Copyright © 2012 my name is rashid. All Rights Reserved by Snowblind
Dari UPSR ke PMR dan ke SPM mengambil masa lebih kurang 10 ke 11 tahun. Kalau aku sendiri, memang tak rasa masa berlalu, sebab hidup aku yang lepas banyak dihabiskan bermain, bermain dan bermain. Aku hanya menyedari pentingnya belajar bila tingkatan tiga, iaitu masa nak ambil PMR. Masa UPSR pulak, ayah aku sibuk tukarkan aku sekolah, sebab sekolah lama cikgu dia “tak bertanggungjawab” mendidik aku dengan sepatutnya, so darjah satu sampai darjah lima aku dekat sekolah lama, darjah enam aku pindah. Aku bersyukur subjek paling penting masa tu, matematik dan sains aku lulus dengan bergayanya, tapi english kantoi..kehkeh..
Tapi tu kisah lama, masa tu internet dekat Malaysia tak laju lagi, Malaysia tak semaju sekarang, rakyat dia tak membanggakan macam sekarang, dan budak-budak sekolah dulu tak sebijak sekarang. Aku tertarik nak buat artikel ni bila baca blog Ariffshah yang menyentuh pasal pemansuhan UPSR dan PMR, tapi itu pandangan dia, pandangan aku lain, sebab dia lagi agresif..haha..Tapi ada beberapa perkara yang aku setuju dengan Ariffshah, iaitu masa yang terpaksa dihabiskan atau dibazirkan untuk pelajar sekolah untuk ke universiti. Kalau dikira, kita mula sekolah seawal tujuh tahun, bermakna darjah satu, lima tahun lepas tu kita darjah enam, kalau dapat tawaran ke sekolah berasrama penuh(SBP) atau tak, kita kena tempuhi tingkatan satu hingga tingkatan lima, jadi total masa dalam tahun yang perlu kita hadapi adalah 11 tahun.
Tapi sejak 10 tahun kebelakangan ni, banyak berita mengenai kebijaksanaan pelajar itu, pelajar ini, 21 A dalam SPM, budak umur 4 tahun selesaikan persamaan algebra, jadi memang banyak perubahan ketara dalam dunia pendidikan. Tapi pendidikan disekolah perlu diteruskan oleh ibu bapa, abang kakak dan sanak saudara, guru hanya beri 5% dari ilmu, yang selebihnya datang dari pengalaman dan persekitaran.
Sudah Tiba Masa Untuk Mansuhkan UPSR dan PMR?
Dua peperiksaan ni dipercayai penentu masa depan pelajar yang baru nak mengenal dunia sebenar. Ada yang berpendapat jika dimansuhkan dua peperiksaan ni, pelajar akan lebih goyang kaki dan relaks, sebab tak ada apa yang nak dikejarkan dalam pelajaran disekolah. SPM??? Lambat lagi, aku baru berumur 13 tahun!!! Itu mungkin tanggapan pelajar yang tidak mendapat kasih sayang atau perhatian daripada ibu bapa mereka. Bagi aku, pemansuhan dua peperiksaan ni tak bermakna pelajar sekolah dah boleh relaks dan goyang kaki, mungkin dengan pemansuhan UPSR dan PMR, akan muncul satu lagi peperiksaan besar yang bakal menggantikan UPSR dan PMR.
Jika Aku Ada Kuasa Untuk Menggubal Sistem Pendidikan, Ini Akan Aku Buat.
Ini hanyalah pandangan aku sekiranya pemansuhan UPSR dan PMR telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia.
1.) Wujud satu peperiksaan besar yang menggantikan UPSR dan PMR. Peperiksaan itu diberinama UPPC atau Ujian Pencapaian Pelajar Cemerlang.
2.) UPPC tu akan diambil bila pelajar menduduki darjah enam atau berusia 12 tahun. Silabus pembelajaran dari darjah satu hingga darjah enam akan diubah beransur-ansur supaya tenaga pengajar dapat mengikut rentak perubahan.
