Subscribe to RSS Feed

gambar tun dan isteriPertama sekali aku bersyukur aku bangun tak ada berita kurang baik diterima pagi ini mengenai Tun Dr Mahathir yang dimasukkan ke dalam wad. Tun Mahathir yang dijemput untuk membuat ucapan pada seminar mengenai pembangunan manusia anjuran Kelab UMNO Melbourne di Universiti Melbourne semalam. Walaupun bekas Perdana Menteri Malaysia ni  sudah berusia 85 tahun tapi beliau masih kuat untuk kebaikan Parti UMNO.

Ini ada sedikit berita tentang beliau yang dikhabarkan telah stabil, alhamdulillah:

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, 85, dimasukkan ke Hospital Epworth, Melbourne, Australia semalam selepas mengalami jangkitan kuman pada saluran pernafasan.

Beliau yang menghidap selesema dan batuk dimasukkan ke hospital itu pukul 9 pagi (pukul 6 pagi waktu Malaysia) dan kini dilaporkan stabil.

Pegawai Khas Dr. Mahathir, Sufi Yusof berkata, bekas Perdana Menteri itu kini menerima rawatan antibiotik serta menjalani fisioterapi di hospital berkenaan.

Menurutnya, doktor hospital itu berpendapat Dr. Mahathir perlu berada di wad untuk beberapa hari bagi tujuan pemantauan kesihatan.

“Tun Mahathir telah dinasihatkan untuk berehat dalam masa beberapa hari ini,” ujarnya melalui kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Kosmo! Ahad di sini semalam.

Semasa di wad, Tun ditemani oleh isteri yang tercinta. Insya’Allah semua dalam keadaan baik, kita semua doakan Tun cepat sihat, mungkin yang di luar sana ada bermusuhan dengan Tun, lupakanlah seketika sengketa, kita manusia biasa, sampai masa akan tiba gilirang kita..

Baca juga ini:

  1. (WC) Portugal Juara Piala Dunia 2010, Tak Caya Sudah.
  2. Rakyat Malaysia Masih Boleh Ke Indonesia.

Tags: , , ,

24 Responses to Tun Mahathir Sudah Stabil.

  1. afiq aiman on 3 October 2010 at 6:46 pm

    alhamdulillah…moga cepat sembuh ye Tun
    afiq aiman´s last [type]..Macam Mana Nak Manfaatkan Twitter

    • rashid on 3 October 2010 at 7:56 pm

      Walaupun Tun Doktor, tapi tetap tak dapat lari dari sakit,..moga cepat lah sembuh…

  2. ProfHariz on 3 October 2010 at 7:00 pm

    Alhamdullilah dah stabil.. Harap2 terus begitulah kan
    ProfHariz´s last [type]..Siapa Maher Zain

    • rashid on 3 October 2010 at 7:46 pm

      Sama-sama la kita doakan…Moga Tun dapat sambung usaha beliau untuk memajukan negara Malaysia..

  3. Bro Framestone on 3 October 2010 at 11:56 pm

    alhamdulillah
    Bro Framestone´s last [type]..Perlukah Ujian Dara Untuk Masuk Ke Sekolah Kerajaan

  4. AyieBlog on 4 October 2010 at 1:28 am

    Assalamualaikum,i like tun cara beliau berpikir and negara asing takut dengan tun,semuga tun cepat sembuh dan sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah swt,berikan kesihatan untuk memperjuangkan hak orang melayu,ditanah tercinta ini!!!.
    AyieBlog´s last [type]..Apa itu BackDoor

    • rashid on 4 October 2010 at 1:39 am

      Dia fikir jauh untuk kemajuan negara mungkin 10 atau 20 tahun akan datang…contoh dia litar dan menara berkembar…Alhamdulillah Tun semakin sembuh

  5. zik on 4 October 2010 at 4:09 am

    alhamdulillah.. dah ok sekarang nie.. :mrgreen:
    zik´s last [type]..Statistik performance september 2010 zikrihusainicom

  6. Affan on 4 October 2010 at 10:09 am

    Salam.
    Alhamdulillah.

    Aku ada gak dgr sket2 pasal die sakit haritu. harap2 semua kembali kepada biasa.

    • rashid on 4 October 2010 at 1:58 pm

      Alhamdulillah, berita kate dalam keadaan stabil…Tun pun makin sihat..

  7. zezebel on 4 October 2010 at 11:59 am

    Alhamdulillah.
    Semoga mantan perdana menteri kita sihat-sihat hendaknya.
    zezebel´s last [type]..I need a boyfriend too

    • rashid on 4 October 2010 at 1:58 pm

      Begitulah hendaknya..aminnn

  8. Shaffik on 4 October 2010 at 12:54 pm

    Alhamdullilah..Semoga cepat sembut..Inilah pemimpin yang aku sanjungi…
    Shaffik´s last [type]..Usah Fikir Idea Anda Itu Terlalu Mudah

    • rashid on 4 October 2010 at 2:00 pm

      Ye, banyak jasa beliau kepada negara dan parti, kalau ada salah silap tu, beliau pun manusia biasa..

  9. suri on 4 October 2010 at 2:00 pm

    kenalah berehat dari dunia politik seketika..nnti dah asihat blh aktif lagi :) ;-)

  10. Mama Murai on 4 October 2010 at 10:49 pm

    Semoga Tun cepat sembuh dan kembali semula ke negara kita.

    • suri on 5 October 2010 at 3:25 pm

      semu org sedang mendoakannya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*


CommentLuv badge