Copyright © 2012 my name is rashid. All Rights Reserved by Snowblind
Hari minggu akhirnya tiba.. Hari sabtu aku hari ni bermula dengan bersenamrobik oleh cik kak yang aku dah lupa pulak nama dia..hehe..Seronok jugaklah senamrobik tadi, macam-macam lagu yang cik kak tu mainkan, sampai tak sedar peluh menitik.. Senamrobik dalam keadaan lapar sebenarnya taklah teruk sangat, sebab apa, kita boleh rasa NIKMAT makanan tu lepas penat bersenam.. Dan acara aku harini sebenarnya adalah perlawanan futsal antara empat group kursus yang aku sedang jalani. Hehe, untuk game pertama, kitorang kenalah sikit, 3-0..mungkin sebab badan tak panas, untuk game yang kedua kitorang menang tipis, 3-2, dan yang akhir sekali kitorang kenduri gol , 6-0.. Nama group tu rasanya tak perlu la nak aku nyatakan, dan yang paling penting, aku jadi penjaga gol jek..hehe
**UPDATE dibawah**

Cukuplah sikit kisah aku masa dekat kursus ni, sebenarnya ada acara yang lagi BESAR, iaitu, temuduga atau interview oleh syarikat-syarikat dari K.L dan Johor. Tapi sebelum ditemuduga, kami (yang menghadiri kursus ni) akan dilatih terlebih dahulu untuk menghadapi temuduga ni. Temuduga sangat penting, sebabnya, kalau kita ni tak berapa pandai sangan belajar pun, tapi kalau masa temuduga kita perform atau tip-top, insya’Allah mungkin dorang ambik kita sebagai pengurus terus, mana tau kan?..hehe..
So, aku just nak kongsi video pasal interview yang mana soalanya , Tell Me About Yourself
**UPDATED**
Tell Me About Yourself
Aku nak kongsi sedikit dengan apa yang dah aku belajar dari kursus dua minggu dekat UTM. Modul-modul yang diajar kepada kami semua menjurus kepada persiapan mentaliti dan personaliti seseorang untuk hadapi temuduga. Dekat sini aku akan kongsi serba ringkas, sebab nanti aku rasa nak buat entri macam mana nak buat persiapan mentaliti dan personaliti tuh.
Persiapan Mentaliti – Kita perlu yakin kepada diri sendiri dengan menyatakan yang kita bukanlah lemah dan kita adalah yang terbaik. Untuk melatih mentaliti yang mantap, kami diberi beberapa tugasan, contohnya karate pensel menggunakan jari, korang rasa boleh ke karate pensel dengan jari? Cubalah.. Bagi yang mempunyai mentaliti positif, sekali buat terus terbelah dua pensel tu..(cubalah, tak bahaya, cuma perlu yakin pada diri).
Persiapan Personaliti – Personaliti seseorang dinilai dari cara pemakaian, warna pakaian, cara pertuturan, cara berjalan dan pelbagai lagi. Semasa kursus, kami didedahkan dengan kesilapan yang sering dilakukan oleh mereka yang ingin ditemuduga. Sebagai latihan, kami perlu berlajar berjalan seperti super model, yakni meletakan buku dikepala dan berjalan. Memang remeh bagi sesetengah orang, tapi benda yang remeh ni yang memberi kta markah bonus bila menghadiri temuduga.
Mungkin kalau nak lebih banyak lagi contoh-contoh temuduga oleh mat-salleh ni, korang boleh “right-click” dan pilih “watch on youtube”.. Bila aku dah hebat bertemuduga, aku akan kongsikan tip-tip.. so, enjoy the video dan kalau ada apa-apa yang nak dikongsi bersama, boleh komen kat bawah keh..
p/s: teringin sangat nak kerja kat luar negara, nak sahut cabaran Miss Angela..
No related posts.


yeah.. i experience before.. “tell me about yourself” is such an easy request.. but hard to answer! lol..
anyway, nice video.. certainly helpful.. can prepare next time :)
ken´s last [type]..Guide to Ladies Mood with Bra Colours
really hard if not really prepared infront of mirror..haha..thanks ken..
even such a simple question but can be hard to describe bout it.. need to prepare 1st.. :)
MR.Z´s last [type]..Aku Masih Diberi Nafas
hehe…lepas aku join kursus nih..alhamdulillah aku dah boleh perform time interview…
salam kenal bro :)
wah! minat futsal gak rupanya yeah. Lu ngan Khairul Fahmie mana power bro?? huhu
Mat Pintu´s last [type]..siapa Khairul Fahmi Che Mat
Haha…Khairul Fahmi Apek tu ke…die power lagi la…sebab dapat tangkis penalti…hehe