Copyright © 2012 my name is rashid. All Rights Reserved by Snowblind
Salam semua. Ni adalah penulisan blog aku yang pertama, rasa agak gemuruh sebab memang tak ada idea nak tulis kat sini untuk kali pertama nya..hehe.. Sebelum aku berhajat untuk setup blog ni memang banyak la benda-benda yang nak aku kongsikan, tapi disebabkan ni post aku yang pertama kali, so aku mulakan dengan Bismillah.
Tapi walaupun tak ada idea, aku akan try la keluarkan satu cerita..hehehe..pada 26 February hingga 28 February2010, bersamaan hari minggu, kami seramai 11 orang telah pergi bercuti ke Pulau Tioman. Kalau nak dijadikan cerita memang seronoklah, sebab pergi dengan kawan-kawan,masing-masing gelak tak ingat, memang boleh katakan time tu memang sweet memories la, rugi kalau lupekan..hahaha..Kalau merujuk kepada tarikh tu kitorang pergi 3Hari 2Malam la, dengan kos bajet RM250. Pada hari kejadian, di sebabkan boat bot tongkang penumpang tak dapat masuk jeti mersing sebab air surut pukul 4 pm, kitorang terpaksa berdiri terkapai-kapai kat jeti mersing tu, dekat pukul 6 pm baru la dapat naik bot yang aku cakap tadi. Perjalanan Perlayaran ke Pulau Tioman kitorang ambil masa dalam 2 jam, itu paling lama kata kawan ku yang dah pernah pergi, dengan keadaan bot yang sejuk, jadi mase berlalu tanpa disedari..kehkehkeh..On the way ke Pulau Tioman tu, banyak jugak pulau-pulau kecil yang cantik tapi tak berpenghuni, tak caya tengoklah gambar kat bawah ni..



ni beberape je, takut camera kena air laut, jadi kene kurangkan penggunaan camera la..hehe
Kira-kira 2 jam sampai pulau tioman, dan setengah jam tambahan untuk nak sampai kampung salang, korang yang da pernah pergi mesti tau la nama-nama kampung dekat Pulau Tioman ni kan, kalau tak tau pun aku ade ambik gambar map Pulau Tioman, for future reference korang, hehe.. Sampai kat Kg Salang tu dalam kul 8pm la kot,haha.. dah letih sangat time tu, tak mampu nak ingat pukul bape. Nasib baik ketua kelab kompang rombongan dah pernah pergi pulau tioman ni, jadi kitorang ni dependant la kat die, thanks..bla bla bla, kitorang pun check-in la dulu, kemas-kemas pape yang patut, ketua kata tak payah mandi sebab nak makan dulu, takut karang berebut dengan mat salleh..keh keh keh, banyak gak la makanan best(harga pun best)..huh..Nak dipendekan cerita, lepas makan kitorang round la sekitar pantai Kg Salang tuh.. Tapi nasihat aku la, siapkan duit lebih untuk borong beli cenderahati, harga kat sini sume harga tetap dan tepat RM9,RM12,RM25 +++, jadi kalau korang tak bawak duit, tak kan nak cucuk duit kat mulut ikan..hahaha..Sebabkan ni malam pertama(bukan malam pertama tu)..heh, kitorang pun menuju ke pantai, nk usha tempat untuk aktiviti esok. Tapi itula, sebabkan malam jugak, aku kurang mengambil gambar, gambar budak-budak ni ade la, tapi..
Selesai hari pertama, masuk hari ke-2, pagi-pagi lagi, asst. ketua dah ketok pintu, senarobik katenye. Memang bangun awal la aku hari tu, yela 3Hari 2Malam je, jadi perah habis la tenaga 3Hari ni. Sebelah pagi just senam sket-sket, pastu sarapan kat food stall la yang aku ingat..Agak-agak beberape jam sebelum kitorang pergi snorkeling, adelah aktiviti pemanasan badan sebelum ber’snorkeling’ kata ketua, tapi kitorang yang sampai dulu pun tak boleh pergi dulu ke coral island tu, sebab bro bot tu lambat sangat, sakit perut kot..Pape pun tunggu je la..
Kalau tak nampak klik la gambar nih, nanti die besar sendiri..heh
Akhirnye kitorang sampai gak kat coral island tu..Pape pun SubhanALLAH, time ni klo ada yang taubat dari melakukan kerosakan kat atas muka dunia ni memang baguslah, sebab hanya tuhan saje yang tahu. Memang banyak pulau-pulau kecil yang ade coral yang cantik-cantik. Kalau bab ikan pulak,bagitau je nak ikan ape, ikan ‘nemo’? ikan biru?ikan merah? dan macam-macam lagi la, sampai tak senang tangan nak bagi makan roti..hahaha..Tapi bile da sampai sini memang tak ingat nak balik, ingat tu je tempatnye, rupenye ade lagi 4 tempat yang nak di’snorkeling’..Seikhlas hati aku cakap, tempat pertama kitorang snorkeling mase tu adalah paling cantik la, lagi pun tak berape dalam dan senang nak tengok coral..
Aku yang dah buat aktiviti snorkeling kat pulau tioman ni memang katakan, bahawa pulau tioman mempunyai coral yang cantik, dan sangat rugi kalau tak snorkeling. Korang bayank kan, dari pukul 10am sampai 2pm kitorang snorkeling, sebabkan coral yang cantik tu, kitorang tak sedar masa pantas berlalu, perghhh…memang cantik coral dekat pulau tioman ni.
Ni batu malang, kat sini boleh jumpe shark-ade member jumpe, terus fobia..kehkeh

