Copyright © 2012 my name is rashid. All Rights Reserved by Snowblind
Tarikh yang telah dipersetujui adalah 8 September 2010, jadi malam pada tarikh tu kita akan tau sama ada kita akan menyambut Syawal pada hari Khamis atau hari Jumaat. Mengikut tahun-tahun lepas, kita akan menyambut dua hari dari tarikh melihat anak bulan Syawal tu, tapi kita tunggu je la tahun ni macam mana. So tempat-tempat yang dipilih untuk melihat anak bulan Syawal seperti dibawah:
Tempat melihat anak bulan adalah Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara (Melaka); Teluk Kemang, Port Dickson (Negeri Sembilan); Bukit Melawati, Kuala Selangor (Selangor); Pulau Angsa (Selangor); Bukit Jugra (Selangor), Pantai Pasir Panjang (Perak); Pantai Aceh (Pulau Pinang); Kampung Pulau Sayak (Kedah); Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah); Menara Alor Setar (Kedah).
Selain itu, Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu); Bukit Kemuning (Terengganu); Pulau Perhentian (Terengganu); Balai Cerap KUSZA, Bukit Peraksi, Pasir Puteh (Kelantan); Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai (Kelantan); Menara Bangunan SEDC, Kota Baharu (Kelantan).
Turut terbabit Tanjung Lubang, Miri (Sarawak); Teluk Bandung, Kuching (Sarawak), Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak); Balai Cerap Al-Biruni, Putatan, Sabah; Bukit Tanjung Batu, Nenasi (Pahang); Gunung Berincang, Cameron Highlands (Pahang); Bukit Pelindung, Kuantan (Pahang).
Menara Universiti Malaysia Sabah (Labuan); Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur); Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis). – Bernama
Sekiranya tak nampak anak bulan pada tarikh yang ditetapkan, bermakna kita puasa satu hari lagi, tapi sekiranya ada anak bulan Syawal, makan esoknya adalah 1 Syawal dan kita menyambut Hari Raya Aidil Fitri.


dah nak raya dah
P/S : Review Film : Step Up 3D Memang Gempak! Kalau Boleh Nak Tengok Lagi 4 Kali!
belum lagi, tapi beberapa hari je lagi tu…hehe
tak sabar nak raya juga ni :smile:
Ok bro…beberapa hari je lagi tu..
:razz: cepatnya masa berlalu tut tut dah nak raya apapun selamat hari raya buat semua penganut islam di seluruh dunia.