Copyright © 2012 my name is rashid. All Rights Reserved by Snowblind
Seperti yang diramal, perlawanan hari ketiga akan makin rancak dari hari sebelumnya kerana setiap pasukan akan belajar dari hari pertama dan hari kedua. Perlawanan kumpulan C, Algeria 0-Slovenia 1, bagi kumpulan D, Serbia 0-Ghana 1 dan Jerman 4-Australia 0. Kenapa aku katakan perlawanan hari ketiga menunjukan kerancakan? Sebab semua perlawanan ada menang kalah, kalau seri ada jaringan lagi bagus dari seri tak berjaring(goalless). Tapi ketiga-tiga perlawanan hari ni ada persamaan yang boleh dibuat pengajaran, mari kita imbau pengajaran untuk hari ketiga ni:
1.) Bahana kad merah amat mempengaruhi pasukan yang kehilangan pemain. Setiap perlawanan pada hari ni tak terlepas dari dilayangkan kad merah. Sama ada kad merah atau kad kuning berganda. Meh sini aku terangkan sikit pasal prihal kad-kad ni:
a) Sekali kad merah = Gantung tiga perlawanan
b) Dua kad kuning(dalam satu perlawanan) = Gantung satu perlawanan
c) Kumpul lima kad kuning(setiap perlawanan satu kad kuning) = Gantung satu perlawanan
d) Kumpul lima kad kuning seterusnya = Gantung dua perlawanan
e) Kumpul lima kad kuning seterusnya = Gantung tiga perlawanan
2) Musibah kekurangan pemain selepas pemain kena buang padang. Musibah yang aku maksudkan, setiap pemain pasukan yang kekurangan pemain kena bagi extra power, extra power mungkin membawa kepada banyak foul, dan kemungkinan foul dikotak penalti, jadi contoh untuk perlawanan Serbia menentang Ghana, selepas kad merah dilayangkan, Serbia terpaksa akur sebab Ghana dihadiahkan sepakan penalti, kan musibah tu..ish ish!!!
3) Doalah banyak-banyak agar pengadil bagi keputusan yang boleh diterima akal, time tak offside dia angkat bendera, time offside memanglah kena angkat bendera, tapi untuk perlawanan ni, memang banyak kad-kad yang dihadiahkan dekat pemain atas sebab-sebab yang kurang munasabah, siap pemain ucap thanks lagi, huhu..

Ehem…untuk hari ketiga ni, aku just concentrate banyak pada pasukan Jerman jek, tak berapa sihat nak mengadap TV tu lama-lama, tapi tau jugaklah team yang lawan hari ni kena kad merah, sungguh pemurah betul pengadil tu, tapi kadang-kadang ada jugak orang tak suka keputusan pengadil, nak wat macam mana, pengadil bukanya robot, asyik betul jek…So, untuk hari-hari kemudian mungkin makin rancak, so enjoy your world cup..


tadi masa jerman dgn aus, byk kad naik kan? huhuhu~
Macam dapat kad raya dah dorang tu…huhu
fuyo.. aku baru tau kene kad merah gantung 3 match.. biar betul? aku ingat gantung 1 match je.. habis la AUS xde cahill sampai habis..
Semua match bola sepak guna rule tu…memang sakitlah AUS, macam kena balik awal pun ada…
semakin hari semakin rancak game.. mcm ni la best :razz: hehe.. mlm ni menanti game holand vs denmark.. harap2 menarik la.. :)
Yeah!! Holand menang 2-0…walaupun boring, tapi ok la ada gol…
german dan belanda adalah calon utk ke final..hehe
Nanti lu xpo, spain tak main lagi…hehe
Dah agak dah mesti boleh menang punya… :razz:
mcm dah nak nampk final jerk germans..heehee..
Orang kata tipical jerman…hehe, memang akan menang besar start game…huhu
mantap gile deutschland! plg mantap mesut özil :D
sokonng la Deutschland..hehhehe
wah..ajar la bahasa jerman sikit…hehe…kat jerman ada mamak tak??ley lepak tengok bola sana…hehe
perlawanan antara german dgn australia memang best.. german mantap..
Australia memang memalukan…boleh fight tapi macam tak nak main jek…huh!!!
[...] keseluruhan, kerancakan perlawanan untuk hari yang keempat agak menurun kalau dibandingkan dengan hari ketiga, yang mana Jerman tunjuk taring bila membelasah Australia 4 – 0. Korang pun setuju kan? Tapi [...]
hurm ..
kalu dapat kad hari jadi ke best gak..kiki..tapi kad merahlah..nape tak bagi angpau jer blh dia orang mmbeli belah..hehe :lol:
Haha…dapat kad merah pastu esok pemain tu pos kad merah dekat pengadil…soo sweet..haha