Subscribe to RSS Feed

Piala Dunia kali ni memang penuh kejutan, banyak perlawanan berkesudahan tak disangka-sangka. Semalam Sepanyol tewas mengejut dengan Switzerland, dan untuk perlawanan harini satu lagi kejutan. Sebelum tu, perlawanan kumpulan A Afrika Selatan 0 – Uruguay manakala Perancis 0 – Mexico 2, untuk saingan kumpulan B Argentina 4 – Korea Selatan 1 manakala Greece 2 – Nigeria 1.

Kemenangan Argentina tak perlulah aku komen, sebab pasukan tu memang melakukan tugas sebagai pasukan pilihan menjuarai Piala Dunia musim ni. Paling mengejutkan adalah Perancis bekas sebuah pasukan yang pernah menjuarai Piala Dunia 1998, kalah!!! Dah jadi bekas tupperware dah..Sekurang-kurangya tunjukan korang tu pasukan bintang. Tapi aku nak kongsi dengan korang detik-detik Perancis tewas tadi:

1.) Separuh masa pertama berkeputusan seri. Bermakna Perancis langsung tak mengambil pengajaran hari pertama aku!!! Marah tul aku..

2.) Masuk separuh masa kedua, aku cuba untuk tetap menonton walaupun dah mula rasa bosan dengan taktik permainan Perancis yang terlalu mengharapkan pemain individu.

3.) Perancis kerap menyerang di sebelah kanan lawan, jarang melihat Perancis menyerang di sebelah kiri lawan. Dari situ Mexico dah boleh bajet nak marking siapa dan siapa. Orang paling kerap dapat bola yang aku lihat, Evra(Manchester United) dan Franck Ribery(Bayern Munich).

4.) Gol pertama dijaringkan oleh pemain Mexico, J. Hernandez. Lepas jaringan tu, Perancis masih tak ubah taktik, macam tu jugak, serang belah kanan, kanan dan kanan, tak berhasil jugak.

5.) Bila tackle Abidal foul, Mexico dapat peluang menyempurnakan penalti, dan disempurnakan oleh J. Hernandez juga.

6.) Tewas la pasukan ayam tu..

Untuk analisis perlawanan seterusnya, merujuk kepada jadual di bawah:

Untuk Perancis melayakan diri ke peringkat kalah mati (final 16) mereka perlu:

1.) Menang perlawanan seterusnya menentang Afrika Selatan. Jika menang Perancis dapat tiga mata, jadi jumlah mata adalah empat.

2.) Menang dengan jaringan yang banyak. Sekiranya Uruguay atau Mexico menang, tempat kedua dan ketiga akan berkongsi mata, iaitu empat, untuk menentukan tempat kedua, perbezaan jaringan akan digunakan untuk menentukan tempat kedua.

3.) Uruguay atau Mexico mencatatkan kemenangan. Jika kedua-dua pasukan ini seri, mereka akan mendapat jumlah lima mata, bererti, Perancis go to hell!!!

Maaflah arini sepatutnya bagi pengajaran, tapi macam marah-marah pulak, so yang tak minat bola nanti bolehla goreng ayat yang aku tulis ni, hehe..Ok, adios..

Baca juga ini:

  1. Cultural Shock Akibat World Cup 2010.
  2. (WC)Pengajaran Hari Pertama Piala Dunia.
  3. (WC)Pengajaran Hari Kedua Piala Dunia.
  4. (WC)Pengajaran Hari Ketiga Piala Dunia-Jerman Tunjuk Taring.
  5. (WC)Pengajaran Hari Keempat Piala Dunia – Offside Trap
  6. (WC)Pengajaran Hari Kelima Piala Dunia – Jaga Kesihatan
  7. (WC)Pengajaran Hari Keenam Piala Dunia – Enough Is Enough!!!

Tags: , , , , , ,

24 Responses to (WC)Pengajaran Hari Ketujuh Piala Dunia – Perancis Pilih Jalan Sukar.

  1. oktant on 18 June 2010 at 5:17 am

    Oh… perlawanan ni sempat tengok masa akhir-akhir je. Tapi situasi Perancis kali ni lebih kurang sama macam edisi 2002 dulu.

