanya 10 atau 20 tahun lepas, jawapanya No No No,bak kata pepatah aku sendiri, lebih susah sesuatu itu kita lakukan, lebih mudah untuk kita mengingati. Tapi berlainan jika soalan itu di tanya pada zaman yang agak moden ini, jawapanya Ya Ya dan Yeah!!! Kalau di rotan dia mengadu, guru yang susah, kalau dimarah selalu akan ponteng dan buat masalah diluar, sekolah akan malu. Tapi kalau di belai dan disuap akan pijak kepala guru dan tak berdikari. Mana satu pilihan anda jika anda seorang guru atau pendidik? Kedua-duanya tak nak.

TAK ADA DULU, TAK ADA SEKARANG

Akhir sekali, apa yang telah berlalu adalah sejarah dan apa yang akan atau bakal berlaku adalah masa depan. Sejarah mengajar kita agar lebih matang dalam membuat keputusan dalam membentuk masa depan yang lebih yakin dan berguna..hehe, bes pulak membebel..hehe..Kalau dulu cikgu marah tak bererti dia tak sayang murid-murid dia, kalau cikgu rotan bukan nak bermaksud nak menyakiti kita, tapi nak murid-murid dia belajar dari kesusahan untuk mengecapi kesenangan kelak. Rinduilah saat korang bersama cikgu-cikgu korang. Al-fatihah sekiranya ada yang telah pergi dulu, tanpa sempat melihat kejayaan kita..SELAMAT HARI GURU

p/s: Tapi kalau boleh masa di putarkan, aku akan putarkan kehadapan hingga ke zaman sekarang, kerana sistem pendidikan sekarang lebih luas dan bebas, cuma kebebasan itu disalah erti oleh murid-murid sekarang..SELAMAT HARI GURU

Baca juga ini:

  1. (News) Dulu Wi-fi, sekarang Unifi. HSBB oleh TM berhad.

Tags:

4 Responses to Selamat Hari Guru. Dulu Lain Sekarang Lain.

  1. Amir on 18 May 2010 at 6:48 pm

    aku x suka sistem pendidikan kt malaysia, skg ni mcm2 title ada sekolah kluster, sekolah berprestasi tinggi yg aku nampak mcm mendiskriminasi sekolah lain. ye la alih2 yg dpt MCKK, STF, TKC, SDAR… xde plak sekolah2 biasa mcm SMK Seri Cempaka ke, SMK Hulu Terengganu ke.. kan. mcm x fair.

    • rashidraito on 18 May 2010 at 7:25 pm

      Tu lah…setiap sekolah sekarang bersaing naikan prestasi students…so dapat la title2 tu…harap-harap yang dikejar tak lari, yang di kendong berciciran…

  2. suri on 20 May 2010 at 8:33 am

    saam hari guru..
    dulu kalu dpt markah :razz: bawah 80 sure kena rotan panjang huhu..

    tanpa guru mungkin kita tak mgnal 123,abc,-=+%$ kan..hhuhu.. :mrgreen:

    tertarik dengan
    “kadang-kadang murid yang tercicir atau kurang cemerlang akan di tempatkan di kelas ‘hujung’, contohnya kelas Pluto..hehe..Dekat sini berlakunya perbezaan kedudukan atau kesamarataan dalam sistem pendidikan negara kita. Tapi secara jelasnya, yang cemerlang perlu di titik beratkan dan yang kurang cemerlang perlu diperbaiki.”

    kasihan tgok budak2 yang lemah kelas ujung cam kurang di beri perhatian berbanding murid yang kelas sains acount..huhu :x

    • rashidraito on 20 May 2010 at 12:29 pm

      Tol…dorang tu bukan semuanya ‘hujung’ tapi kurang dapat perhatian, kalau yang agak baik sikit diletakan kat kelas baik-baik sikit, mungkin boleh meningkat naik kan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*


CommentLuv badge