Aktiviti snorkeling tu abis dekat pukul 2 la seingat aku, masa naik tu agak kelaparan la, tapi pape pun tukar baju dulu, rehat-rehat, tengok astro,haha-kat pulau ade astro..hehe..Boleh katakan ini hari terakhir sebelum kitorang balik ke darat, so dalam pukul 4, AJK persiapan makan malam mule la berbincang pasal makan malam..Memang banyak pilihan makanan dengan harga yang berbeza-beza, kena pandai pilih supaya berada dalam bajet..ermm, waktu petang tu jugak kitorang turun kepantai dengan peralatan snorkeling masih belum dipulangkan, apa lagi kitorang snorkeling kat area-area pantai jek, not bad la coral kat tepi pantai je pun, tapi banyak da mati kata seorang sahabat, hehe..

Last but not least, malam sebelum kitorang balik kitorang buat camp fire yang kitorang sendiri pun tak tau di benarkan atau pun tidak, tapi benda dah jadi..Keh, mase camp fire nih, masing-masing berfikir aktiviti ape nak buat nih, last-last ade la idea yang boleh pakai yang telah menyelamatkan malam kitorang dari kebosanan..Permainan ape tuh??? Teka gaya kot, ala sorang keluar depan yang lain teka la ape bende yang dia buat, kalau kategori artis ke, nama filem ke dan ape-ape la..Tapi cube korang pikir, kalau korang dapat M. Daud Kilau sebagai task, macam mane nak explain..hahaha..tapi aku bersyukurla ade ahli kumpulan nih yang minat M. Daud Kilau..hahaha..Seronok la main kalau korang tak de idea untuk menghiburkan sesame sendiri..hehehe
Ok la, yang ni last paragraph, aku pun da letih gak, nak makan tengah hari nih..huhu..Bot di jangka pukul 1530H, pagi tu kitorang sambung mandi for the last time la, takut ade yang ngigau cari air laut kat darat pulak,hehe…Sedar tak sedar da pukul1500H pun, siap-siap dan anta kunci terus pergi jeti. Yang tak boleh bla tu, kate bot gerak pukul 1530H, tapi nak gerak pulul 3 pulak, ape lagi, kitorang yang terasa diri lambat pun berlari-lari la, serius berpeluh sey. Sampai-sampai jer, baru nak cek nama,hampeh..ingat nak gerak da. Aku pendek kan cerita la, kitorang sampai darat dekat pukul 7, sebab bot tak boleh masuk jeti mersing sebab air baru nak pasan kat sane..Pape pun seronok la ari minggu aku minggu nih. Korang lak macam ne?
p/s: Kat dalam malaysia ni banyak tempat-tempat yang tak terlawat, kalau diizinkan tuhan, nak pegi semua tempat ni..selamat cuti-cuti Malaysia


I like design of your site What is the name of template ?
thanks…you can get it at http://wptheme.mnirashid.com/
hai rashid !
love this. :)
btw, i ada rncg nk pegi bercuti dgn bestfriends i dkt tioman so ktorg tgh kira2 bajet.
u dah penah pegikan so total u habis berapa?
byran hotel+mkn+aktiviti semuala. total how much?
Hai there.. firstly, kitorang dari johor, so mungkin berbeza sikit, mostly kitorang cut budjet dekat makan n hotel..kitorang menetap kat sana just 3hari 2malam saje.. OK,kitorang menetap kat Kampung Salang, boleh contact nombor kat post atas untuk booking chalet aje, untuk makan kat sane boleh pilih kat sane, kalau amik set mungkin tak sampai ratus2 pun, kitorang 9 orang makan malam aje RM100++, untuk tengah hari kitorang makan burger aje, so malam boleh enjoy seafood..hehe.. Untuk aktiviti kat sane plak, budjet dia sekali dengan chalet, boleh contact Orang Puteri Salang Inn tu.. Lastly, total cost kitorang dalam RM250 aje.. Individual budjet mungkin tak same sebab beli sourvenir dan lain-lain…hehe..so kalau ada yang tertinggal btau la..hehe