Subscribe to RSS Feed

Syamsul YusofYup, untuk kutipan terkini, KL Gangster dah melepasi RM11 juta, dan mungkin boleh mencapai RM12 juta, 13juta atau lebih, memandangkan tempoh tayanganya yang masih panjang. So apa lagi, mana yang dah tengok berkali-kali, aku sarankan beli saja DVD atau CD KL Gangster ni, boleh jugak tengok berkali-kali, tapi pastikan yang asli lagi tulen, kalau boleh cover DVD atau CD tu buat profile facebook, bangga sey kalau orang tengok, silap-silap Syamsul Yusof  add korang..ekekeke..

Kalau nak story kat korang pasal jalan cerita ni tak best la, tapi pro dan konsnya korang boleh baca previous post aku.

Serius KL Gangster memang gangster habis!!!

Tahniah Kutipan RM11juta untuk KL Gangster tu bah!!!

Tamat sudah pasal KL Gangster ni, tapi dengar nak kua KL Gangster 2, macam mana la jalan cerita die nanti..eh, sudah sudah..hehe

Well, 17hb Jun lepas aku telah berangkat ke Sabah, atau lebih tepat lagi ke Kota Kinabalu. Ini adalah pengalaman aku pertama kali naik kapal terbang, selalu naik kapal laut jek.  Apa yang aku nak katakan, terasa kecil sangat bila kat atas dan bila aku lihat ke bawah, besar sungguh kejadian Tuhan ini.

Firefly flight viewWaktu berangkat adalah 6:30am, so matahari pagi tu cukup cantik dan awan pun banyak, so memang cantik dan subhanallah. Apa apa pun, 2jam 15minit jugaklah nak smpai destinasi iaitu Lapangan Terbang Kota Kinabalu tu.

Aktiviti ni bukan aku yang aturkan, ada la kawan yang aturkan, tapi yang penting, aku bayar RM500, cukup untuk tempat tinggal(hotel), makan-makan dan jamuan hari akhir.

Pada hari pertama sampai KK tu, kitorang tak banyak buat aktiviti, cuma lawat pangkalan TLDM. Waktu petangnya kitorang lepak kat hotel, sebab masa cepat saje berlalu. Waktu malam dekat KK ni tak banyak beza waktu malam kat Johor Bahru, kedai makan, kedai cendera hati, kedai urut memang banyaklah kat sini..hehe.. Apa apa pun, kat sini kalau tak ada duit mungkin susah jugak, bukan apa, memang rambang mata nak beli barang dan makanan, peniaga dan orang kat Sabah memang peramah, mudah senyum dan orang kata friendly lah. Tapi ramah-ramah dorang tu, kena gak hati-hati, salah satu sebabnya, kat sini banyak yang tak baik gak, macam mengurut, barang-barang tiruan dan lain-lain.

Hari sabtu bersamaan 18hb jun plak, kitorang berangkat ke Gunung Kinabalu, perjalanan dari KK ke tapak permulaan GK tu ambil masa 1jam lebih, bergantung pada trafik.

Bayaran Masuk, Entrance fee for Gunung KinabaluGambar di atas ni adalah harga untuk mereka-merak yang nak jejak kaki kat GK. Ini cuma harga nak masuk ke GK tu, kalau mendaki Gunung Kinabalu ni, ada yang kata kena bayar dalam RM300++ la, tapi masuk saje untuk amik gambar dekat kaki gunung tak jadi masalah. Pendakian untuk ke kaki GK mengambil masa sejam lebih, sebab jalan dia memang mendaki saja, tapi yang mana malas atau datang dengan group yang besar, bas persiaran disediakan. Dalam perjalanan ke kaki GK tu, korang akan jumpa perhentian untuk berehat, dan boleh capture gambar permandangan.

Timpohon ViewNi permandangna yang korang boleh lihat semasa berada di perhentian Timpohon View. Lepas puas bergambar sakan atau berehat, boleh teruskan perjalanan ke kaki GK. Nak dipendekan cerita, dari Timpohon View ke kaki GK tu ambil masa lebih kurang 45minit, itupun kalau tak berhenti-henti jalan.. hehe.

Akhir sekali inilah perhentian kat kaki GK tu. Kalau korang nak mendaki, korang kena ada pas masuk dan kena melalui pintu pagar dekan Pondok Timpohon ni. Walaupun aku dan kawan-kawan tak naik sampai atas, tapi bersyukurlah dapat sampai sini berjalan kaki, tapi masa aku naik ni pun, ada jugak orang luar buat aktiviti, dan diaorang naik bas berbanding kitorang yang berjalan kaki.

Ini adalah salah satu puncak dekat GK. Tak dapat naik tapi dapat ambil gambar pun jadilah..hehe

Percutian kami sebenarnya sampai isnin 20jun, tapi aku cuma berminat nak kongsi dengan korang aktiviti panjat GK, aktiviti lain banyak membeli-belah saja..haha..Mana-mana yang nak beli cenderahati atauhadiah, kat pekan Kota Kinabalu ni memang banyak pilihan, cuma jadi masalah bila rambang mata nak pilih, dari kraf tangan, makanan mentah, keropok dan buah-buahan.

Akhir sekali, kalau yang belum pernah ke KK, boleh lah cuba, kalau nak murah itu ini, buat secara online ok.

p/s: akibat banyak makan seafood, badah aku lemah dan keletihan, jadi korang pun jangan makan banyak sangan seafood, nanti gaut..hehe

Baca juga ini:

  1. Serius KL Gangster memang gangster habis!!!

Tags: , , , ,

4 Responses to Tahniah Kutipan RM11juta untuk KL Gangster tu bah!!!

  1. softlogger.com on 10 July 2011 at 8:56 pm

    Yeah..tahniah..dan nantikan kemunculan KL Gangster 2!

  2. kerja kosong on 12 August 2011 at 11:52 pm

    Menarik gak ceritanya cuma agak sedikit ganas la…

  3. iridz on 30 December 2011 at 12:00 am

    harap dapat buat rekod lagi…byk filem skop prod yg box office.

  4. obat tradisional alami on 17 February 2012 at 8:44 pm

    keren banget nihhhh…mantap.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*


CommentLuv badge