Subscribe to RSS Feed

Salam hormat kepada pembaca blog rashid. Kekecewaan bila England hanya mencatatkan keputusan seri telah pun terubat akhirnya. Orang gila sukan bola sepak mesti akan rasa apa yang aku rasa bila favorite team tak berjaya capai apa yang sepatutnya, tapi kalau korang tak rasa pape, aku bersangka baik je la..hehe..

Kalau ada yang tanya kenapa liputan Piala Dunia aku guna gambar sama, jawaban aku adalah, sebab nak jimat space, just reuse gambar yang sama kan senang. Untuk hari kelapan dan kesembilan, hm, macam dah lama aku tak update pasal match Piala Dunia ni, aku mulakan dengan keputusan perlawanan

Kumpulan C

England 0 – Algeria 0

Slovenia 2 – A.S 2

Kumpulan D

Jerman 0 – Serbia 1

Ghana 1 – Australia 1

Aku memang tau yang korang pun dah sedia maklum pasal keputusan ni, tapi aku ni memang suka susahkan diri post benda yang orang suka, dengan kata lain suka ingatkan, hehe..Ok, bagi kedudukan semasa:

Kumpulan C

Kumpulan D

Aku lebih suka nak ulas pasukan-pasukan yang besar-besar ni, kalau dua hari lepas Perancis kalah, dan punca-punca kenapa Perancis kalah lawan Mexico dah pun dikenal pasti bila diketahui Nicolas Anelka menjadi dalang dalam pasukan Perancis, dan Nicola Anelka dipecat dari skuad pasukan Perancis. Berita lanjut boleh pergi ke FIFA.com. Untuk pasukan besar macam Jerman dan England, dorang ni adalah harapan untuk ke peringkat seterusnya, sebab peminat bola dunia akan sunyi kalau tak dapat tengok pasukan Jerman dan England beraksi ke peringkat seterusnya. Jerman yang kalah dengan Serbia, terpaksa akur sebab seorang pemain, Klose dibuang padang dan sepakan penalti tak dapat disempurnakan, itu semua punca-punca kekalahan.

Tapi lain kes bagi England, England mempunyai skuad yang kuat dan sedia menggempur benteng pihak lawan. Pada perlawanan separuh masa pertama, aku teruja dengan persembahan skuad England, sampai tak perasan masa berlalu. Pada awal separuh masa kedua masih boleh katakan England mendominasi perlawanan. Bila masuk minit ke 70, England mula hilang bola dan hantaran-hantaran tak menjadi. Dari situ aku dapat rasa yang England gigit jari kali ni. Dan, betul sangkaan buruk aku tu, kalau ikutkan jadual diatas, England dan A.S bersaing, cuma A.S diatas kerana jaringan gol lebih daripada England.

Akhir sekali, England memang kena menang lawan Slovenia, kalau tak memang bungkus la jawabnya. Jerman pun kena pastikan menang lawan Ghana, sebab kalau menang, Jerman di tempat pertama dan boleh mengelak dari menentang England pada perlawanan kalah mati (last 16).

p/s: Gila kau, aku memang minat bola, walaupun tak tau apa yang aku cakapkan ni betul atau tak, tapi aku suka cakap-cakap bola.

Baca juga ini:

  1. (WC)Pengajaran Hari Pertama Piala Dunia.
  2. (WC)Pengajaran Hari Kedua Piala Dunia.
  3. (WC)Pengajaran Hari Ketiga Piala Dunia-Jerman Tunjuk Taring.
  4. (WC)Pengajaran Hari Keempat Piala Dunia – Offside Trap
  5. (WC)Pengajaran Hari Kelima Piala Dunia – Jaga Kesihatan
  6. (WC)Pengajaran Hari Keenam Piala Dunia – Enough Is Enough!!!
  7. (WC)Pengajaran Hari Ketujuh Piala Dunia – Perancis Pilih Jalan Sukar.

Tags: , , , , , , , ,

4 Responses to (WC)Update Hari Kelapan dan Kesembilan. Group C & Group D

  1. Muaturun MP3 Percuma on 21 June 2010 at 1:39 am

    X sabaq nak tgk brazil lawan jap agi…apa pown…salam perkenalan
    Muaturun MP3 Percuma´s last [type]..Boney M

    • rashidraito on 21 June 2010 at 2:20 am

      Sama-sama kita mengadap depat TV…hehe

  2. ann on 21 June 2010 at 1:12 pm

    rooney ckp besar, tu psl xmenang kot

    ak tgk england aritu, siaran tertunda kt rtm, kol 6lbh baru tido…rooney men tak best lah…xdpt kontrol bola ngn baik…

    • rashidraito on 21 June 2010 at 10:16 pm

      Dia takut kalah tu…harap sangat dia bangkit bantu England menag dengan slovakia…huhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*


CommentLuv badge