  2. jack on 18 June 2010 at 5:21 am

    yeah!! mexico menang! padan muke france. saper soh men jahat mase lwn ireland aritu. kan da ade potensi jadi team 1st klua WC. ekeke
    jack´s last [type]..Merokok: 15 Kesan Pemusnah Imej

    • rashidraito on 18 June 2010 at 3:03 pm

      France memang pulang awal kalau mexico ngan uruguay pakat seri…tata france

  3. chybee on 18 June 2010 at 8:35 am

    mmg takde harapan la france layak. takpela. france main tak best pon :D
    chybee´s last [type]..Sneak Preview

    • rashidraito on 18 June 2010 at 3:10 pm

      Tu la…juara dulu tu sebab ada Zidane jek…huhu

  4. Ed Zahid on 18 June 2010 at 12:25 pm

    tula pasal.. france main xbest =_=’
    Ed Zahid´s last [type]..Cabaran Mengondem Gambar

    • rashidraito on 18 June 2010 at 3:11 pm

      jalan senang ada, jalan susah gak dorang cari…tata france..

      • suri on 18 June 2010 at 3:41 pm

        baik ikut jalan lurus jer bro..heheeeee :mrgreen:

  5. suri on 18 June 2010 at 3:40 pm

    malam tadi basuh baju laa…hehehe

  6. julianusginting on 18 June 2010 at 6:13 pm

    saya bener2 interest dengan piala dunia ini…mudah2an jagoan saya dapat menang… :mrgreen: :mrgreen:
    julianusginting´s last [type]..8 Cara Mudah Cari Pacar

    • rashidraito on 18 June 2010 at 7:18 pm

      Yeah, piala dunia menyatukan semua negara, tak kira dari mana pun, mereka tetap bersatu…

  7. donnyien on 18 June 2010 at 11:41 pm

    Salam ziarah,
    Apa kbr?semoga sihat wfiat.tumpang lalu beri komen ya.
    aku suka pasal bola ni taw.tapi hampeh tul france kalah.tulah main tipu hari tu lawan ireland.apapun argentina pilihanku yeah!…
    donnyien´s last [type]..Argentina juara piala dunia 2010?

    • rashidraito on 19 June 2010 at 12:47 am

      Haha…france masih ada peluang, tapi bawah 40% peluang untuk layak…Argentina dah pun mara ke last 16, tunggu abis second round baru boleh analyse sape akan layak…

  8. ana j on 19 June 2010 at 3:54 am

    haha.
    taun ni ana xtengok pun bola.
    xp yg penting ttp skong brazil.
    hehe

    • rashidraito on 19 June 2010 at 4:29 am

      Aik??tak tengok tapi sokong brazil…ooo, sebab brazil banyak kali juara ye…hehe

      • ana j on 19 June 2010 at 3:48 pm

        haha. aah.
        sebab selalu menang tu yang skong. kekeke

        • rashidraito on 19 June 2010 at 11:28 pm

          Haha, pusingan last portugal lawan brazil, memang fight…!!!

  9. Mr.Z on 19 June 2010 at 7:24 pm

    france dah tak berbisa macam dulu lagi..
    tak tahu la macammana boleh jadi sampai macam tu :roll:
    Mr.Z´s last [type]..Ragam Masyarakat Melayu Kita Dahulu Dan Sekarang

    • rashidraito on 19 June 2010 at 11:28 pm

      Ramai yang cakap france begitu sebab ramai pemain arsenal dalam france…huhu!! ada betulnya jugak…

  10. din on 19 June 2010 at 9:31 pm

    geram aku ngn domenech..menghancurkan team france..tp xpe bg mexico mng..haha..
    din´s last [type]..10 Perkara Kena Bagitahu Pada Perempuan

    • rashidraito on 19 June 2010 at 11:27 pm

      Memang tak ada harapan tu…adio yay!!!tapi tak tau kalau keajaiban terjadi…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*


CommentLuv badge