(WC)Pengajaran Hari Kedua Piala Dunia.

13 June 2010

Salam hormat semua. Berakhir sudah hari kedua perlawanan Piala Dunia di Afrika Selatan. Keputusan untuk kumpulan B,Korea Selatan 2-Greece 0 dan Argentina 1-Nigeria 0, bagi kumpulan C England 1-A.S 1. Nampaknya saingan kumpulan B mencatatkan kemenangan, dan Korea Selatan berada kedudukan atas dalam kumpulan di ikuti Argentina. Perlawanan pada hari kedua nampak rancak berbanding hari pertama. Seperti yang aku pernah cakap, setiap hari kita akan berlajar something dari perlawanan bola sepak Piala Dunia ni. Pengajaran untuk hari kedua di Afrika Selatan:

1.) Jangan pandang rendah kemampuan pasukan lawan walau dari corok mana mereka datang. Contoh untuk perlawanan Korea Selatan menentang Greece, Greece bukan calang-calang pasukan, pernah menang EURO 2004. Korea Selatan adalah pasukan dari Asia, jadi pasukan dari Asia jangan diperkecilkan sebab Korea Selatan memang hebat. Cuma kalau Malaysia masuk mungkin dorang pandang rendah la…hehe

2.) Selain kawalan ketat, komunikasi antara pemain pertahanan dengan penjaga gol adalah penting untuk memiliki pertahanan pasukan yang utuh, contoh perlawanan kumpulan B, pasukan yang menang dapat menjaga gawang dari dibolosi pasukan lawan, semua tu dari komunikasi yang berkesan!!! Bukan komunis kasi…hehe

3.) Gol pertama tak menjamin kemenangan, bertahan saja bukan cara paling baik untuk menang, seharusnya cari gol kedua agar semangat pasukan lawan luntur. Tapi nasib pasukan favorite aku, England tak dapat berbuat demikian sebab kesilapan penjaga gol yang gagal menangkap bola yang bulat itu!!! Mungkin itu 1 dalam 100..uhuk2..

4.) Jurulatih perlu pastikan “ayam tambatan” lawan dan ikat sekuat-kuatnya. Rooney bukanlah ayam, tapi ayam tambatan pasukan England, kalau diperhatikan tadi, ayam itu sungguh tak boleh berbuat apa-apa, macam kes Ronaldo(Brazil) yang dikawal ketat masa final 1998…Masa tu Perancis menang dengan jurulatih a.k.a pengurus yang  sama, Raymond Domenech.

5.) Siapkan backup plan, sekiranya pasukan pilihan korang tak dapat teruskan pertandingan ke peringkat seterusnya. Ahak, amik contoh kalau pasukan pilihan korang, Afrika Selatan tak dapat ke suku akhir, korang letak la Nigeria, Algeria sebagai backup plan untuk korang sokong, nanti tak lah Piala Dunia kali ni sunyi…hikhik

Sehari lima pengajaran kira ok lah kan, mungkin jurulatih K. Rajagopal terbaca ni, mungkin boleh di adaptasi untuk pasukan Malaysia…mana tau..So korang dah ada back up plan ke???

  • Share/Bookmark

YANG INI PUN MENARIK

Tags: , , , , , , ,

14 Responses to (WC)Pengajaran Hari Kedua Piala Dunia.

  1. klcitizen on 13 June 2010 at 3:15 pm

    sempat juga menonton penjaga gol england yang butter finger tu… darah gemuruh lah tu

    orang Asia memang sentiasa di pandang rendah oleh orang Barat yang tinggi-tinggi belaka… sebab kita ni memang rendah dari segi ketinggian… jadi bila memandang kita, mereka terpaksa menundukkan kepala, kecuali lah main bola pakai kasut bertumit tinggi…

    • rashidraito on 14 June 2010 at 12:06 am

      haha…orang korea selatan pun ada yang tinggi pe…hehe

  2. Amir on 13 June 2010 at 8:35 pm

    siapa la team back up plan aku.. haha… xtau nak sokong mana…

    –rashid bila nak buang wp-spam free? better guna akismet.
    –comluv kat sini mcm xde fungsi, rosak ke?

    • rashidraito on 14 June 2010 at 12:09 am

      wp-spam free baru padam…dah guna akismet…com luv tak berfungsi rupenye, baru perasan…i’m working on it…thanks ingatkan…

    • rashidraito on 14 June 2010 at 1:37 am

      Dah berfungsi dengan baik…thanks

  3. aleh on 13 June 2010 at 11:03 pm

    tak tengok game2 awal ni..sebb german xmain lagi.. :mrgreen:
    ak pon ada backup untuk world cup ini selain jerman ak sokong sepanyol.. :razz:

    • rashidraito on 14 June 2010 at 12:10 am

      yeah…jerman pagi ni, sepanyol pun berpeluang cerah untuk menang ni…

  4. sazuwi on 14 June 2010 at 1:20 am

    bagi aku, skang nie kurang panas sket lar..
    dah masuk suku akhir..bru ikut point ke-5 hehe.. ;-)
    sazuwi´s last blog..Jangan Tegur Anak Buah Anda Di Khalayak RamaiMy ComLuv Profile

    • rashidraito on 14 June 2010 at 1:36 am

      Haha..tu la, tapi bagi tean yang favorite, dorang akan cepat2 sesuaikan keadaan, tapi tean italy dulu kurang panas gak, tapi menang, cantek…haha

  5. kulanz on 14 June 2010 at 1:38 am

    kira beruntung pasukan yang main kemudian dalam satu kumpulan.. sebab boleh belajar ckit-ckit taktik pasukan lawan..
    kulanz´s last blog..World Cup 2010: Vuvuzela yang MerimaskanMy ComLuv Profile

    • rashidraito on 14 June 2010 at 2:12 am

      Itu kelebihanya, so perlawanan ujung-ujung lebih menarik hendaknya…jap lagi jerman…hehe

  6. suri on 15 June 2010 at 2:14 pm

    hurm apa yang harus suri bicarakan :cry: ??

    sb suri kurang berminat ttg bola.. :roll:

    tapi suri suka akan smgat kesukanan mrka..mantap sekali :)

  7. [...] tu nipislah untuk ke peringkat seterusnya, so enough is enough, next round korang dah boleh buat second plan, hehe..So keputusan keseluruhan untuk perlawanan peringkat kumpulan adalah seperti [...]

  8. [...] akan makin rancak dari hari sebelumnya kerana setiap pasukan akan belajar dari hari pertama dan hari kedua. Perlawanan kumpulan C, Algeria 0-Slovenia 1, bagi kumpulan D, Serbia 0-Ghana 1 dan Jerman [...]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv Enabled
[close]

NOTA SELAMAT DATANG

Salam Datang Ke Blog Ini..Bagi Yang Baru Datang Nama Saya Rashid, Saya Tuan Blog Ini..Bagi Yang Kali Pertama Sampai Saya Mohon Anda Bacalah Entri-Entri Saya Dan Jangan Lupa Tinggalkan Komen Sekiranya Ada Perkara Yang Perlu Diutarakan.. Semoga Anda Lebih Lama Di Sini.. Hehe

SELAMAT HARI RAYA

emilayusof

MARI MENCARI

KOUNTER PERTANYAAN

HOSTED AND DOMAIN BY

UA-15034450