Subscribe to RSS Feed

Jika korang seorang lelaki yang mempunyai teman wanita yang cantik, adakah korang akan setuju dengan kenyataan di atas?

Bagi aku yang single ni, aku pernah jugak bersama gadis yang comel dan cantik, tapi hanya sebagai kawan saja la. Hmmm, kalau nak berkasih sayang tu jauh sekali la, dorang tu layak jadi kawan saja, sebab dorang memang “giler” hehe.. Kalau nak cari calon isteri laki mana yang tak nak gadis yang cantik, kalau dah ada depan mata beraturrr panjang yang nak kan dirinya, itu bagi yang lelaki yang ada rupa paras kacak dan maskulin la, macam Fahrin Ahmad, kehkehkeh.. Tapi kebanyakan lelaki yang kacak tak akan bersama wanita cantik, sebab dah lumrah tidak akan bersama, contoh paling dekat, Erra dengan Yusri..uuuuuu..mesti menangis gadis-gadis luar sana masa bila Yusri kahwin dengan Erra, tapi apakan daya, hubungan perkahwinan mereka terhenti ditengah jalan.

Tapi tajuk atas sana adalah mengenai Wanita dan Curang. Bagi aku, definisi wanita adalah satu spesis yang sukar difahami oleh kaum lelaki tetapi amat mudah untuk dicintai. Curang pula berkait rapat dengan menghianati hubungan cinta yang telah termetrai, dengan kata lain menduakan lelaki pilihanya dengan sesuatu. Jika digabungi Wanita dan Curang, jadilah spesis yang sukar difahami menghianati cinta yang telah dimetrai dengan kaum lelaki. Tetapi untuk lebih tepat lagi, wanita yang curang selalunya dikaitkan dengan yang mempunyai rupa paras, bentuk badan yang cantik dan kulit yang menawan. Aku tidak setuju jika dikatakan wanita cantik sahaja selalu curang, tetapi wanita mempunyai kemungkinan yang besar untuk curang berbanding lelaki, itu aku setuju.

Kenapa wanita memilih untuk curang?

Curang tidak berlaku dalam masa sehari atau seminggu perkenalan. Contohnya, untuk curang berlaku, mula-mulanya berlakunya perselisihan faham antara kedua pihak. Sehubungan dengan itu, jika tiada komunikasi yang berkesan, yakni tiada pihak yang nak mengalah atau mengaku kesalahan, jadi perhubungan akan bertambah renggang.

Selalunya bagi wanita, mereka akan mencari seseorang untuk meluahkan perasaan dia, sama ada lelaki atau perempuan. Kenapa wanita memilih untuk curang:

1.) Keputusan sendiri untuk membuat teman lelaki dia cemburu.

2.) Terpengaruh dengan persekitaran, contoh: filem-filem korea, mencontohi kisah cerita cinta kawan sendiri.

3.) Cara terbaik untuk menyelamatkan masa depan sendiri.

4.) Dah ada calon pengganti bagi bekas teman lelaki dia.

5.) Keluarga dah ada calon yang sesuai walaupun tahu anaknya punyai pilihan sendiri, dan terpaksa turuti.

Hubungan tanpa berkat oleh kedua orang tua memang susah untuk berkekalan. Mengapa aku cakapkan yang wanita lebih cenderung untuk curang? Bagi wanita yang bekerjaya, mereka akan memberikan tumpuan yang sepenuhnya untuk mencapai kejayaan yang membanggakan, sedangkan dirinya telah mempunyai pasangan kekasih. Bagi lelaki yang telah cukup umur dan berkemampuan, mereka tak akan mengambil masa yang lama untuk bersedia menjadikan teman wanitanya sebagai isteri, tetapi wanita sering memberi alasan yang nak beri tumpuan kepada kerja, keluarga, itu ini dan sebagainya. Jadi, kesian lelaki tadi yang mengajak wanita tadi untuk mendirikan rumah tangga, jadi menurut definisi curang aku tadi, wanita tadi telah menduakan hatinya, dia memilih untuk meneruskan kerjayanya daripada berkahwin dengan lelaki pilihanya, jadi wanita lebih cenderung untuk curang berbanding lelaki.

Mungkin defini curang aku berlainan dengan korang semua, tetapi percayalah, perpisahan selalu berlaku bila hati sebelah pihak kekasih tidak lagi kuat untuk mencintai sebelah pihak yang lain. Jadi bagi kamu wahai lelaki, baca juga pasal Wanita Itu Perlu Dimengerti Part 1 & Part 2. Dan untuk memenangi hati wanita pula, bacalah Petua untuk memenangi hati wanita oleh Suri

Keratan akhbar kat atas tu kisah wanita dekat Los Angeles, memang tak boleh la kalau aku nak samakan wanita negara kita dengan wanita dekat sana, sebab budaya dan adat kita sangat jauh berbeza, tapi bagi kamu wanita yang telah ada teman lelaki atau calon yang sesuai, janganlah bagi alasan untuk bekerja atau mencapai kejayaan baru nak kahwin, sebab kejayaan yang terbesar adalah mendirikan keluarga yang bahagia dan diredha keluarga dan agama, sekian..