3.) Pelajar yang cemerlang dalam UPPC boleh pergi ke sekolah berasrama penuh, SBP samada MRSM atau sekolah sains, atau mana-mana sekolah persendirian, yang mana tidak terpilih boleh sambung belajar disekolah lama. Manakala pelajar yang tidak berjaya kena mengulang UPPC, maksimum tempoh ulangan adalah dua tahun.
4.) Pada tingkatan satu, pelajar akan didedahkan dengan asas Fizik, Kimia, Biologi, Kejuruteraan dan lain-lain bidang yang boleh didaftar secara online.
5.) Pelajar tingkatan dua dan tiga akan menjalani pendidikan seperti tingkatan empat dan lima sekarang. Silabus akan diubah mengikut kesesuaian permintaan semasa.
6.) SPM,sijil pelajaran Malaysia akan diambil semasa pelajar tingkatan tiga, bermakna tiada lagi tingkatan empat dan lima semasa itu. Selepas SPM, pelajar akan ke kolej atau sambung keperingkat diploma atau sijil, bagi yang tidak berjaya SPM, boleh mengulang atau sambung belajar dikolej-kolej yang dia berminat, tapi boleh dapat ke kalau result teruk.
7.) Pemantauan akan dilakukan oleh jawatan kuasa yang dilantik untuk memastikan perubahan dapat diterima samada oleh ibu bapa, guru atau pelajar.
8.) Satu website akan dibangunkan untuk interaksi antara Kementerian Pendidikan dengan individu yang terlibat. Setiap ketidak puashatian boleh di emel ke alamat yang disediakan.
9.) Peluang yang diberikan oleh pelajar yang gagal UPPC selama dua tahun telah dikira dengan sebaiknya, jika pelajar mengambil pada usia 12 tahun, pelajar tersebut membuat ulangan sebanyak dua kali, bermakna dua tahun, pada kali ketiga pelajar itu mengambil UPPC, dia sudah berusia 14 tahun. Sekiranya pelajar itu sambung belajar ke tingkatan satu, dua dan tiga seperti yang saya cakapkan, dia akan mengambil SPM pada usia 17 tahun, bersamaan usia pelajar mengambil SPM sebelum pengubalan sistem pendidikan ini.
Moralnya.
Sistem pendidikan sekarang lebih tertumpu kepada peperiksaan atau ujian. Dan jangka masa yang lama untuk belajar akan membuatkan pelajar mulai bosan dan banyak gejala sosial akan muncul akibat kebosanan itu. Pelajar sekolah sekarang kurang kesedaran tentang kepentingan ilmu untuk masa depan, ramai yang salah faham bahawa belajar disekolah hanyalah untuk kerja di kemudian hari. Memang betul, tapi kepentingan ilmu lebih dari mendapatkan kerja, ilmu ini akan kita aplikasikan ke alam dewasa, ke alam berkeluarga dan pelbagai lagi. Jadi apa yang saya mengarut sebanyak 9 poin di atas adalah menekankan adalah soal masa dan ilmu, lagi awal kita dedahkan seseorang kanak-kanak itu kepada dunia luar, dia akan cepat belajar dan mudah untuk menetapkan impian dan matlamat.
Apa pendapat korang, walaupun aku meluahkan apa yang patut, tapi aku nak juga pendapat dari korang, sebab kita sama-sama bekas pelajar bukan??hehe
No related posts.


betul la! ramai yg belajar bukan sbb ilmunya tp sbb sijil utk kerja. sedih kan? impress dgn cadangan2 rashid. ade tokoh jadi pemimpin la. nice2!
tapi if nk realisasikan boleh tak tunggu lama sikit? kang orang tua masih belajar macam saya xsempat balik nk kerja diorg dh habes belajar dh. dengki lah! hahaha
Haha…tu la, perancangan kena gak beransur ansur, takut ada yang “terkejut beruk” atau cultural shock…haha
;-)
Saya setuju UPSR dan PMR di mansuhkan.. selaras dengan kemajuan negara dan perkembangan pelajar2 kita.. Lagipun, sudah terlalu lama kita menggunakan ujian ini – ianya tidak lagi benar2 diperlukan kerana hanya matapelajaran yang basic. Anak2 sekarang nie – 5 tahun dan reti membaca malah boleh bertutur bahasa english / mandarin dgn baik…
Point no 3 nieh rasa nya banyak negara luar dah mengunakan system ini.. Sedangkan nak masuk sekolah rendah pun ada ujian kemasukan… Dan jika tahun ulangan maxima masih gagal – pelajar akan di beri tugasan / ujian sokongan untuk menyapot ujian besar tadi.
