Copyright © 2012 my name is rashid. All Rights Reserved by Snowblind
Kalau dulu orang muslim yang dengar pasal kuih bulan mesti ragu-ragu nak makan sebab tak tahu apa isi dekat dalam. Dan bila tadi tengah tercari-cari topik untuk pagi ini, terselak surat khabar Kosmo (Kosmo Online). Berita tu tak sentuh langsun pasal kuih bulan 1Malaysia, aku je yang memandai..hehe..

Apa yang membuatkan sesuatu makanan yakin dimakan oleh seorang muslim? HALAL!. Halal bukan bermaksud makanan disediakan oleh muslim sahaja, tapi halal lebih kepada penyediaan sesuatu makanan perlu mengikut syariat (undang-undang)Islam. Contoh, ayam perlu disembelih oleh orang Islam, kawasan penyediaan makanan perlu bersih dan terhindar dari kotoran dan macam-macam lagi aspek kebersihan yang ditekankan, dan satu tambahan, makanan yang dicuri, haram kita makan, walaupun diambil dari kedai Islam, jika dimakan akan mendapat dosa.
Berita sebenarnya berbunyi “12 syarikat kuih bulan dapat sijil halal”, dan beritanya berbunyi:
KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengeluarkan sijil halal kepada 12 syarikat pengeluar kuih bulan yang produknya boleh dimakan oleh masyarakat Islam.
Ketua Penolong Pengarah Cawangan Pengeluaran Sijil dan Logo Halal Jakim, Abdul Hamid Mohamed Salleh berkata, syarikat yang mendapat pengesahan halal tersebut ialah HYT Food Industries Sdn. Bhd., Leong Yin Pastry Sdn. Bhd., Sakura Food Manufacturing (M) Sdn. Bhd., TT Food Manufacturing Sdn. Bhd. serta The Baker’s Cottage Sdn. Bhd.
Selain itu, katanya, syarikat LB (Lian Bee) Confectionery Sdn. Bhd., KLT Food Industries Sdn. Bhd., King’s Confectionery Sdn. Bhd., Tanjung Omega Sdn. Bhd., Tuan Sanawi Tuan Ngah Sdn. Bhd., Ayamas Food Corporation Sdn. Bhd. dan Bake Station Sdn. Bhd. turut diberi sijil halal tersebut.
“Sekiranya kuih bulan tersebut ada tertera sijil halal Jakim, ia boleh dimakan dan dibeli dan umat Islam tidak perlu ragu-ragu untuk makan kuih bulan yang tertera sijil halal tersebut,” katanya.
Aku respect inisiatif pihak pembuat kuih ni untuk mendapatkan sijil Halal ni, sebab Halal bukan untuk muslim sahaja, yang non-Muslim kalau mengamalkan makanan Halal lagi elok dan bagus. Jadi bila makanan berpaket atau hidang, kita perlu alert dengan tanda Halal oleh Jakim, bukan yang dicetak gambar dari internet atau buat sendiri(photoshop).
Moga Chinese New Year nanti dapatla merasa apa itu kuih bulan, tiap-tiap tahun dengar, tapi tak pernah merasa. So aku akhiri post ni, dan jangan lupa, amalkan makanan Halal dapat menghindari sifat tercela. Wassalam
Baca juga ini:


dulu penah nak try..aku suka try makanan pelik2..tapi tak sure.. makan limau je la sekotak kat rumah nie.. hehe
Izwan´s last [type]..Review Blog dan Menang RM 50 Top Up- Hosting Domain Free 1 Tahun