Baca juga ini:

  1. Hakikat produk kecantikan wanita. Khas buat wanita idaman ku
  2. (Kongsi) Wanita Itu Perlu Dimengerti-Part 1
  3. (Kongsi) Wanita Itu Perlu Dimengerti-Part 2

Tags: , , , , , ,

46 Responses to Wanita Cantik Selalu Curang Ke?

  1. Dayat on 19 August 2010 at 12:36 pm

    ish tak bek tau curang2 ni
    Dayat´s last [type]..Persamaan dan Perbezaan Hari Raya Aidilfitri Dengan Tahun Baru Cina

    • rashidraito on 19 August 2010 at 2:47 pm

      Haha…orang len curang tak pe, kalau awek kita curang, terkedu jek…haha

  2. Mama Murai on 19 August 2010 at 3:01 pm

    Wanita cantik selalu curang? tak hairan sebabnya wanita tak cantik pun kadang-kadang curangkan. Saya rasa istilah curang itu perlu ditukar kepada ayat yang lebih manis iaitu memilih. Baru betul!. Wanita cantik memang memilih, sebab perkahwinan bukannya perkara main2. Tapi x salahkan? selagi ada peluang mencari yang terbaik, si lelaki seharusnya muhasabah diri kenapa dia ditinggalkan :)
    Mama Murai´s last [type]..Privasikan alamat IP komputer anda

    • rashidraito on 19 August 2010 at 6:03 pm

      Ntahla…kalau tengok dunia sekarang ni, macam cite Lagenda Budak Setan gak, lepas tabus janji manis, laki yang macam setan tu boleh berubah jadi baik, pastu kawen ngan laki lain…kesian laki yang macam tu…huhu

  3. wandisini on 20 August 2010 at 10:38 pm

    tu kajian kat LA..perempuan sana tak leh pakai sangat. curang ni bukan pada wanita je, lelaki pun sama je. yang penting dalam setiap perhubungan ialah kepercayaan, kesetiaan

    • rashidraito on 21 August 2010 at 12:07 am

      tul gak, tapi as long as pmpuan, hati tetap nak yang perfect…huhu

      • suri on 21 August 2010 at 10:06 pm

        tapi tak smua bgtu bro..msh ada juga pompun yang sti terima seadanya apa yang ada pada pasagannya

  4. Ahmad Tarmidzi on 21 August 2010 at 7:41 am

    orang pompuan zmn sekarang semua sama saja…tidak tahu menghargai cinta lelaki..hanya menjadikan harta dan paras rupa sebagai kayu ukur

    • rashidraito on 21 August 2010 at 1:08 pm

      Susahnye nak cari wanita yang tak gitu kan…9 nafsula katakan…

  5. suri on 21 August 2010 at 10:07 pm

    sabarlah jdoh bukan mudah nak cari..pasti akan tba punya

    • rashidraito on 22 August 2010 at 1:10 am

      Thanks suri, akan tiba jodoh someday kan..

  6. LadyJava on 22 August 2010 at 10:03 pm

    Confirm TAK BETUL.. lol.. tanya my husband.. ;)
    LadyJava´s last [type]..Raya in KL

    • rashidraito on 23 August 2010 at 1:30 am

      Hehe…your pleasure…tapi mungkin dia akan fikir panjang…so you should think twice before asking him yeah!!

  7. inamaisara on 9 October 2010 at 10:06 pm

    tidak semestinya wanita cantik tu curang….bergantung pada akalnya sendiri…akal sebenarnya mempengaruhi emosi manusia

  8. beby on 17 November 2010 at 6:49 pm

    actualy nothing….just for fun, coz if our bf sendiri da pndai jage kite, x munkin kite curang, tapi jike bf kite sendiri endah x endah, dan x ambil tau perasaan kite, jadi jgn slaahkan prempuan curang, wanita layak untuk bahagia..tenks..

    • rashid on 18 November 2010 at 12:44 am

      Berlakunya perkara tu bukanlah semata-mata salah lelaki, tapi memang pasangan tu tak sesuai..ada je laki yang jaga pmpuan baik-baik, tapi tetap curang..inilah jodoh..

  9. Anonymous on 26 June 2011 at 9:16 am

    wa suka ayaw lu bro ’’wanita mempunyai kemungkinan
    yang besar untuk curang
    berbanding lelaki,’
    memang spot on.lebih2 lagi kalau yang cantik.tak kesah la bf hensem ke tak hensem ke,senang-senang je diorang curang.macam tak de perasaan bersalah.yang lelaki tu macam nak mati tanggung kesedihan

    • rashid on 7 July 2011 at 11:03 pm

      Haha..perempuan memang ramai sekarang, tapi nak cari yang bebetul taat yang kite susah..tapi diri kena bersih dulu la kan?

      • ummujihad on 19 July 2011 at 1:30 pm

        klau dh boy bl kwn br tau perangai.Sng2 x pyh couple.
        Taaruf terus bl rasa dh jmpa the best wanita.Jika btl landasan insya Allah,mst dpt yg baik pnya…Wanita yg baik utk lelaki yg baik dan begitulah sebaliknya.

  10. muhd fahryn on 1 September 2011 at 3:43 am

    apa pendapat abg .. jika perempuan uh da pena curag kt kite ,,?? break or not ?? tp prempuan uh dy tol2 syg kn kite .. tp dy ttap na curag ,

    • rashid on 7 September 2011 at 10:17 pm

      umur sekarang berapa?..kalau jodoh masih panjang dan dah boleh fikir lebih jauh, buat penilaian sendiri..jangan lupa berdoa untuk keputusan yang lebih diredhai..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*


CommentLuv badge