and personally saya lebih suka begini.. pelajar akan lebih tumpukan perhatian pada pelajaran kerana ianya semakin advance~!
Malah pelajaran ‘pendidikan seni’ atau ‘pendidikan jasmani’ hanya 3 tahun pertama sekolah rendah di buat secara ringan… tahun 4 dan seterusnya lebih advance selari dengan mata pelajaran lain…
jadi pelajar akan dapat menentukan matlamat hidup and cita – cita… :) sambil memupuk minat… :o
(ehhh…~??? panjang nye komen gua yinniii :oops: dah boleh jadi entry dah… hahahah~!! :oops: sorry sorry..)
Thanks komen yang panjang ni…kalau nak ajar budak-budak rasa kesusahan biarlah dari kecil, kalau dari kecil asyik relaks je dan tak ada matlamat jelas, mudah hanyut dan tak ada motivasi…
huhu..klu nak mansuhkan upsr dan pmr blh juga seba ia akan membuatkan seseorang itu akan lebih fokus pada satu matapelajaran. klu terllu byk exam pun pasti pljar boringkan..tu ynag ada jwb exam sambil lewa..huhu..
Betul, kalau ada banyak Exam besar ni, motivasi pelajar akan turun naik, mungkin dengan pemansuhan ni dapat memberi satu anjakan paradigma kepada rakyat Malaysia, pelajar khususnya..
Tak boleh nak kata apa. Sekolah rendah sekarang pun dah susah, pening aku tengok adik-adik aku.
RozaniGhani´s last [type]..Cara Buat 2 Kolum Palsu Dalam 1 Sidebar
sgt stuju en rashid :!:
tp sy tak pasti masa yg sesuai utk rakyat kite trima semua perubahan tu..maklumlah..people always resist to change.. :sad:
elok jgk mansuh..x kn g kelas tambahan r tusiyen siang mlm semata2 nk exam.penat otak bdk..
azizan4444´s last [type]..Selamat Hari Jadi ; 1K Hadiah Daripada Nuffnang
benar tu..rasanay cam nak lari dri uamh jer kan..tapi pkir balik sb kita untung dapt bljar tinggi..sampi habis sekolah rendah dan menengah. cuba kita tgok kluarga yg sush..mana ada anak mrka sekolah..mrka tpksa bhnti sekolah sb tak der duit..huhu..sdh..
deritanya tgok anak2 kecil membawa buku di bahu belakang mereka..ditangan..di dalam beg kertas lagi..huhu..
Aku rasakan bahawa ada keburukan yang agak ketara iaitu budak2 memang akan jadik malas nak membaca dan mengulangkaji sebab “prekse lmbat lagi” dan “buat aper nak struggle?”. Sebab diorang punya mindset “aku prekse kerana nak cemerlang”. Mereka tak mindsetkan diri mereka “aku belajar kerana nak tolong agama, bangsa, negara”.
Frantz-Senpai´s last [type]..Linux is Sexy! and the Hypothesis
Pemansuhan UPSR dan PMR memang ada pro dan kontra. Pihak kementerian wajar ambil kira suara semua pandangan. Cuma bila memikirkan nasib anak2 sekarang, mereka diibaratkan macam ‘bahan ujikaji’. :roll: Tapi bagus juga cadangan Rashid tu. Apa pun, keberkesanan sesuatu usul bergantung kpd kaedah perlaksanaan. Nasib masa depan anak2 bangsa bukan untuk diperjudikan. :cool:
sesuatu harus di perbaiki..rombak semula..hehee :lol: